Iftar SUPERMOMS di Restoran Tempayan harmonikawan, July 18, 2013 Alhamdulillah, semalam dapat juga berkumpul bersama-sama adik-beradik dan saudara-mara group SUPERMOMS shaklee kami. Seperti biasa, Sarah dan Tarmizi, tuan rumah untuk event kali ini, sudah membuat persiapan dah booking meja semua untuk kami datang berbuka dan merapatkan lagi siraturahim antara kami. Kehadiran big boss MKB dan Hadhatina menyerikan lagi suasana hari ramadan. Makanan pun best, sebelum ni pun kami dah di jemput Sarah dan Tarmizi minggu lepas hari jumaat di Restoran Tempayan ini dan pulang ke Jitra selepas itu. Apapun jom kita layan beberapa gambar best yang dicuri dari koleksi Kamarul MKB. Selamat Datang ke Restoran Tempayan, kata Abang “Mizi” Restoran Tempayan Restoran Tempayan ni takdalah pulak facebook dia, aku tak pasti dia buka tahun berapa. Tapi ni semua gara-gara nasi goreng Sarah yang ajak makan sini, sebab katanya tempat ni best dan diorang boleh makan nasi goreng dengan gembira. Lokasinya, tak susah, korang boleh je google maps, kalau ikut kata Sarah, lokasinya mudah, masuk kiri, jumpa kfc, lepas tu, buat uturn sikit, jumpa, hahaha. Oklah, takpa, nanti korang terus refer blog Sarah, ni aku bagi link kat sini. Cumanya jangan parking bawah pokok yang ada burung. Habis kereta kitorang haritu dah kena taik burung, tak boleh jual langsung. Tempat main kanak kanak, ibu ibu pun seronok riang Macam-macam Ada Hahaha, nilah aku kata, sempena ramadan buffet kali ini, memang macam-macam ada, layan, nasi ayam, nasi lauk, kuih-muih, semua ada, cuma ABCD Muthu je takda, hahahha. Apapun , nak order alacarte, atau order pun boleh. Tempat paling menggembirakan kanak-kanak tentulah di playground ni. hahaha, best tuh, Arreessa bergelak gembira bersama kawan-kawan dia, main, main, main. Hooo, best tuh. Kiranya untuk buffet ni, satu kepala RM 32, makan sampai lebam. Aku tak pasti ada resepi istimewa diorang, tapi bebudak ni aku tengok habis semua diorang ngap !!!! Air dia, air kordial grape, layan je, minum sampai kembung !!! Epul Jaguh dan Ustaz Fahmi, orang kuat ASB4 Makan makan bincang bicang Ternyata yang paling penting kat sini ialah dapat berbincang dan berborak-borak, nak kenal muka -muka, barulah betul networking namanya. Seronok jugak, ini adalah sesi diskusi geng ASB4, orang kuat nya Epul Jaguh dan Fahmi Suhaimi, memang lain dari yang lain, diorang ni anak cucu kerabat Kak Long Azrin, hooo, memang superb, lain macam jadinya. Tauke Celikvitamin dan ShAinaShop pun ada sekali. nampaknya topik hangat kitornag ni tentulah isu Ashraf Muslim yang bercinta kat Thailand senyap-senyap, hahaha. Alhamdulillah kenyang semua Rapatkan Siraturahim Seperti biasa, terima kasih kepada penganjur Sarah dan Tarmizi, memang best sekali, rajin-rajin lagi kita buat aktiviti lain. Semoga kita semua murah rezeki, menjalinkan ukhwah sesama kita. Thank you mommy Hadha dan Mkb yang belanja makan. Lepas ni apa pulak ye, hooo, nanti kan !!! (korang pun boleh join sekali !!!) Related Related Posts:IFTAR Pertama RMC ShakleeMaster Coordinator Celebration Hadhatina dan MkbLiputan Master Celebration ShakleeIftar Bersama Master Haji RoslanTahun Baru Gathering Supermoms dan SuperdadsMaster Celebration Hadhatina dan KamarulTerjah HadhatinaImpact Speaker National Conference 2019, Puas Hati Gila !!!KONSPIRASI MH370 : Kaitan Dengan SHAKLEE ?KEY COORDINATOR SAUDAGAR