Cara Jual Charger Smartphone Laku Keras harmonikawan, July 7, 2016 Salam sejahtera dan selamat hari raya semua. hahaha, ini abg joe labu nak cerita sikit teknik laku keras nak jual smartphone. Teknik ni lagi power dari sifu FbAds, sifu blog, sifu marketing yang pernah korang belajar sebelum ini. Teknik ni memang susah nak buat. Kalau korang nak try jugak boleh, teknik marketing ni dipanggil Teknik HIJAU KUNING, macam bolasepak pulak . 1. Cari Port Baik Mula-mula nak jual charger nih, cara mudah dia ialah korang kena naik kereta sendiri, bawak charger tuh, pergi port baik punya, confirm ramai orang, tapi jangan kantoi pulak kena tangkap dengan pihak berkuasa tempatan. hahahaa. Lepas tuh parking kereta korang kat situ, bokak bonet, tapi jangan hidupkan enjin. Lepas tuh pakai earphone, buat buat macam busy gile. Takpun pasang earphone dengarlah ayat suci al-quran, takpun ceramah ustaz auni pasal dajjal. 2. Ambil Gambar Dengan Customer Bila dah dapat jual tuh, oklah, katalah customer dah dapat jual, korang jangan lupa amek gambar, minta sesiapa, tetiba ada pakcik tua melintas, stopkan dia, lepas tuh suruh dia amekkan gambar. Korang tunjuklah charger smartphone tuh, hahahah. Senyumlah sikit, buat tanda bagus ke, ini semua dah biasa kan ? Jangan buka baju tunjuk perut pulak, sebab ni jual smartphone, bukan jual suplemen bina otot. TEKNIK HIJAU KUNING Tapi korang kalau ada kereta yang striking gile ni, macam model yang ditunjukkan ni ialah BroFramestone, yang jadi pelakon customer ni Muiz Genji. hahah, otai berlakon beb.Kuning ni memang orang senang nampak. Lepas baju kaler hijau, muka kena jambu sikitleh. Hhahaha, ada harapan tuh. Tapi kalau korang rasa nak bawak kereta pink baju kelabu pun boleh, janji pakai baju. Oklah, itu saje tips nak jual charger smartphone. Nanti sambung pulak. Related Related Posts:Charger Smartphone Terbaik 2016 ?Cara Dapat Banyak Like Fanpage - Belajar Dengan OtaiLaptop Adapter Ringan Untuk Travel ?Ayat Untuk Promosi Barang JualanAyat Nak Lelong BarangTeknik Dapat Like Facebook 2016Ayat Promote Produk Untuk Bulan PuasaTeknik Follow-UP ?Cara-cara Nak Dapat Ramai KawanBagaimana Cara Nak Jemput Rakan Like Fanpage di Facebook ? SAUDAGAR