Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Cendol Durian Aiskrim Borhan Kuala Selangor

harmonikawan, August 11, 2016July 17, 2024

Alhamdulillah, pada hari ahad lepas, aku sempat singgah  di satu tempat yang ramai kata antara cendol terbaik dekat Kuala Selangor, sepanjang jalan nak ke Tanjung Karang, kalau korang tak singgah kat sini, memang tak sahlah. Tapi dia punya kedai senang, kalau korang datang dari tanjung karang ke Kuala Selangor. Memang best untuk layan cendol tengah panas, sambil pekena rojak. Memang layan.

Singgah Jeram Temankan Kakak dan Abah

Cerita nak ke Cendol Borhan ini bukanlah dirancang. Ianya bermula dengan mak suruh pesan ikut abah sebab nanti anak kakak takut berlari-lari. Adapun, budak-budak tak ikut, jawabnya jadi bujang sekejap, bawak kereta jalan-jalan sampai ke Pantai Remis Jeram. Oklah, kat sini pantai dia rilek je, banyak batu, tapi banyak jugak kedai-kedai yang jual pelbagai makanan dan jugak baju-baju. Takda orang mandi kat sini. Tapi nak lepak-lepak bolehlah. Sambil tuh layan-layan angin bunyi ombak yang merdu memanggil burung-burung kepanasan.

pantai kuala selangor

Terus Jalan Ke Utara

Sebenarnya, lepas kakak dan abah balik dulu, aku baru buka aku punya bekalan, mak  bagi mangkuk tingkat nasi lemak sambal udang. Apapun jalan-jalan area tuh amek gambar dan selepas itu duduk di suatu kawasan, dan makan nasi lemak. Lepas tuh layan air kelapa sejuk. Memang best dan feel. akhirnya, sebab nak balik tuh, bukan amek jalan balik  ke kelang, tapi naik ke utara, tengok dah masuk waktu zohor, singgah masjid jeram kuala selangor. Tak sangka lepas solat, tetiba nak cari cendol borhan. Tapi cerita dia dah sampai ke Tanjung Karang, tak jumpa, kecewa balik, tapi  rupanya , tengok satu tempat tuh ramai orang, oh itulah cendol borhan, hahaha, layan, terus patah balik u-turn balik ke Cendol Borhan.

masjid kuala selangor

Dari Asnaf ke Jutawan : Pendapatan 120,000 Ringgit Sebulan.

Nak cerita pasal Borhan ini memang unik, sebab dia adalah Asnaf terbaik dari program Lembaga Zakat Selangor. Kalau  korang ingatlah dulu aku ada cerita pasal Zakat ini, aku tengok jugak program diorang yang mengiktiraf asnaf yang berjaya. Dalam masa yang sama, diorang cerita  jugak pasal Cendol Borhan. Sebab aku teruja, aku pun nak ke sana nak tengok sendiri betul ke cerita diorang. Last last aku jumpa gambar dan hadiah dari LZS sendiri untuk pengusaha cendol ini. Yang bestnya, aku ambil tempat duduk, tanya brader yang kerja dia cuci meja bersihkan meja, time amek order orang lain. Tapi baru tahu, yang buat kerja cuci meja angkat pinggan mangkuk tuh ialah Borhan. Boleh je si Borhan ini duduk rumah rilek, duduk kaunter rilek. Tapi semangat dia kerja tuh bagi inspirasi kepada semua pekerja dia, dan jugak orang yang datang situ, supaya kerja kuat macam dia jugak.

lembaga zakat selangor

Cendol Durian Aiskrim dan Rojak

Last sekali , penat, aku pun order Cendol Durian Aiskrim dan Rojak biasa  je. Rasa memang best feel, rojak dia ok boleh tahan. Sesuai kalau nak makan, isi perut, kalau tak suka makan tengah -hari. Penat -penat nak balik ke Shah Alam, patut singgah sini, layan Cendol. Aku pun lepas pekena Cendol ini, ambil jalan balik ke Shah Alam ikut LATAR, lepas tuh pulak ternampak satu tempat tumpuan lagi, iaitu Cendol BAKAR, alamak, apapulak bakar en bakar ini. Oklah mungkin tuh next destination tempat makan-makan. Apapun, layan video kat bawah ini ok ?

Related

Related Posts:

  • Kenapa Lepas Kahwin Kena Beli Perodua ?
  • Chalet D'Kampung Mr Os
  • Makanan Western Sedap TTDI Kuala Lumpur
  • Western Murah Sedap Bangsar Kuala Lumpur
  • Nasi Lemak Ali Corner Seksyen 20 Shah Alam
  • Laksa Tempurung
  • Lemang Sedap Area Shah Alam ?
  • Salam Kota Bharu
  • Rumah Murah Area Seremban ?
  • Nasi Lemak Seksyen 8 Shah Alam Paling Sedap ?
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Simply Remedies says:
    August 11, 2016 at 3:11 am

    Cendol Durian Aiskrim? sounds delicious.. kalo tak da musim durian?

    Reply
    1. faizsaaid says:
      August 11, 2016 at 3:39 am

      pening jugak tuh, hahaha

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes