Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Hang Pi Mana ? Khalifah Muliakan PAK GUARD Dalam Lagu

harmonikawan, May 23, 2016
Weih Hang Pi Mana ? tahlah , kita pun tak tahu nak pi mana. Selalu aku dengar dialog tuh, yang biasa dok utara tahulah dialog tuh. Hahaha, tapi dalam masyarakat kita, biasalah kita dengar, “alah dia tu tak kemana ” Hahhaha, lagi banyak isu, tapi bila aku dengar lagu Khalifah yang hit sekarang nih, baru aku faham lagu ni pasai  apa. Ada beberapa  sebab lagu ni sangat bermakna dalam sejarah lagu lagu yang ada dalam Malaysia nih, termasuk yang tengah hit kat radio/

hang pi mana

  1. Mula-mula aku dengar, hooo apa merapu nih, hahah, macam biasa Khalifah, tak boleh lari dari metal melayu, pattern metal, yang aku dah dengar sejak zaman yabang dengan Jinbara. Oklah, lagu nih, aku rasa memang rock, standardlah, ini lagu Khalifah. Lagu-lagu Cikgu Ayu, Ni Hao Ma dan macam-macam lagi.
  2. Tapi aku start kenal Khalifah masa tuh kawan aku siap beli CD Khalifah tuh, pergh, memang dasyat album tuh, suara yabang pun tak boleh lari dulu kini dan selamanya macam tuh, memang aura diorang.
  3. Start dengar betul betul, dua tiga kali dengar, ye, ini lagu yang patut keluar radio, dikala, banyak lagu cinta, jiwang, enjoy, lagu Khalifah yang ni memang betul-betul bawak mesej, tentang masalah anak muda sekarang.
  4. Macam-macam isu sekarang, ada yang pilih kerja, ada yang tak suka kerja, salahkan orang tuh bawak Bangla,Myanmar , dan macam-macam lagi.
  5. Khalifah angkat kerjaya JAGA, gaji rendah, tapi sangat sangat penting, mana hangpa semua pi, kalau takda jaga, tak selamat tempat tuh,
  6. Ada yang aku tengok JAGA area rumah aku pun tertidur tidur, tapi itulah kerja Mulia, yang ramai orang tak sanggup nak buat, ye memang, sukar nak buat.
  7. Dalam keseronokan hiburan cintan cintun, Khalifah menghiburkan jiwa dan hati aku, ye , kita kena kerja, orang tanya kita “Hang Pi Mana ?” jawablah “Kita p Kerja, Bukan Buat Dosa !!!”. Tahniah dah syabas kumpulan Khalifah !!!


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Apapun dalam banyak lagu kat Malaysia, banyak lagi lagu yang sentuh isu masyarakat, lagi lagi tentang jiwa anak muda nih. Tahu tak ? Hahahha, takpa yang tuh next entry, nanti aku listkan senarai lagu lagu yang best untuk korang dengar dan hayati. bersama. Apapun, layan dulu lagu Khalifah kat bawah nih,

Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Hang pi mana
Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak kemana
Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga
Ai malu nak kata
Takkan ku nak auta
Mak ayah tercinta
Cek nak pi kerja
Insyaallah
Bukan nak pi mana
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Kerja apa
Hang pi mana
Pergi sekolah
Bukan cikgu di sana
Baju bunga bunga
Bukan tukang kebun juga
Mak ayah tanya
Cek pi buat kerja apa
Malu nak kata
Nanti apa tau juga
Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya p mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar
Cek pi sekolah
Memang kerja di sana
Kerja duduk saja
Sambil tengok sini sana
Kerja mulia
Bukan cek buat dosa
Gaji sederhana
Kerja jadi JAGA saja
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana
Dah tau dah
Hang pi mana


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Related

Related Posts:

  • Yabang - Jinbara, Khalifah dan Qasidah
  • Khalifah Jamming Dengan Budak Sekolah Dalam Video…
  • Gema Gegar VAGANZA
  • Kashmir Stone : Metal Tamil
  • NOSTALGIA BLUES GANG
  • Dilema Orang Seni
  • True To Your Heart
  • Ikan Todak
  • Kalau Aku Kaya
  • Tuesday Gone
SENI

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Jueliza Jamani says:
    May 23, 2016 at 6:56 am

    alaaa sama lahhh lagu kebenda ntah la memula dengar tu.. sebab hang pi mana.. macam nak pelecey orang kedah jer tauuu.. hahahha tp siap bibit ayat ada maksud nya kann

    Reply
    1. faizsaaid says:
      May 23, 2016 at 7:08 am

      hahahha, layan dikir barat metal, sambil enjoy menikmati setiap mesej yang disampaikan

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes