SELESA Faiz Saaid, March 15, 2025March 17, 2025 KERTAS KERJA SELESA – SKUAD EKONOMI LESTARI SK SETIA ALAM 1. PENDAHULUAN Kebersihan dan kelestarian alam sekitar di sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif. Namun, SK Setia Alam menghadapi pelbagai cabaran berkaitan kebersihan, pengurusan sisa dan kesedaran terhadap amalan lestari. Oleh itu, Skuad Ekonomi Lestari SK Setia Alam (SELESA) ditubuhkan untuk menangani isu ini dengan pendekatan ekonomi sirkular, inovatif dan berdaya maju. Skuad ini bertujuan membudayakan amalan kitar semula dan pengurusan sisa secara sistematik di peringkat sekolah. Dengan pelaksanaan program ini, bukan sahaja masalah kebersihan dapat diatasi, malah murid, guru dan ibu bapa akan lebih cakna terhadap kepentingan kelestarian alam serta manfaat ekonomi daripada bahan kitar semula. 2. LATAR BELAKANG MASALAH Beberapa isu utama berkaitan kebersihan dan pengurusan sisa di SK Setia Alam adalah seperti berikut: Masalah kebersihan tandas – Kekurangan penyelenggaraan menyebabkan tandas kotor dan tidak selesa digunakan. Masalah kekurangan pekerja pembersihan – Tenaga kerja yang terhad menyukarkan pemantauan kebersihan sekolah. Masalah sampah yang berlebihan dan tong sampah yang tidak mencukupi – Sistem pengasingan sisa tidak efektif. Masalah habuk dalam kelas – Kekurangan pembersihan berkala menyebabkan ketidakselesaan kepada murid dan guru. Masalah dana untuk pembersihan – Kekurangan peruntukan bagi penyelenggaraan kebersihan dan bahan pencuci. 3. AKIBAT MASALAH Sekiranya masalah ini tidak diatasi, beberapa kesan negatif boleh berlaku, termasuk: Kawasan sekolah sentiasa tidak bersih dan menjejaskan imej sekolah. Longgokan sampah yang kelihatan dari luar memberi tanggapan negatif kepada masyarakat. Longkang tersumbat akibat lambakan sampah, menyebabkan banjir di kawasan sekolah. Insiden banjir yang serius boleh menyebabkan kesulitan kepada warga sekolah, seperti kejadian guru besar terpaksa menolak kereta Penolong Kanan akibat banjir. 4. SOLUSI – SELESA (SKUAD EKONOMI LESTARI SK SETIA ALAM) SELESA bertindak sebagai satu inisiatif lestari untuk menangani isu kebersihan sekolah dengan pendekatan inovatif dan mesra alam. Program ini melibatkan beberapa komponen utama: 4.1 MINDSET Mengubah perspektif warga sekolah bahawa setiap bahan yang dibuang bukan sekadar sampah, tetapi berpotensi menjadi sumber pendapatan. Contohnya, plastik, kertas, tin boleh dikitar semula dan dijual semula. Sisa makanan juga boleh dijadikan kompos yang berguna untuk tanaman. 4.2 PENGASINGAN Murid dan guru akan dididik untuk mengenal pasti bahan yang boleh dikitar semula seperti plastik, tin, kertas dan kotak. Menyediakan tong kitar semula di lokasi strategik di sekitar sekolah. 4.3 MENGELAK PEMBAZIRAN Menggalakkan penggunaan sumber secara optimum dan mengelakkan pembaziran makanan. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid supaya tidak membuang makanan secara berlebihan. 4.4 MENGGALAKKAN INOVASI Menggunakan bahan terpakai dalam projek seperti Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Sains, Seni Visual, dan Seni Persembahan. Contoh: Plastik boleh dijadikan keychain, manakala sisa makanan boleh dijadikan baja kompos. 5. TAHAP SELESA Program SELESA akan dijalankan secara berperingkat: SELESA 1 – Murid mampu mengasingkan barang kitar semula seperti kertas, tin dan plastik untuk dijual. SELESA 2 – Murid memahami konsep penghasilan kompos daripada sisa makanan, mengurangkan jumlah sampah organik. SELESA 3 – Murid berupaya melakukan upcycling, iaitu menukar bahan buangan kepada produk yang boleh dijual. 6. UNIT SELESA (SEL) Setiap kumpulan dalam SELESA akan dipanggil SEL, berdasarkan konsep sel dalam biologi yang membentuk tubuh yang sihat. SELAGU – Unit SEL untuk guru dan kakitangan sekolah. SELIA – Unit SEL untuk ibu bapa. SELAM – Unit SEL untuk murid. Murid akan mendaftar dalam program ini dengan membawa barang kitar semula dari rumah masing-masing sebagai yuran penyertaan. 7. KEMPEN DAN AKTIVITI Beberapa kempen akan dijalankan untuk mempromosikan program SELESA: Poster kesedaran ditampal di sekolah dengan slogan seperti: “Fikir Panjang Sebelum Buang” “Other Trash is Other Cash” “Asal Barang Jadi Wang” “Membazir Saudara Syaitan” Tayangan dokumentari berkaitan Waste to Wealth di Smart TV setiap kelas. Kumpulan WhatsApp khas untuk berkongsi idea dan info kitar semula antara ibu bapa dan guru. 8. TAJAAN DAN KERJASAMA Untuk menjayakan SELESA, beberapa bentuk tajaan dan kerjasama akan dicari: Kos penyediaan tong kitar semula di setiap lokasi strategik dalam sekolah. Mencari penaja bagi projek kompos sisa makanan. Kerjasama dengan pihak KDEB Waste Management bagi pengurusan sisa. Kerjasama dengan NGO yang terlibat dalam aktiviti kitar semula. Menjemput tokoh kelestarian seperti Datuk Seri Zaini Ujang untuk berkongsi pengalaman dan motivasi. 9. PELANCARAN PROGRAM SELESA Program SELESA akan dilancarkan dengan satu kempen gotong-royong besar-besaran bersama ibu bapa dan murid. Menjemput wakil rakyat, MPP Zon 21 dan ADUN bagi menjadikan SK Setia Alam sebagai sekolah perintis amalan lestari. 10. IMPAK PELAKSANAAN SELESA Pelaksanaan SELESA dijangka memberikan impak besar kepada sekolah dan komuniti: 10.1 Peningkatan Prestasi Akademik Murid Persekitaran bersih dan selesa membantu murid memberi tumpuan dalam pembelajaran. Pengurangan habuk dan sampah mengurangkan masalah kesihatan, seterusnya mengurangkan ketidakhadiran ke sekolah. Murid lebih bertanggungjawab dan kreatif dalam menguruskan sumber dan bahan kitar semula. 10.2 Sekolah yang Lebih Bersih dan Kondusif Kawasan sekolah lebih bersih, bebas daripada longgokan sampah dan pencemaran bau. Keadaan tandas lebih selesa dengan penyelenggaraan yang lebih baik. 10.3 Kesedaran Lestari dalam Kalangan Murid, Guru dan Ibu Bapa Murid dan guru akan lebih bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa dan pembaziran. Ibu bapa akan turut serta dalam usaha menjadikan rumah sebagai pusat amalan kitar semula. 10.4 SK Setia Alam sebagai Sekolah Perintis Hijau Menjadikan sekolah sebagai model terbaik dalam amalan pengurusan lestari. Menarik sokongan NGO dan pihak berkuasa tempatan untuk menyokong inisiatif sekolah. Dengan kesan positif ini, SELESA bukan sahaja membantu menangani masalah kebersihan, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan modal insan yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan ekonomi hijau. Related Related Posts:Bawa Balik Plastik Dari Bekas MorehSAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIACuti Deepavali dengan Aktiviti Jalan Kaki di Setia AlamLagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu…MembazirMelawat Sekolah LamaKenapa Allah Ciptakan Yahudi ?10 SEBAB JEPUN MAJUPerwira Baja KomposDilema Dalam Rumah - Jangan Duduk Dalam Zon Selesa SAINS