Satu topik permulaan yang bagus untuk hari isnin ni. Semalam dah buat kelas blog rumah mesrq ceria , dari ampang ke putrajaya merapu pasal blog dan SEO. So harini akan bercerita dengan merujuk pada keyword di nuffnang. Hmm satu persoalan yang menarik bila mana ada orang tanya betulke Shaklee boleh hilangkan rasa mengantuk ? Oklah benda ni sebenarnya sungguh subjektif. Oklah jom kita bincang satu persatu.
1. MENGANTUK DARI SEGI SAINS
Hahahha sebenarnya saya tak boleh nak huraikan secara saintifik. Tapi semua orang pun banyak tahu pasal mengantuk ni. Biasanya mengantuk ni ada 2 sebab, satu pasal badan letih satu pasal otak terlampau letih. Hooo kalau yang normal tidur malam tuh sebabnya badan atau otak letih sebab buat kerja, keletihan dengan aktiviti seharian seperti memancing ikan, menuai padi atau menari dangdut reggae.
Ada yang mengantuk lepas makan, sebab banyak tenaga digunakan untuk mencerna makanan yang ditelan dengan sungguh lahap sekali. Biasalah aku petang lepas lunch mesti mengantuk hahhaha. Ada juga yang mengantuk sebab terlalu banyak guna otak, bila membaca terus mengantuk. Yang tu orang kata metabolic rate kita rendah, dan tak bagus untuk kesihatan Ada pula yang mengantuk bila tgk movie, sebab movie tuh tak best, dan mungkin juga awek yang berlakon tuh tak secun Nora Danish atau Rozita Che Wan. Jadi kekadang tuh mulalah menguap tak tentu pasal.
2. CERITA PASAL MENGUAP
Bila cerita pasal menguap ni layan sikit. Ada yang kata kita menguap sebab nak tarik oksigen masuk dalam mulut. Hoo itu pun betul juga. Kalau ikut sunnah pulak, bila menguap tuh kena tutup mulut. Biasalah orang tua kata , nanti lalat masuk. Betul ke kata kata tuh? Betul jangankan lalat gajah pun boleh masuk dalam mulut. Kalau ikut pula Rasulullah saw. pula memang kita tahu, memang Allah kurniakan tak pernah menguap .
3. VITAMIN SHAKLEE HILANGKAN MENGANTUK
Masa nak menulis ni sebenarnya tengah beratur panjang, dan paling best ialah jumpa SID yang selalu nampak dia kat Shaklee. hehehe, tapi memang rapat sejak jumpa kat Pos Laju Shah Alam. Oklah, berborak dengannya, dia pun bagi idea best jugak, oklah sampai aku pun terlupa pasal ni. Ok dia bagi 3 suplemen yang utama .
- B Complex – Kalau korang ambil b complex bagus untuk meningkatkan metabolisme, dan membantu metabolisme makanan ditukar menjadi tenaga. So kalau ikut kata Haji Roslan, otai Shaklee tuh, ambil 2 biji sehari untuk badan rasa cergas. B Complex pun bagus untuk mengurangkan stress.
- Vitalea – Multivitamin ni bagus, buat anda rasa segar dan kurang mengantuk. biasalah, badan nak sihat, jadi kenalah khasiat cukup, dan inilah kerja vitalea, bagi cukupkan apa yang perlu. Hoo, dulu keluar juga video Haji Roslan lagi yang interview Ashraf Muslim pasal Vitalea Shaklee.
- Cinch Tea Mix – Aku hampir terlupa akan penangan teh Cinch ni, walaupun rasa pahit, tapi kekuatannya untuk bagi badan cergas memang terbukti. Dulu pernah juga minum teh ni sebelum solat jumaat. Hoo, feel dia power, oklah, mata gua takdalah terus terlelap. OK terima kasih cinch tea mix.
4. BERSEMANGAT NAK PROMOTE SHAKLEE
OKlah bila masuk bab yang selalu subjektif ni, Shaklee ni secara mental dan emosinya pun boleh buatkan anda hilang mengantuk. Semasa post ini ditulis, penulis pun bersemangat bagun pagi semata-mata nak update blog pasal mengantuk ni, oklah nak promote kaw kaw pasal Shaklee. Hoo, so ramai pun bila dah tahu Shaklee boleh jana income, hoo, terus bersemangat siapkan poster yang best dan belajar pasal produk dan marketing , memang hilang mengantuk bila dah semangat
5. BILA NAK CLOSING
Hooo bila nak closing ni, habis banyak juga kawan SID yang tak boleh tidur, terfikir fikir pasal berapa uv yang perlu ada untuk anak buah atau diri sendiri. hoo, dah terjadi kepada saya. Bila dah jadi macam ni, susah hati, boleh hilang rasa mengantuk. So malam tu bangun malam, solat tahajud dan solat hajat, dan terus mengadap komputer siapkan beberapa nota penting khas untuk group masing masing. ish ish ish,
6. BILA NAK TAHU BONUS BERAPA
Zaman dulu sebelum takda online ni, semuanya ternanti nanti slip bonus mereka, adui, memang gilelah. Tapi sekarang ni, bila dah online, nampaknya boleh senyum lebar tengok bonus yang masuk. Ada yang kecewa sikit, dan ada juga yang senyum lebar pasal first time nak cecah 4 angka, 5 angka, 6 angka dan angka-angka yang seterusnya.
Tapi itulah yang dikatakan usaha, bila dah usaha, berjaya buat sales, berjaya jaga group masing masing, coaching, so tak sabar sabar nak tengok hasilnya. Cukup setengah bulan, tuai hasil, cakap HARIMAU DAH MENGAUM, SOTONG DAH MENYOTONG dan macam macam lagi. Lagi best pulak tuh, bila dah online, simulation untuk current month pun boleh tahu, siap dengan rank terkini lagi. Memang best buat Shaklee bila banyak fungsi online yang boleh diguna pakai.
KESIMPULAN
Oklah takda benda yang lebih penting, kalau dah penat, mengantuk sangat, pergi TIDUR !!! Hahaha, tapi kalau dah siang hari mengantuk, tu maknanya kena lah pergi senaman sikit, maybe badan lemah dan tak sihat. So kalau mengantuk masa drive, silalah rehat sekejap, ambil Shaklee pun tak guna kalau anda terlampau penat dan mengantuk, mata macam kupu kupu, silalah rehat ye. Ok Selamat Sejahtera, Salam Ceria.