TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! Faiz Saaid, April 20, 2025April 20, 2025 Cakap Itu Seni – Boleh Belajar dan Boleh Diasah Tak semua orang lahir-lahir terus pandai bercakap. Ramai je yang asalnya introvert, pemalu, tapi sekarang jadi speaker, jadi leader, malah jadi top seller dalam bisnes! Percayalah, communication skill ni adalah satu seni yang boleh diasah. Kajian dari Harvard Business Review menyebut bahawa kemampuan berkomunikasi yang baik meningkatkan kebarangkalian untuk berjaya dalam perniagaan sebanyak 50% berbanding mereka yang hanya fokus pada produk semata-mata. Marketing Banyak Channel, Tapi “Cakap” Tetap Menang Kau boleh je buat marketing guna Facebook, TikTok, Instagram, blog, atau website. Semua tu power! Tapi bila masuk bab close sales, yang paling menang tetap orang yang pandai cakap. Sekarang pun trending semua orang nak jadi host live TikTok dan Shopee. Korang perasan tak? Orang yang pandai sembang, walaupun produk biasa-biasa, boleh sold out. Jadi tak hairanlah kalau nak survive dalam bisnes sekarang, kena pandai buka mulut. Introvert? No Hal – Yang Penting Bercakap Bila Perlu Introvert bukan alasan untuk tak boleh jadi power seller. Kajian dari Journal of Research in Personality tunjuk introvert yang bercakap hanya bila perlu, lebih dipercayai oleh prospek sebab gaya komunikasi mereka nampak lebih jujur dan berfokus. Tapi tetap kena buka mulut bila peluang datang. Silent mode 24 jam tak membantu sales. Bercakap Itu Proses, Bukan Sekali Terus Jadi Kau kena faham, bila bercakap dengan prospek, bukan terus dapat “YES”. Tapi kau sedang bina trust. Lagi banyak sembang, lagi banyak touchpoint, lagi cepat orang kenal dan percaya kau. Menurut kajian oleh Hubspot, purata 6-8 kali sentuhan diperlukan sebelum pelanggan buat keputusan untuk beli. Gunakan Semua Teknologi, Tapi Jangan Lupa Upgrade Mulut Teknologi marketing tu semua best. Tapi mulut kau, suara kau, gaya kau bercakap – itu yang buat prospek rasa selesa dan yakin nak beli. Kau boleh blast iklan satu dunia, tapi kalau kau tak reti nak close dengan gaya yang halus dan berhemah, sayang lah weh! Tips Close Sales Secara Halus Tapi Menyakinkan Bercakap ikut vibe prospek – Kalau dia laju, kau laju. Kalau dia slow, kau slow. Match energy dia. Tanya soalan terbuka – Contoh: “Pernah cuba produk macam ni sebelum ni?” instead of “Awak nak beli ke tak?” Guna cerita/pengalaman – “Saya dulu pun ada masalah sama macam akak, lepas cuba ni…” Jangan terus jual, bina connection dulu – Bagi value dulu, bagi info, baru masuk offer. Guna teknik “soft close” – “Kalau akak nak cuba dulu satu botol pun dah cukup, nanti akak boleh rasa beza dia sendiri.” Akhiri dengan pilihan, bukan tekanan – “Akak prefer nak mula dengan set kecil atau terus yang kombo jimat tu?” Penampilan Pun Main Peranan – Lagi-lagi Produk Kesihatan! Kalau kau jual produk kesihatan, tolonglah jaga penampilan. Prospek tengok muka kau dulu sebelum tengok testimoni. Kalau cerita pasal tenaga, tapi muka lesu, suara perlahan, badan tak bermaya – prospek dah tarik diri awal-awal. First impression counts! Belajar, Belajar, Belajar – Sampai Jadi! Jangan berhenti belajar. Nak bercakap dengan yakin, kena latihan. Nak jadi natural, kena practice. Mulakan dengan cakap depan cermin, rekod suara sendiri, join group coaching, atau try live kecil-kecilan dulu. Lama-lama kau akan dapat flow dan jadi semakin yakin. Kesimpulannya… Teknologi boleh bantu kau tarik pelanggan. Tapi kalau TAK PANDAI CAKAP, memang wajib belajar! Peluang bisnes ada di mana-mana, tapi yang dapat pegang peluang tu hanyalah orang yang berani buka mulut. Related Related Posts:Cara Dapatkan Review Untuk Page FacebookKebodohan Dalam BUSINESSCara Nak Berjaya Dalam MLMKalau Busy , Bagus Buat BLOG, Bukan Meroyan Dekat Facebook Bisnes Shaklee Ok Ke ? Pecah Kepala Aku !!!Ayat Untuk Promosi Barang JualanCara Dapatkan Banyak Like Di Page FacebookBusiness Online Best Tak ?Bahaya MLM Haram JadahCara Dapat Banyak Like Fanpage - Belajar Dengan Otai SENI