RIBA Dalam Ali Baba Bujang Lapok

riba dalam ali baba bujang lapok

RIBA Dalam Ali Baba Bujang Lapok ? Macam tulah semalam yang saya tengok tv2, baru je semalam balik dari latihan karom surau luqman impian 2 setia alam, tetiba keluar pulak cerita p ramlee nih start kul 11 malam. Apapun kami layan jugalah. Budak budak pulak baru balik dari rumah jiran buat biskut. Dapatlah merasa biskut manis depa sambil layan filem Ali baba bujang lapok.

Ada yang benda terbaru yang saya discover. Mungkin orang lain dah perasan. Tapi saya rasa benda ni kena tulis juga sebelum saya tak ingat dah. Benda yang teruk dalam filem itu ialah masalah RIBA. Ye betul, masalah RIBA ni dah jadi penyakit. Dalam filem tuh tak kisahlah kau miskin atau kaya, kau tetap tercalit masalah RIBA.

Ali baba miskin terpaksa hadap RIBA

Ali baba sering kali datang rumah abang beliau, kasim baba untuk pinjam gandum untuk makan. Ye, hakikat miskin yang teruk bila kau takde benda nak makan. Dulu bukan kena bayar bil utiliti pun. Pastu rumah pun dulu tak susah macam sekarang. Tapi yang teruk ialah bila takde makanan, kau kena pinjam.

Kasim baba pun yang jenis kedekut, dia cas extra pulak, ribalah tuh. Ali pinjam satu cupak gandum, dia kena pula 2 gandum. Hhahaha, jelas jelas riba. Itulah masalah riba yang kena untuk orang miskin masa tuh. Kalau tak, jawabnya kelaparan jugak.

Kasim baba kaya pun SESAK

Yang lagi teruk ialah Kasim baba. Dia bajet kaya, gaya hidup mewah, tapi awal awal kantoi tak bayar bil air. Sampai terpaksa bini ambil air dari perigi. Lagi teruk rupanya dia pun ada hutang banyak. Yang paling kelakar sampai ada surat pajak lagi.

Kes kasim baba ni takdelah pulak dia kena interest berapa. Tapi nak cakap, hakikat hutang nih, memang ada je bayaran lebih, takpun bayaran servis. Tentu sekali hutang yang ada kena bayar lebih dari yang pinjam. Dulu takde pulak beli barang boleh ansur ansur.

Hakikat Zaman Sekarang Yang Digambarkan P Ramlee

P. Ramlee tak perlulah korang pertikai lagi. pemikirannya memang futuristik. Dia boleh baca apa yang akan berlaku zaman sekarang. Aku tak sangka pulak semalam aku ternampak masalah RIBA nih. Banyak juga masalah hutang dalam filem P. Ramlee, satunya dalam filem Anak Bapak.

Zaman sekarang ni, kalau tak hutang, kau tak boleh hidup. Walaupun makan ok, tapi itulah, kalau tak beli rumah, kau akan ditakutkan masa depan kau takde. Kau akan hidup susah sampai tua. Lepas tuh gaji pula mesti tak cukup, takde duit simpanan. Last last kau kena hutang kad kredit.

Orang kaya pula buat hutang sebab nak kaya. Belum lagi nak hutang nak bergaya. Last last jadi teruk sampai tak terbayar. Habis last last jual semua aset yang ada. Tapi itulah bajet bajet kaya ni, kena beli rumah hutang kereta hutang. Tapi last last bisnes sangkut, kena bayar jugak. Aku baru je baca Jovian sampai kena bayar rm10 juta sebab gagal bayar pinjaman. Bisnes sekarang, kalau tak hutang tak sah weh.

Walaupun kita hamba, tapi merdeka hidup Ria

Akhirnya sebenarnya jadi MArgina itulah yang bebas. Walaupun dia sebenarnya hamba, yang takde duit, hanya ada baju sahaja, Tapi dia kerja juga, jadilah orang gaji pada kasim baba. Tapi itulah hakikat kehidupan, kalau kau tiada hutang, tidak terikat dengan riba, kau sebenarnya Hamba Allah yang betul betul sejati.

Pengalaman kamilah banyak menyedarkan kami. Kami pun terpalit riba hutang nih. Tapi 2016, kenalah berani untuk berubah. Kena berani dan kuatkan semangat. Tutup telingan semua. Nama anak kami Aqeela tuh ialah dari perkataan Aqil, yang pandai. Mungkin juga sebab dah mula pandai permainan dunia.

Jadi bila dah takde hutang ni, takdelah teruk sangat impak masa covid. Kalaulah kami ni kerja makan gaji, masih ada hutang rumah kereta, tentu sekali kena cok vaksin mrna. Sebab kalau tak cuk, mampuih kena buang kerja. Alhamdulillah, Allah buka kepala otak kami pada segala macam tipu daya .

Post Comment