Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Kisah Anak Penoreh Getah Melancong Satu Dunia !!!

harmonikawan, June 20, 2014
Alhamdulillah, saya sebenarnya nak ke ruma Haji Roslan untuk menguruskan pembelian buku nutrisi. Tapi dah jadi adat kalau pergi rumah haji, memang kena duduk dan dengar semua perkataan yang keluar dari mulutnya, kerana setiap satu adalah kata-kata keramat Presidential Master, yang bertahan lama. Tapi ada lagi menarik , kisah anak penoreh getah yang dapat melancong ke luar negara. Hhaha jom baca lagi cerita ini.

keliling dunia

Cerita Hajah Faezah

Hahha, hajah memang lembut orangnya, tapi dengar cerita yang dia baik dengan mak MKB masa melancong ke London. Tapi best juga dengar, yang dia dapat pergi negara itu dan negara ini. hooo, seronok sungguh kalau dapat buat duit banyak pergi sana sini, best. Hahha, kalau cerita Haji Roslan, confirmlah pasal Shaklee , tapi yang ni ada pelik sikit, hahaha, memang magik juga.

Impiannya Bermula di Perpustakaan

Hhahaa, ini memang best. Memang Hajah kata dia anak penoreh getah je, mana ada duit nak keluar negara semua. Tapi itu bukan penghalang. Selalunya dia akan ke library untuk membaca, dan buku yang dia pilih ialah buku gambar negara luar, yang cantik-cantik, dan di situ dia dah berangan dan bercita-cita, satu hari nanti dia akan ke sana. Allah Maha Pemurah, aturkan terbaik dan bertemu jodoh dengan Haji Roslan, dan dapatlah dia berjalan satu dunia !!!

Nak BMW Merah 

Hahha, cerita melancong tu tak cukup, oklah tambah lagi, Hajah memang kuat, doanya begitu kuat, dia yakin dengan kuasa Allah yang Maha Pemurah. Dia nak sangat BMW merah, tapi masa pergi kedai, itu tauke kata sudah takda. Takpalah, dia redha dan ambil warna kelabu. Tapi dia berharap dan berharap, dan akhirnnya dia dapat rezeki, ada orang nak tolak warna merah, apa lagi dia terus sambor, dan akhirnya dapatlah kami ambil gambar berangan BMW sorang satu.

NLP, LUA, dan VISUALISASI

Hahahha, dalam cerita di atas, sebelum itu ada berborak dengan Haji tentang kursus NLP dan LUA, tentunya Ateh Zuhari yang cool itu menjadi pilihan ramai ahli Shaklee sekarang, nana macarona dan zura betty, semua dah jemput dan belajar teknik NLP dan LUA ini untuk mengembangkan perniagaan shaklee mereka. Saya cuma dengar intipati program ini dari mulut Haji, hahaha. Takpa, menuntut ilmu memang best, jadikan amalan harian.

Jurus MAUT Haji Roslan Yang Sebenar

Hahha, dua kali datang rumah Haji, dulu datang dengan team Supermom, tapi kali ini datang seorang diri, berani kerana benar, berani kerana buku nutrisi, balik dengan semangat dan kuasa magnetik metallica, mahu mencapai impian. Hooo,memang hebat, tapi jurus paling power ialah:

  1.     HAJI  PERTAMA ISTERI PERTAMA
  2.     HAJI KEDUA ISTERI KEDUA
  3.     HAJI KETIGA ISTERI KETIGA

Nasib baik tak keluar jurus keempat, silap silap Rita Rudaini pun boleh sangkut, hahaha, ini sudah power , Oklah, gurau je Haji.

Amanat Terakhir: Usahakan LADANG KITA SENDIRI bukan LADANG ORANG LAIN

Sampai bila kata Haji, kita nak kerja usahakan ladang orang lain, jangan nak tunggu pencen, baru nak buka ladang sendiri, pastu badan dah penat. So katanya masa muda, sambil sambil ada masa, korbankan masa untuk usahakan ladang sendiri, bila ladang sendiri dah nampak hasil, berhenti usahakan ladang orang lain, dan terus fokus dengan ladang sendiri. Duit besar, gaji besar memanglah best, tapi FREEDOM TAK TERNILAI !!!

Related

Related Posts:

  • Disneyland California
  • Business MATI LEVEL
  • Bagaimana Nak Melancong Percuma ke USA ?
  • Iftar Bersama Master Haji Roslan
  • Kau Dah Ready Pergi Haji ?
  • Impian Memiliki Home Studio
  • Formula KIDS
  • FOKUS KEKUATAN ANAK - Sentiasa Positif, Mereka Akan…
  • Surat Untuk Norita Idris
  • Bila Dah Lama Tak Coaching Dengan Master Roslan Ghazali
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Azyyati Liah says:
    September 11, 2014 at 3:42 am

    Ya Allah sukanya baca! Sangat memberi inspirasi. Azie ni baru je nak berjinak-jinak. Jauh lagi perjalanan. Moga-moga dapat kutip ilmu dari blog bermanfaat ni. Tq for sharing 🙂

    http://azyyatiliah.blogspot.com/

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 11, 2014 at 3:47 am

      rajin rajin jumpa leader, diorang ni semuaya power power belaka

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes