Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN
open house jadi saudara syaitan

PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN

Faiz Saaid, April 20, 2025April 20, 2025

Ayat Quran yang Menyedarkan

Kita mulakan dengan satu peringatan dari Al-Quran, pendek tapi padat. Mudah dihafal, berat maknanya:

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
(Surah Al-Isra’, Ayat 27)

Allahuakbar. Tegas dan jelas. Allah kata orang yang boros, yang membazir, adalah saudara Syaitan. Bukan “macam” saudara. Tapi SAUDARA BETUL. Sebab perangai membazir tu memang perangai Syaitan – suka merosakkan, menyusahkan, dan kufur dengan nikmat Allah.

Tabiat Gila yang Menyihatkan Bumi

Sejak awal tahun ni, aku ada satu tabiat pelik – aku suka basuh pinggan plastik. Hahaha, bunyi macam pelik kan? Tapi serius. Masa moreh bulan puasa kat surau, aku basuh dan bersihkan bekas plastik. Pastu bila raya, rumah kakak, rumah adik ipar, aku tolong kemas, basuh, dan asingkan makanan.

Aku ni bukan orang kaya, bukan jutawan, tapi aku percaya, kita boleh bantu dari tenaga dan tindakan kecil. Bekas makanan orang bawa, aku bersihkan. Yang elok, aku simpan atau bawa balik. Kurangkan sampah tuan rumah. Yang sisa makanan tu, aku kumpul dan buat kompos. Tanam semula. Bagi tanah makan balik.

Kawan-kawan geng surau Luqman pun dah kenal perangai aku. Ada yang kata aku ni “green freak”, tapi aku rasa, itu cara aku syukur dengan nikmat makanan – dengan kurang membazir, kurang beban orang, dan kurang sumbangan pada rumah hijau yang makin tenat tu.

Masalah Utama: Makan Tak Habis

Tapi part yang paling menyedihkan aku… bila tengok makanan dibuang macam tu je.

Ada yang ambil nasi, makan suku, tinggal separuh. Ada yang ambil lauk, rasa tak sedap, terus buang. Bukan budak kecik je, tapi orang dewasa pun sama. Yang pakai smart, yang bercakap pasal isu ummah, pasal Gaza, pasal ekonomi, pasal inflasi – tapi bila makan, main-main.

Kita sembang pasal Palestin, simpati pada saudara seagama yang kebuluran, tapi dalam masa yang sama, kita buang makanan macam takde nilai. Mana pergi rasa syukur? Mana pergi akhlak Islam yang diajar Rasulullah?

Ajar Anak Dengan Akhlak Makan

Aku dengan Ainul Mustafa, selalu pesan kat anak-anak –
Kalau pergi rumah orang, ambil sikit dulu. Jangan gelojoh.
Kalau sedap, tambah.
Kalau tak sedap, jangan komen.
Habiskan juga, jangan sampai tuan rumah rasa terhina.
Dan kalau sedap, PUJI – sebab tuan rumah dah penat masak, penat sediakan, dan mungkin duit dapur pun dah berkorban untuk jamu tetamu.

Ini benda simple, tapi besar kesannya. Akhlak makan tu pun satu bentuk dakwah.

Tips: Makan Sikit Masa Open House

Kalau kau jenis cepat kenyang, atau takut terbazir, ni aku bagi tips makan sikit masa open house:

1. Ambil Dalam Saiz Satu Sudu Dua Dulu

Ambil nasi satu sudu, lauk sikit-sikit. Rasa dulu. Tak sedap, boleh cover habiskan. Sedap, baru round kedua.

2. Pilih Yang Ringan Dulu

Ambil kuih dulu, atau buah dulu. Kadang makanan berat buat kita cepat sangat kenyang. Bila perut dah terisi, makanan lain terbiar.

3. Jangan Malu Nak Kongsi Pinggan

Kalau pergi ramai-ramai, kongsi satu pinggan. Potong satay dua, kongsi kek. Boleh rasa semua, tapi tak membazir.

4. Simpan Untuk Balik (Kalau Dibenarkan)

Kalau tuan rumah bagi bekas atau tapau, simpan sikit. Bukan tamak, tapi kurangkan pembaziran. Boleh panaskan semula esok.

5. Minum Air Kosong Dulu

Sebelum makan, minum air suam. Supaya perut tak terkejut dan kita tak gelojoh makan.

Ini semua bukan pasal diet. Ini pasal akhlak makan yang Islam sangat tekankan.

Mewah Tak Salah, Tapi Jangan Membazir

Tak salah nak makan mewah masa raya.
Nak makan satay rusa, kambing golek, wagyu – silakan, asal ada kemampuan dan tak membazir.
Yang salah bila kita ambil banyak, pastu tak habis, lepas tu buang.

Tak ke sedih?

Sedangkan Rasulullah SAW pun makan dengan penuh cermat. Sekadar cukup. Tak pernah membazir.
Tapi kita ni? Makan berlebih, buang begitu je. Pastu nak sedekah ke Gaza, tapi depan mata pun kita gagal jaga nikmat Allah.

Bila Saudara Syaitan Datang Beraya

Bayangkan, kita buat open house.
Datang tetamu – bising, makan tak habis, buang sana sini, makanan penuh tong sampah, pinggan tak basuh.
Lepas tu tinggal sisa, tinggal bau, tinggal beban.

Rasa macam apa?
Macam SAUDARA SYAITAN datang beraya. Hahahah.

Sebab perangai macam tu – boros, membazir, tak hargai nikmat – itu semua perangai syaitan. Yang Allah sendiri dah label dalam Al-Quran.

Bukan aku kata. Allah kata.

“Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”
(Surah Al-Isra’, Ayat 27)

Kita Boleh Ubah

Open house bukan tempat kita nak tunjuk kekayaan.
Bukan juga medan untuk menunjuk resepi viral atau deco meja.
Tapi ruang untuk eratkan silaturrahim, kongsikan rezeki, dan tunjuk akhlak Islam sebenar – termasuk bab jaga makanan dan elak pembaziran.

Kalau rasa makanan lebih, agih awal.
Kalau rasa tetamu tak ramai, masak sikit cukup.
Kalau rasa tak sempat handle semua, ajak jiran atau keluarga bantu.

Dan kalau kita datang rumah orang – makan berpada-pada.
Bantu cuci. Bantu kemas. Bantu kurangkan sampah.

Penutup: Ingat, Raya Ni Ujian Juga

Hari ni aku nak sambung beraya lagi.
Dan kalau aku sendiri membazir, sila ketuk kepala aku, wahai tuan tanah! Hahaha!

Raya ni bukan je ujian kesabaran dengan trafik, tapi juga ujian kesyukuran dengan makanan.
Kita bukan nak jadi saudara syaitan – kita nak jadi hamba Allah yang bersyukur, beradab dan berakhlak.

Jom jadi tetamu yang menyenangkan.
Jom jadi rakyat yang menghargai rezeki.
Jom jadi Muslim yang hidup dengan sunnah, bukan nafsu.

Related

Related Posts:

  • Income
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh
  • Membazir
  • Bank Konvesional Iblis, Bank Islam Dajal
  • Tanda-tanda Kiamat
  • Terbaik
  • Doa Musnahkan Sel Kanser
  • Jangan Merungut Jom Buat Duit
  • Simbiosis Sideline Saudara
  • Enjoy
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes