Emosi
MELAWAN TSUNAMI EMOSI
Bila menghantar arreessa ke sekolah rendah, sangat berbeza dengan bila bapak aku hantar aku pergi sekolah dulu. Kalau dulu, aku pun tak tahu apa penilaian yang ada kat sekolah tuh, zaman aku dulu KBSR, tapi zaman dia dah macam-macam penilaian, DLP, KSSR, KPSR, KLMGB dan macam-macam lagi. Lepas tuh pula sistem persekolahan mengikut standard antarabangsa, dengan sistem ikut eropah, nak ikut korea selatan, amerika selatan, afrika selatan, dan macam-macam lagi. Akhirnya, aku rasa yang jadi masalah sekarang, bukan budak ni takda IQ , tapi mereka akan ada masala EQ.
IQ VS EQ
Kau bayangkan dulu masa universiti, punya berapa banyak subjek nak kena ambil, jawabnya masa tuh, ko bukan rasa ko tak pandai, sebab kalau tak pandai, ko takkan masuk universiti. Tapi cabaran dia iala EQ. Hahaha, apa beza IQ dan EQ nih, ni ada aku ciluk dari lebai google.
Intelligence Quotient (IQ) adalah satu nilai yang menunjukkan keupayaan seseorang untuk belajar, memahami, dan memohon maklumat dan kemahiran dalam cara yang bermakna
Emotional Quotient(EQ) adalah satu cara untuk mengukur bagaimana seseorang mengiktiraf emosi dalam dirinya dan lain-lain, dan menguruskan negeri-negeri ini emosi untuk bekerja dengan lebih baik sebagai satu kumpulan atau pasukan.
Dalam sekolah sampailah ke universiti, semua orang biasanya cikgu cikgu akan menghargai pelajar yang mempunyai markah prestasi yang cemerlang, IQ yang tinggi, boleh dapat marka tinggi. Berbanding dengan EQ, ianya sukar untuk dinilai, bagaimana menilai markah emosi dengan ujian.
Tapi saban hari kita dengar cerita pelajar mati bunuh diri kerana gagal periksa. Cerita ini meningkat saban tahun, lepas tuh pulak, cerita seorang islam, rupanya anak murid ustaz khairi, bunuh diri terjun jambatan pulau pinang. Aku rasa, punyalah sayang, aku rasa kalau dia anak murid ustaz, tentu sekali dia seorang yang hebat pemikiran dia. Tapi, hanya kerana emosinya makin bergolak, dia pilih untuk mati terjun dari jambatan, hanya kerana masalah ekonomi negara.
Bila baca cerita ni, nampak sangat kebenaran, kejayaan seseorang itu hanya perlukan 20 % keupayaan IQ, tapi 80 % lagi perlukan emosi yang mantap dan hebat. Sebab dunia perlumbaan sebenar, ianya penuh permainan mental dan jiwa, walaupun kita ni ada master, phd, graduate mekatronik sekalipun.
HARI PERTAMA BERMAIN CATUR ADALAH CABARAN EMOSI
Mungkin rasanya arreessa ni muda lagi, tak sesuai lagi bermain melawan orang lain. Punyalah semalam aku semangat beli satu set catur. Mula mula arreessa nak main tanah liat dia tuh, tapi tetiba dia ajak babah main catur. Oklah, masa tuh, aku ajar dia susun, aku ajar dia pergerakan catur tuh.
Aku rasa budak-budak bukan taknak ikut arahan, tapi kekadang dia nak ikut perasaan dia je, bila aku nak makan buah catur dia, dia dah mula rasa menangis mengamuk tak tentu pasal. Nasib baiklah aku bagi peluang, aku main jalan je, bagi dia happy dia menang. So dia teruskan lagi nak main catur nih.
Lepas tuh petang pulak pergi rumah atok dia, ajak sepupu dia main, tak pasal pasal baru satu game, bila aku ajar arreessa makan semua buah catur sepupu dia, terus sepupu dia tak mahu main, terus emosi dia terganggu, habis sekali je tuh main.
Kenapa jadi macam nih ? Adakah emosi kanak-kanak belum masih menerima kekalahan ? Tapi mereka ni kalau main game dekat komputer, kalah takpa pulak, sebab mereka boleh reset dan reset, sampai boleh menang. Tapi permainan yang melibatkan manusia dan manusia, akhirnya bila dah kalah sekali, terus merajuk taknak main, seolah olah emosi mereka nih tak boleh menerima mereka akan kalah pada awal permainan. Samalah jugak arreessa, bila aku cakap aku nak main betul-betul, terus dia merajuk menangis, emosi kekalahan tuh tak dapat nak diterima.
SULTAN : MELAWAN KETAKUTAN SENDIRI
Itu baru permainan catur, belum lagi main permainan yang lebih mental. Kalau nak dikira permainan bolasepak, lagilah mental. Dalam satu keadaan, Ronaldo , Messi, dan pemain bolasepak terbaik dunia pun akan gagal menyepak penalti dengan baik. Kenapa jadi macam tuh ? semuanya sebab permainan emosi. Kalau korang tengok bola sepak, permainan di saat akhir penalti, semua skill pemain tuh tak penting lagi, tapi kawalan emosi untuk menendang bola penuh yakin ke arah gawang gol. Sebab tuh ramai gagal tendang penalti bukan sebab tak reti tendang, tapi masa tuh pergolakan emosi tuh sangat kuat dan akhirnya memakan diri.
Last filem aku tengok tentang pergolakan dalam diri ini ialah filem Sultan lakonan Salman Khan. Filem ni bercerita tentang seorang jaguh gusti dunia, yang tetiba hilang kekuatannya, kerana emosi yang mengganggu , kerana anak dia meninggal. Jawabnya dia kehilangan semua skill berlawan dia, jadi lemah, dan tak berupaya. Dalam cerita ini, cabaran terbesar Sultan nih , bukanlah melawan musuh yang kuat, tapi sebenarnya melawan ketakutan yang ada dalam diri dia. Ketakutan tuh lah yang melemahkan semua kekuatan gusti dia, dan filem ni akhir sekali bukan bergusti, tapi melawan kekalutan ketakutan emosi yang ada dalam diri kita sendiri.
Dalam diri sendiri kita pun, aku sendiri pun, masih lagi mencari kekuatan melawan ketakutan dan kekalutan emosi nih. Inilah cabaran terbesar kita. Bukannya kita tak pandai, bukannya kita takda kelebihan, tapi emosi dan ketakutann yang tertanam dalam diri kita tuh yang melambatkan progress kita. Akhirnya dalam hidup, kita tak berlawan pun dengan orang lain, tapi sebenarnya kita berlawan dengan bayang bayang ketakutan dan elemen negativiti dalam diri kita. Kita lawan diri sendiri sahaja sebenarnya, lawan diri kita hari ni, untuk menjadi lebih baik untuk masa akan datang. Beberapa tahun dalam business pun, perkara paling sukar bagi aku ialah mengawal emosi, dan bila gagal, ada musuh musuh yang membakar bakar perasaan tuh, dan kita buat kerja gila dan merosakkan business kita sendiri.
INGATLAH TUHAN
Ubat kepada emosi ini tak lain ialah ZIKIR, tapi cabaran fitnah akhir zaman nih, sampai anak murid ustaz pun gagal mengawal emosi.Anak -anak pandai pun akhirnya buat benda tak betul bila gagal mengawal emosi. Jadi peganglah zikrullah nih kuat kuat, ingatlah balik niat kita. Niat yang baik nih, dengan amalan yang istiqamah nih, akan berjaya mengurangkan frekuensi kejam kekalutan emosi kita. Akhirnya kata, kitabukanlah tak pandai, tapi emosi tanpa kawalan nih yang mampu membunuh kita, tanpa kita sedar .
Post Comment