Bagus Ke Facebook Page Banyak Likers ? harmonikawan, August 13, 2016July 1, 2024 Saya masih ingat, pada november 2014, ada satu ketika, kami dah tak layan sangat main fan page facebook, kami sibuk fokus blogging. Tiba-tiba page yang dibangunkan, turun mendadak dari 90k likers ke 60k likers. Akibat malas nak update, sebab fikir takda sales, akhirnya page ni makin lama makin bosan, jadi sehingga 59k likers je. Fan Page Likers Banyak Tapi melihat banyak kebangkitan page ibu-ibu mengandung, page page hebat naik mendadak secara organik. Kami fikir kenapa kami tak nak update page ni setiap masa dan ketika. Tentu boleh naik. Bermula dari tahun lepas, usaha dibuat , selalu jugak update page nih, sama ada info biasa, lawak lawak, kata-kata sakti, dan jugak business Shaklee, akhirnya dalam setahun lebih, dapatlah cecah 97k likers. Oklah, tak boleh lawan lagi page lain yang lagi gempak. Kepentingan page ni, banyak, ingat tak korang betapa nak sewa oh bulan dan siakap keli pun sampai ribu riban nak bayar ? Tapi perkhidmatan page Diet Diet Sihat adalah percuma, bagi organisasi kami, #choramaticfamily, tahniah diucapkan kepada ahli berusaha bersungguh-sungguh buat sharing kat sini. Alhamdulillah, feedback terbaik , dapat jugak naikkan trafik blog, dan dapatkan ramai prospek business mereka. Business Shaklee Begitulah kami bangunkan page nih, untuk manfaat yang mendatang. Kami tak tahu pulak nanti facebook nak tutup ke apa ke, tapi kami tahu, kami tak boleh malas, disiplin UP, update dan promote mesti diteruskan. Cara ini barulah empayar boleh sesebuah organisasi dapat dibesarkan, bukan dengan hanya duduk goyang kaki tak buat apa-apa, kecuali anda tukang jahit atau penari kelab malam yang berbayar. Berkembang dengan perlahan-lahan, sedikit demi sedikit, membina asas yang kukuh dulu bak kata Helen Lam, Presiden Shaklee Malaysia . KLCC pun ambil masa 3 tahun untuk membina tapak asas sahaja, dan barulah naik sedikit demi sedikit. Kami melihat sendiri banyak organisasi business, yang naik cepat, jatuh cepat, ranap cepat, sebab asas yang tidak kuat dan terburu-buru. Macam mee segera pun ada, benda tak cukup masak, dipetik, memang kualiti dia tak sedap. Kami akan sentiasa melihat alam semula jadi, ciptaan Allah swt, Allah maha besar, bagaimana ia berkembang, begitulah yang patut kita contohi. Ciptaan dan kiraan Allah tak pernah gagal, dan memang menakjubkan. Itulah juga falsafah pengasas Shaklee jugak, Dr Forrest C Shaklee, lihatlah kehebatan “Nature” dan contohilah ia. HARMONY WITH NATURE Related Related Posts:Menghidupkan Facebook Page Yang Dah MatiRahsia Likers FACEBOOK Terbongkar !!!Cara Mudah Naikkan Likers Facebook PageKematian Facebook Page3000 Lebih Likers Dalam Seminggu Dengan Instant ArticleMacam Mana Nak Suruh Orang Like Page Kita ?Kenapa BLOG dan PAGE Penting ?Misi Viral Artikel Kesihatan - Teruskan Menulis…Cara FREE Dapatkan Like Page FacebookCustomer Brunei SAUDAGAR