Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Kelebihan Naik Rank Dalam Shaklee

harmonikawan, January 3, 2014July 19, 2024

Salam sejahtera semua, hari jumaat yang mulia ini di tahun baru 2014 memangnya indah, terutama bagi rakyat johor yang buat julung kalinya berpatah balik kepada cuti hari jumaat, dan menyertai negeri kelantan, dan kedah yang bekerja pada hari Ahad. Hoo samalah juga dengab saya yang masih segar dalam ingatan bila mana anak cucu cicit keluarga Rumah Mesra Ceria yang dapat naik rank dalam Shaklee. Alhamdulillah, banyak sebenarnya kelebihan bila naik rank ni, oklah jom kita tengok satu persatu apa kelebihan tersebut, manalah tahu anda pun ada bakat dan peluang nak cuba business Shaklee ni. Hoo ok jom mulakan sekarang 

1. Dapat Extra Duit

Alhamdulillah, buat masa ni , yang naik rank dapat extra cash dari shaklee, bonus bertambah banyak, dan tentu sekali gembira sales naik. Tapi tengok jugaklah cara naik tuh, ada yang naik rank tapi rugi duit, mungkin sebab topup downline atau memang masa tuh nak kejar rank paling tinggi sekali. Tapi akhinrnya pasti berbaloi baloi buat Shaklee ni bila rank dah paling tinggi, samalah juga MLM lain macam syarikat burung masa aku join dulu.

2. Cash Reward

Cash reward ni Shaklee offer, tgklah pada rank mana kita naik. Ada yang tinggi sikit, kita perlu efektif dua bulan untuk layak dapatkan cash reward. Memang extra duitlah kalau dapat cash reward ni, sebab tu dalam Shaklee ni paling penting ialah sentiasa efektif, bukannya naik rank, pastu hilang arah, hilang punca. So kat sini saya tegaskan sekali lagi, Efektif amat penting dan nak dapat award dalam Shaklee ni pun kena efektif, bukannya naik rank membabi buta !!!!

3. Bonus point Free Trip lebih besar

Hooo ni paling cool dan best. Antara benda paling cool bila nak naik rank ni ialah bila mana conference point dapat extra. Hoo penting ni, sebab kalau banyak dapat, barulah banyak tiket nak terbang ke free trip, tak kisahlah sama ada nak pergi domestik dalam negara ataupun korang pergi ke international atau umrah 5 stars. Saya ada rezeki akan ke US , long beach California tahun ni untuk bersama sama berjumpa semua SID seluruh dunia berkumpul, dan mewakili Malaysia . Yehaaa dapatlah jumpa big boss Shaklee pakcik Roger Barnett.

4. Dapat Sijil

Hahahha yang ni paling gila dan best, dapat sijil macam kita kat sekolah sertai pertandingan catur. Hoo macam hiasa shaklee akan postkan sijil, dan ada yang tu pulak akan dapat bintang khas dari Shaklee. Hoo memang superblah. So macam macam shakleee bagi untuk kita ni. So sijil tu boleh frame atau letak sahaja dalam file sijil anda yang berwarna hijau

5. Muka anda Makin Glamour

Hoo setiap bulan Shaklee akan sediakan poster khas untuk para para usahawan Shaklee yang berjaya dan comel untuk dipaparkan dalam poster Shaklee. Paling cool juga bila seluruh Malaysia yang dapat buku Shaklee tu akan lihat muka hensem anda gagah perkasa denga pangkat yang anda naik.hooo best gile tuh, bayangkan kalau anda masih bujang, tentu ramai awek akan terpikat dengan kekacakan anda yang rajin telan vivix setiap hari.

6. Master Celebration

Hooo paling gagah tentu sekali bila anda naik ranknpaling tinggi, Master Coordinator. Hoo memang anda akan tersenyum lebor sebabb dalam majlis tuh, anda dan pasangan je akan diraikan, hoo buat masa tuh anda nak pakai baju apa, smart , siap diraikan macam pengantin baru. Tak caya tgk video master celebration Hadhatina di Ainul Mustafa HD . Sungguh kacak bila MkB kata macam kahwin sekali lagi. Siap potong kek dan ambil gambar, dapat hotel free bawa mak ayah yehaaa..

7. Beri Motivasi kepada yang lain

Yang ni pun satu bendabyang best kepasa peaaing anda. Anda rasa diorang macam benci atau jeles dengan pencapaian anda. Tapi paling indah sekali bila mereka pun nak berusaha gigih nak naik rank macam anda juga hooo best btul hidup ini. Hoo sambil itu , downlin downline anda pun berasa bersemangat jawa untuk terus berjaya membeli cekodok dan merangka strategi dengan anda untuk naik rank. Hooo power power

Siapa Rajin Dia Naik

Oklah itu 7 kelebihan yang saya tahulah, mungkkn banyak lagi benda yang korang boleh dapat bila naik rank. Paling penting sekali ialah, dalam Shaklee, downline boleh potong rank upline, dan ini memang terjadi kepada cicit saya sendiri yang dah sama rank dengan kami Sr Coordinator, memotong dua upline atasnya. Hooo . Buat kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada meza, norliza, jiha, lin alin, zana dan isma yang naik rank bulan lepas. Korang memang TERBAIK !!!!!

Related

Related Posts:

  • Hadiah Naik Rank Supervisor
  • Macam Mana Nak Naik Pangkat Dalam Shaklee ?
  • GUV dalam Shaklee
  • KEY COORDINATOR
  • Kelas SEO Rumah Mesra Ceria
  • Rahsia Naik Rank Shaklee
  • Cara Kira Bonus Shaklee
  • Bagaimana Nak Melancong Percuma ke USA ?
  • TUN M
  • Macam Mana Nak Jadi Senior Supervisor Shaklee
SHAKLEE

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Cik Aish says:
    January 3, 2014 at 10:53 am

    baru tepek muka kat poster leader rmc ni pun dah buat sy happy..ahahahha…

    Reply
    1. faizsaaid says:
      January 3, 2014 at 11:08 am

      Hoo jom naik rank lagi,

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes