Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Jamming Lagu Khatulistiwa Bersama Blues Gang Hiburan Minggu Ini Live TV2 RTM

harmonikawan, June 20, 2024June 20, 2024

KHATULISTIWA 1984 VS KHATULISTIWA 2023

Alhamdulillah, semalam satu lagi catatan sejarah , berbluesharp bersama Blues Gang dalam rancangan Hiburan Minggu Ini. tv2 semalam.

20 tahun lepas masih ingat lagi abah Mohamed Saaid Abdul Manap belikan harmonica tremolo ocean star di kedai Do Re Mi berharga rm 35. Masa ni murah lagi. Masa tulah saya belajar note note dalam harmonica. Tapi bila dikaji, oh rupanya nak.main blues kena pakai bluesharp, kecik je 10 lubang.

Sejak dah buat kajian di internet. Masa tuh terus bertindak. Ada satu masa kena balik rumah dari UTM skudai sebab dapat jemputan hari anugerah cemerlang matrikulasi. Naik bas sampai KL, lepas tuh terus singgah central market beli blues harp silverstar key A dan D. Masa tuh harga dalam rm 20 lebih je.

Bila dah mula gian main bluesharp, terus geng geng rock kapak utm ajak perform.guna bluesharp. Lepas tuh tahun 2004 terdengar pula lagu khatulistiwa di sinar fm. Sejak tuh, selaly sangat perform lagu ni dekat UTM. Kalau solo act pun tak pernah miss lagu nih.

Bila arwah jim mada sammy upload video nih dekat youtube nih pada tahun 2008, terus suka sebab ada violin, bluesharp dan slide guitar. Lepas tuh terus gian perform bluesharp dengan macam macam band. Bukan sekadar main blues, semua jenis muzik aku bedal dgn bluesharp. Begitulah gilanya hidup sampailah dapat anak pertama, lepas tuh kedua dah mula perlahan.

Tahun 2020 pernah buat tribute khas untuk pak ito , solo solo blues harp yang menjadi kegilaan aku. Antara solo paling gile sebenarnya ialah oh mama saya mahu kahwin dan peristiwa semalam.

Tahun lepas pulak dapat berharmonikawan dengan pak ito dekat pesta buku melaka. Kami blues harp sama sama, sambil sembang pasal harmonika dan muzik blues.

Minggu lepas, bila dapat call dari produksi rtm, terus jadi gile, hahaha. Sebab dulu pun HMI ni feveret masa kecil. Lepas tuh dapat berblues pula dengan legend .

Yang menariknya ialah cara saya dijemput. Kena duduk sebagai planted audience, yang minat gile.blues gang, pegang harmonika. Lepas tuh tak pasal pasal kena panggil jamming .

Alhamdulillah, terima kasih semua . Ramai gile yang terlibat dalam jejak aku sebagai harmonikawan. Alhamdulillah.

ps: jangan lupa join HARMONIKAWAN ,group muzik harmonika. lagi satu doakan aku rajin tulis buku pasal bluesharp nih. dah ada tulisannya. kena tambah lagi nih.

#harmonikawan

Related

Related Posts:

  • KHATULISTIWA HARMONIKA
  • NOSTALGIA BLUES GANG
  • Jingling Nona
  • Khatulistiwa
  • Julian Mokhtar Bedal Gitar Ilham Pitahati
  • Bluesharp Review Ito Blues Gang
  • OH MAMA SAYA MAHU KAHWIN
  • Overblow Harmonica
  • ABAH PEMAIN  HARMONIKA TERHANDAL
  • RIBUT PENDAMAI
SENI

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes