Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Falsafah Game Ular

harmonikawan, October 30, 2014July 17, 2024

Ada satu tabiat Arreessa Zulaikha, sebelum tidur, dia selalu ajak kami main game papan macam kat bawah ini. Paling seronok, kami bertiga main game ular. Dalam satu masa tu, saya main dua orang dengan Arreessa game ini, memang dia dah mengantuk, tapi ada benda yang saya belajar darinya.

Bila Nak Tidur Arreessa ?

Mama dan adik maryam dah penat, rasanya kami baru je balik dari Health Talk dekat Shaklee HQ. Semuanya bercerita malam itu ialah kesihatan ibu yang mengandung. Lagi tambahan juga vitamin yang sesuai untuk kanak-kanak. Oklah takpa, malam itu saya dan Arreessa je main game ini. Macam biasa teknik balingan 6 saya berjaya menghabiskan game tersebut. Tapi lebih kagum lagi, Arreessa terus nak habiskan game tu, sampai dia boleh cecah garisan penamat, dan lepas itu dia terus tidur. 

Siapa Ular dan Siapa Tangga ?

Dalam pemikiran yang tak boleh lawan pemikiran Ahmad Maslan, saya tertanya-tanya, siapa yang jadi ULAR dan siapa yang jadi TANGGA. Perjuangan mesti diteruskan , hidup ini memang ada yang saya sendiri labelkan sebagai ULAR dan TANGGA. 

  • ULAR – ular diibaratkan orang yang menggangu kita, suka nak jatuhkan kita, dan benda yang hendak jatuhkan kita. Tapi ada benda diluar kawalan,yang itu ULAR ujian, memang Allah nak hantar ULAR itu kepada kita, supaya kita lebih kuat dan terus belajar dan sampai ke desitinasi kejayaan. Sebab itu orang yang suka keluar kerja dipanggil MENGULAR !!!
  • TANGGA – orang jadi tangga kita, kadang-kadang jadi lift kepada kita, orang itu yang selalu sokong kejayaan kita, termasuklah upline, family, isteri, suami,anak-anak, dan paling penting ialah mak ayah kita sendiri. Mereka ini yang jadi tangga, nak kita berjaya. Kalau dari segi marketing, networking, ada tangga yang panjang, ada tangga yang pendek, kerja kita ialah pandai menggunakan tangga itu, dan mesti terus berjalan. Kalau dah jatuh balik, kita kena pandai cari tangga itu semula.

Berangan-angan Sebelum Tidur ?

Sebelum tidur bagusnya kita berzikir, beristigfar, dan kadang-kadang, kita mesti berangan-angan, amalkan teknik RCA, aku mesti berjaya, aku dapat jual vivix, aku dapat dating dengan Siti Saleha, dan macam-macam lagi. Sebelum tidur itu, kita berehat, dan mengecas tenaga untuk lebih berjaya, dan bersedia untuk mengharungi perjalanan ULAR dan TANGGA. 

Related

Related Posts:

  • Arreessa Zulaikha
  • LEGASI NINJASENI
  • Business Coaching Paling Santai ?
  • KELAB POP MUSIM KETIGA
  • NAN BLUES JULIAN MOKHTAR
  • Kelab Pop Musim 3
  • BAJU MELAYU HITAM
  • ABAH PEMAIN  HARMONIKA TERHANDAL
  • Kenapa Kena Ada Business Besar ?
  • Jingling Nona
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Butik GebuGebu says:
    November 8, 2014 at 6:28 pm

    Setiap yang anak ajak kita bermain tu at last mesti kita boleh gain saomething kan?

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/cara-hilangkan-sakit-badan-akibat-anak.html

    Reply
    1. faizsaaid says:
      November 8, 2014 at 6:34 pm

      betul tuh, dan carilah game atau permainan yang bagus untuk mereka

      Reply
  2. Blogger says:
    January 18, 2017 at 1:38 pm

    Searching for the Best Dating Site? Join to find your perfect date.

    Reply
    1. faizsaaid says:
      January 18, 2017 at 9:35 pm

      ok got time until, i join

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes