Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
lee zii jia lee chong wei

Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei

harmonikawan, August 6, 2024August 6, 2024

Harini semua orang berasa gembira campur sedih. Sebab gembira tentu sekali bila Lee Zii Jia dapat juga pingat olimpik pertamanya, walaupun gangsa, tapi kira hebat sebab penuh ranjau berliku juga sebenarnya perjalanan lee zii jia nih.

Tapi nak masuk cerita sedih, bila seorang mamat patriot publisher ni kata Lee Zii Jia tak dapat sokongan padu dari dato hamidin pasal permintaan beliau. Bukan tuh saje, perseorangan wanita pun tak boleh nak coach mereka sendiri. Ini semua asbab Lee Zii Jia dan Goh Ching Wei bergerak secara profesional, dan bukannya ikut telunjuk BAM yang dimonopoli abam norza.

Pagi tadi aku teringat kata bini aku, Chong wei jenis tak melawan, ikut je , tapi Zii jia ni jenis rebel. Kalau dia tak puas hati, dia akan lawan. hahha, dan ini yang menjadi beliau kena teruk dengan netizen. Mana tak kena teruk, lepas je berjaya menang All England, dia jadi harapan tinggi Malaysia untuk menang gold medal pertama

Tapi kau tahulah kan Malaysians ni, hadoi kesian teruk Zii jia, prestasi terumbang ambing sampai dia orang kata flop, taknak ikut style misbun sidek dan macam macam lagi. Satu interview tuh dia sedih sebab asyik nurtizen dok marah dia je. Hahhaa. Takpa kata dia, baik dia diam dan teruskan latihan. Dan akhirnya, menang jugaklah BRONZE.

Apa yang Zii Jia buat tuh betul, biar kau diam je, biar keputusan kau speak louder. Result akan make noise untuk kau. Kalau ikutkan pun, benda ni Allah dah ajar pada Nabi Zakaria. Nabi zakaria ni tak boleh cakap, bila mana Allah janji nak bagi dia zuriat. Hahhaha, gile weih. Kita ni bila di ajar dalam kem motivasi, kena selalu bising apa impian dan matlamat kita.

Tapi sebenarnya DIAM itu pintar bak kata lirik dalam lagu fanatik KRU. Diam jelah lebih baik, kalau bising pun tak kemana sebenarnya. Belajarlah untuk diam, kalau tak berjaya pun, lagi orang bising , hahaha. Sekali lagi tahniah Zii Jia. AKu pun kuat kutuk kau jugak, hahhaa. Tapi aku rasa benda yang aku kena belajar dari kau ialah aku kena buat kerja diam diam. Toksah layan apa orang nak kata. Dah berjaya, kau menangislah sekuatnya, tanda gembira !!!

Related

Related Posts:

  • Bila Aku Sudah Tiada
  • BERLAWAN DENGAN PENDEKAR BAMBOO
  • Getaran Cili Api
  • OKS : Orang Kaya Strategi ?
  • Salahkan BANJIR ?
  • Nasi Lemak Pak Ayub
  • JOM HEBAT KL FANTASTIC
  • Protein Bagus Ke ?
  • Tahniah Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan , 11 Tahun…
  • Netkl Makin Mahal ?
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Tini Alif says:
    August 10, 2024 at 6:11 pm

    Zii Jia memang tak mudah mengalah, walaupun ramai yang kritik dia. Kadang-kadang, betul juga, lebih baik kita diam je, biar hasil kerja yang bercakap untuk kita. Perjalanan Zii Jia penuh liku-liku, dan akhirnya dia buktikan juga dengan menang gangsa olimpik. Bukan senang nak capai tahap tu, dia memang ada semangat juang yang luar biasa! Apa-apa pun, Kak Tini tetap bangga dengan Zii Jia! Teruskan perjuangan! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‘

    P/S: Dok bergenang air mata tengok video Zii Jia dengan Bangmed.

    Reply
    1. harmonikawan says:
      August 12, 2024 at 4:49 am

      Itulah semangat yang kita nak !!!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes