Bank Konvesional Iblis, Bank Islam Dajal

bank

Aku dulu tertanya tanya, apa beza Iblis dan Dajal. Kenapa dajal tak disebut dalam Al-Quran ? Kenapa Iblis syaitan jin Allah sebut banyak kali ? Tapi bila fikir balik, sejak habiskan hutang riba, kekadang keliru juga. Ada produk islamik dan ada produk konvensional, adui. Pelik pelik.

Jadi aku bila baca alquran, banyak kalimat kata syaitan itu musuh yang nyata. Hahhaa, betul, aku rasa kita bukanlah nampak secara fizikal iblis syaitan tuh. Tapi kejahatan itu bersifat nyata. Clear, hang berzina, minum arak, memang dah clear sepakat ulamak kata berdosa. Itu lah musuh yang nyata.

Bank Konvesional Iblis ?

Ye , yang ni memang kerja Iblis. Sebab dah clear sangat, bank konvensional ni nampak bebenor riba. Clear hang pinjam 100, hang kena pulangkan 120. Memang clear sangat riba. Itulah pasal. Hadoi. Jadi produk yang nampak clear riba ni memang kerja iblis dan syaitan.

Kalau korang tengok pun, iblis ni kejahatannya memang gile, habislah korang . Cuma bisikan dia tuh mahal. Kalau tak tahan, habis jahanam. Dia akan suruh kita buat benda yang berdosa. Itu yang aku faham pasal iblis.

Bank Islam Dajal ?

Hhahahah, inilah topik paling menarik. Sebenarnya apa yang dajal nih? Macam mana Allah saja taknak letak mamat dajal dalam quran. Tapi banyak pulak cerita dajal ni dalam hadith ? Fuhhh memang gile. Kalau Allah sayang, kenapa kita kena hadap penipuan dajal ?

Aku rasa, dajal ni dia menipu dengan cara dia akan suruh buat benda yang sia sia, yang merugikan dunia dia, sampai dia terjebak dalam musuh yang nyata. Aku ambil bank islam , kenapa dia dajal ? Sebab dia buat semua benda tuh sah dari hukum agama. Sampai ulamak ramai sepakat bank islam boleh.

Tapi kesan dia ? Itu yang kita tak nampak. bank islam ni pun sama je, dia ikut style Fractional Reserve Banking, dia akan buatkan duit kita jadi rendah, sampai inflasi, ramai yang miskin akan merana sebab kita bergantung pada nilai matawang.

Itu belum lagi bila dah terikat dengan hutang nih, kau kena kerja gila gila habiskan hutang.Masa tulah kau kena buat apa saja , sampai kau bos suruh kau cok baksin, kau pun ikut. Bos suruh rasuah, kau buat, bos suruh kau cover audit tipu, kau tipu.

Lama lama kau jadi teruk gile, semata mata kau nak habiskan hutang kau. Itu belum lagi aku cerita yang rumah kena lelong sebab tak boleh bayar. Itu bila kau rasa kau ok, tapi kau tak sedar Allah boleh tarik rezeki bila bila je. Bisnes jatuh income takde, kau pulak merana, habis rumah tuh kau kena tendang, pastuh kau kena black list bagai, jahanam hidup.

Dajal Takkan Ikut Cara Iblis ?

Bagi aku penipuan dajal ni kita nampak benda tuh boleh buat , tak berdosa, tapi sebenarnya benda tuh merosakkan kita. Contoh orang pergi haji, ada hutang takpe, boleh pergi. Padahal yang terbaiknya ialah selesaikan hutang dulu, baru pergi haji.

Lagi yang teruk macam duit kertas.ulamak ekonomi kata boleh. Tapi semua orang tahu yang matawang ni diboleh dimanipulasi. Hahha, sampai geng geng zionis ni buat undang undang nak berniaga minyak kena guna us dollar. padahal us dollar tuh kau print atas kerta kosong je.

Lagi gila semua matawang yang kita guna dulu, macam emas dan perak. sampai jadi komoditi. Patut dia jadi matawang. Ada lagi orang pergi tukar zakat kepada matawang. Kan tak berdosakan ? ikut lain. cuma mazhab syafie je tak bagi tukar. Banyak lagi dajal ni penipu

Dajal Tak Suruh kita buat dosa, tapi akan buat kita rugi selamanya !!

Macam tulah trik dajal, dia tak suruh kita buat dosa. Apa yang kita buat nanti semua ulamak kata boleh. Tapi sebenarnya bila difikirkan banyak yang teruk dari yang baik. Kesan jangka panjang dia kita akan rugi dan terus rugi.

Itulah cara Dajal, yang aku fahamlah. Korang mungkin fikir lain,dan ada pendapat lain, hahahha. Oklah , jom hari jumaat nih, kita layan surah alkahfi. kita layan quran, kita bantai , kita tanya kenapa jadi itu jadi ini. Insyaallah kita akan mula bergerak cari jawapan. Moga Allah bagi petunjuk dan hidayah pada kita.

Post Comment