Buffet Ramadhan Putrajaya Paling Romantik ? harmonikawan, May 31, 2016July 17, 2024 Buffet ramadhan yang paling romantik, hahaha, ni korang kena layan kat Spring Garden Putrajaya. Sempena nak puasa nih, rugi kalau korang tak layan suasana dan keindahan Putrajaya dari restoran ini, sambil menikmati lagu lagu tradisional dan juga sajin lauk yang enak, kat sinilah tempat yang paling best yang korang boleh pergi. Nak layan abang masak ikan bakar pun boleh, hahaha. Memang feel layan kat sini, korang datang awal sikit, dekat area Taman Botani Putrajaya, dekat roundabout besar. Kat situ bagus korang datang awal, sebab korang boleh layan dulu Morroco punya tempat, kat situ Astaka Morocco memang cantik, lepas tuh bawak anak-anak korang berlari lari mengejar mimpi di padang rumput yang mengadap putrajaya , tasik nan indah lagi permai, nasib takda bot je, sebelum nak tunggu azan, lepas tuh korang pergilah berbuka dulu, dan solat dulu, kat mana-mana, kat situ pun ada diorang nak buat bilik solat. Oklah, lepas tuh, korang bolehlah makan, tapi jangan sampai tak ingat perut, kesian perut, baru nak diet, dah kena sumbat dengan lauk pauk dan satey. Hahhaha, nak lagi best, korang lawatlah blog wife aku nih, dia ada buat review sikit, baik punya !!! Related Related Posts:Buffet Ramadhan Murah Seksyen 9 Bandar Baru BangiBuffet Ramadhan Paling Sedap Area Ampang ?Makanan Western Sedap TTDI Kuala LumpurBuffet Ramadhan Nasi Arab Sedap Shah AlamPatin Tempoyak Sedap Area AmpangChurros Tersedap Di Bangi ?True To Your HeartWestern Murah Sedap Bangsar Kuala LumpurAiden Evelyn Pasangan Harmonika Romantik ?3 Sebab Food Festival Sangat Best SANTAPAN