BAOMASTIS ? Hahha bunya macam baumati pun ada, cuba korang sebut laju laju bao mas tis. hahha. Nampak betul saya dah reka satu istilah terkini menerangkan apa yang akan terjadi pada komposisi rakyat malaysia yang akan terjadi setelah belanjawan 2025 akan menarik banyak subsidi dan juga cukai baru robin hood.
Apa itu BAOMASTIS ? BAO -B40 , MAS -M45, TIS – T15
BAO ialah dari singkatan B40, 4 jadi A dan 0 jadi O. TIS ialah dari T15. T15 adalah satu benda baru yang Anwar and the geng buat untuk tarik subsidi minyak dan lain lain lagi. Jadi kalau kita kira kembali golongan m40 boleh jadi naik M45, jadilah MAS, hahahha.
Jadi senang cerita kalau kita buat satu persatu, kita akan tengok golongan MAS ni akan lebih tersepit. Tapi golongan TIS juga nih, lagilah akan dikenakan cukai kaw kaw , termasuklah cukai dividen 2% tuh, hadoi.
Apa yang gila sangat nanti tahun depan ?
Belum lagi sampai 2025, dah ada benda yang gile. Lagi lagi bab yuran tadika. Siap siap dah umum akan naik 25%. Ini semua sebab gaji minimum dah naik kepada 1700. Jadi kos untuk tampung gaji cikgu kena diberi kepada kos keluaran, jadi yuran kena naik.
Lagi juga harga barang confirm akan naik lagi. Kalau harga minyak naik tahun depan, hahaha, apa yang gile nanti, lalamove,grab, food panda, semua naik weih, hahhaa. TAk terbayaang ramai dah meroyan, termasuk master master shaklee juga.
Langka Menghadapi BAOMASTIS !!!
Oklah semua orang akan jadi gile tahun depan, ramai juga mungkin akan jadi depression, cerai berai dan tak juga yang bunuh diri bila makin gile, makin muflis, makin sakit. Tapi saya share juga beberapa langkah perwiraan kami menghadapi zaman kedajalan nih.
1- LANGSAI HUTANG HIDUP TENANG !!!
Saya senang je, dah kita pun dah tahu dalam alquran, ayat pasal hutang tuh paling panjang dengan syarat dia semua gile gila. Saya rasa kalau kita tengok rasulullah pun, hutang pun pasal nak makan je. Jadi kami rasa tenang sikit bila hutang dah setel. Hidup apa yang ada ., Sekarang fokus pada usaha nak tambah saving. Hang pula janga pula buat hutang, beli ansuran dan adik beradiknya. Riba Hutang, berjudi beradu nasib, semua ni adik beradik syaitan.
2-JAGA KESIHATAN MAKAN SHAKLEE
Sekarang fokus jaga kesihatan, makanlah real food, belajar makan sayur untuk kesihatan, atleast sayur boleh tanam sendiri, nak bela ayam payah juga kalau takde tanah dekat kampung. Makanlah shaklee, 100 tahun terbukti sihat. Insyaallah ada je yang umur 90 lebih pun baguih je.
3- JANGAN PENCEN
Yang ni mungkin kelakar dan gile sikit. kalau nak sihat, sebenarnya kau kena terus belajar dan belajar. Umi shima pun nak belajar blogging walau dah umur 60 lebih. Korang lagilah kena usaha. Tiada istilah pencen dalam quran, sebab kalau korang tengok orang pencen, ramai mula sakit. Hidup ini mudah, kalau kau malas nak jalan kaki, malas nak guna keringat, Allah tarik balik semua nikmat tuh. Nikmat kesihatan bukan untuk kau je, tapi untuk cari rezeki dan berbakti pada masyarakat.
Makin banyak ini itu.. Makin banyak orang yang tertekan. Memang naik gaji tapi harga barang Comfirm juga naik. Tak tahu la nak kata apa.
sebab ramai tak faham hukum duit, sebab tuh ramai terjerat