Obses Thrash Metal harmonikawan, September 30, 2014 Memang hari ini, masuk hari ke 16, selepas semua penduduk jiwa shaklee berclosing, tahniah kepada yang naik rank dan terus maju dalam perniagaan Shaklee. Oklah, malam pagi buta ni, dah masuk 1 haribulan, nak cerita sedikitlah yang gua obses kepada thrash metal. Hahhaha, dari dulu lagi gua minat metal, tapi baru baru ni je memahami kenapa dan mengapa wujudnya muzik Thrash Metal. Hooo mantop Kisah GLAM , Gay LA Metal Hahaha, thrash metal ni tak datang kalau tiada GLAM, gay LA metal, metal yang pentingkan musik,populariti dan perempuan. hahhaa, budak budak yang anti GLAM ini, memang yang betul betul nak rebel, nak muzik je lebih, jadi mereka mencari band band yang mereka rasa sesuai dengan jiwa mereka. So di sini lahirnya satu istilah kemarahan melampau yang dinamakan sebagai Thrash Metal. Laju dan Kejam Muzik Thrash metal ini memang lahir dari muzik punk, dan juga muzik british heavy metal, seperti iron maiden, deep purple, motorhead, diamond head, dan macam-macam lagi. Jadi irama ini menjadi tapak asas kepada muzik thrash sekarang. Mengenali thrash dengan mudah ialah dengan mendengar lagu dari 4 kumpulan terhebat ini, Anthrax, Megadeth, Slayer, dan paling ramai peminat tentu sekali METALLICA !!! Metallica membawa arus baru dalam dunia metal, dengan menghasilkan album sulung, berjudul Kill Em All, dan makin lama thrash metal ini meletup. Terus Mencari Banyak Band Hahhaha, aku pun gila dengan teknik serangan thrash metal, riff berat dan yang mengganas, tapi padu, tak bermelodic sangat. Thrash terus berkembang, dan macam macam muzik lahir dari genre ini. Jadi masa tu aku suka pada band SODOM dan SEPULTURA. Memang mereka sangat kejam dan ganas, lagi lagi Max Cavelera dalam zaman Sepultura. Layan memang layan, sampai sekarang. Metal Jawa CROMOK !!! Tapi tetap bangga juga dengan band thrash metal Malaysia ini, yang ada elemen jawa, begitu melodic dan keras. Jangan tak tahu, dulu Jason Newsted dari Metallica pun pernah pakai t-shirt Cromok. Hahhaha, Memang band otai dalam Malaysia, walaupun mereka ini tak keluar tv, lagu marah orang, suara raw dan sebagainya. Selain itu, band band lain seperti FTG pun sangat best. XPDC pun ada juga elemen lagu thrash, sebab diorang ikut bulat-bulat metallica. Batasan OBSESI hahahha, memang thrash metal, metal ni memang makanan jiwa, tapi keseluruhan itu muzik dan seni, emmang mengalir dalam darah anak seni. Jadi, memang obses itu memang ada, ianya perlu dipagari, dan dijiwai, sehingga mungkin dijadikan MOTIVASI !!! Related Related Posts:ELLA VS ALFARABI BANDMETALLICA : Pintu Dunia MetalHave Cool Will TravelDAVE MUSTAINE : Master of RiffAlfarabi BandApa Yang Terjadi Bila Megadeth Dan Harmonica Bergabung ?Hafeez Keladak NoiseYabang - Jinbara, Khalifah dan QasidahKENAPA METAL KENA PAKAI BAJU HITAM ?Arena Rock Keras Sinar FM Tinggal Kenangan ? SENI