Macam Mana Nak Seksi ? harmonikawan, May 18, 2014 Ada juga ramai tanya, macam mana nak tu nak nih, dan macam macam lagilah tanya. Oklah, dah lama saya tak bikin artikel keras macam nih, kalau baca tentu nak muntah, sebab susah sebenarnya nak cerita macam mana nak seksi, tapi oklah, dalam artikel kali ini ada tiga benda yang saya nak sentuh di sini. Seksi Itu Subjektif Gila Pembedahan Plastik Seksi Cara Sihat 1. Seksi itu Subjektif Betul dan memang betul, seksi itu sangat subjektif, kalau korang tengok orang itu korang kata cantik, belum tentu lagi kalau orang lain kata itu cantik. Lagi satu ramai sangat kata seksi nih bukan sahaja tunjuk buah dada, badan ketul-ketul, tapi sampai satu tahap, boleh jadi aurat, nyanyian , suara, semua benda nak seksi, pening betullah. Hhahaa, itulah payah bebenor kalau cerita bab seksi ini. Che Ta Dan Rakan Rakan yang Seksi hahaha, yang ni semua tahukan, pasal isu seksi ini dah lama kat Malaysia, paling popular tentu sekali ialah Che Ta, bajet dah kahwin, makin seksi, sebab katanya dulu, kalau seksi, barulah sihat. Lepas itu marah kat seorang ustazah, katanya suka hati sayalah nak pakai apa. Memang diakui, seksi artis Malaysia sekarang menjadi-jadi, terlampau seksi berselfie lagi dalam facebook. Bila Irma Hasmie Berubah Hahha macam macam lah sangat, seksi meksi nih, tapi sebenarnya video diatas ni pun masa zaman irma hasmi sungguh seksi, masa itu dia dengan nabil lah, sekarang irma pun faham kenapa dia pakai elok je , saya setuju dengan kata-katanya, oklah, korang boleh tengok video di atas, dan lepas itu cuba baca kenyataan di bawah ini. Amacam best tak ? Suara Pun Aurat Lagi lagi seksi, kalau dah pakai elok, suara pun kena jaga juga sebenarnya, hahaha, itulah, macam-macam pendapat tentang suara aurat ni, lagi bikin seksi pun ada, jadi kalau nak tahu pasal hukum suara yang boleh bikin seksi ini, memang ada. Oklah, yang ni suatu petikan dari blog hafizamri.com, tentang aurat wanita, boleh baca di bawah ni, syeikh as-shobuni berpendapat : sebaiknya kaum lelaki mencegah perempuan2 dari melakukan perkara yg membangkitkan fitnah dan tipu daya seperti memakai pakaian sempit, meninggikan suara, dan memakai wangi-wangian. Firman Allah swt : “Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dan berbicara sehingga bangkit nafsu orang yg ada penyakit dalam hatinya” (al-ahzab:32). 2. Gila Pembedahan Plastik Bila cerita pula bab gila pembedahan plastik, sebenarnya memang dah sungguh popular di zaman Hollywood, dan paling gila tentu sekali ialah KPOP. Ada yang aku tengok gambar artis kpop dulu dan kini, amat berbeza wajahnya, ada yang dulu buruk bebenor, dan lepas itu, terus jadi cun, macam -macam lah, sekarang ni zaman pembedahan plastik. Pembedahan Payu Dara Hahha bila cerita bab ni, ramai jadi gila, sebab sebenarnya bukan semua orang berjaya dengan pembedahan payudara ini. Tapi di hollywood sana memang jadi obses bab pembedahan payu dara. Memang ada forum, dan jadi satu trend untuk meneka artis itu fake atau natural. Tapi jangan lupa juga, bila cerita bab pembedahan, rupanya memang bahaya. Korang ingat lagi tak artikel aku yang lepas, memang perempuan itu habis mati sebab payu dara meletup. Jadi pandai-pandai lah jaga . Artikel tu boleh baca kat sini Cerita Pasal Tasha Shila Hahhaha, bila cerita pasal tasha ini, bekas gosip mahali jasuli ini, sampai satu tahap menjadi popular kejap sebab tunjuk gambar baju putih beserta buah dadanya itu. Tapi lepas itu dengan selamba kata kat utusan, dia tak buat pembedahan plastik. Hooo, memang dia pun tahu, bahaya benda tak natural ini, silap silap, ramai pengsan, dia pun boleh jadi sakit sebab bahaya silikon yang disuntik dalam buah dada. 3. SEKSI Cara Sihat ? Hahhaha, sebenarnya, yang ini kalau dah faham tentang seksi, bolehlah buat, dan jangan buat sebab niat tak baik, sebab, badan seksi ini, ada yang jenis sihat, dan ada yang jenis tak sihat. Tapi untuk petang ni, bolehlah baca, dan cuba buat, yang ni boleh refer terus ke blog saya atau blog dietdietsihat. So antara benda yang penting ialah Jaga berat badan – jangan sampai berat badan terlampau gemuk, tapi itulah, kekadang orang kata gemuk pun seksi jugak Minum air masak – bagi badan kita sihat, kulit cantik dan sebagainya Senaman selalu- biasakan aktif kalau tak sempat senaman, buat apa yang patut, bagilah peluh sikit, pam jantung tu selalu Amalan Rohani – bacalah ayat alquran, orang kata, muka boleh nampak berseri bila selalu membaca ayat al-quran Minum ESP atau Cinch Shake Shaklee – yang ni macam biasa, amalkan suplemen yang baik macam Shaklee, barulah dapat tampung kekurangan zat dalam badan kita yang terdedah dengan toksin ini Oklah itu sahaja bebelan seksi saya untuk hari ini, so kalau orang tanya macam mana nak seksi, sila fahamkan diri anda dulu tentang seksi dan hukumnya dulu, lepas itu, barulah korang fahamkan pulak, dari segi kesihatan dan permakanan dan pakaian. Oklah selamat sore semua !!!! Related Related Posts:Cara Nak Jadi CantikCara Mudah Nak CantikAyat Promote Produk Untuk Bulan PuasaAyat Nak Tarik PelangganMacam Mana Nak Dapat Buah Dada Yang CantikMaafkan KamiPilihan Produk Shaklee Untuk Lelaki BoroiTNB Tipu Nak BerniagaCara Nak Dapatkan Like Yang Banyak di Page FacebookSupplement Yang Perlu Ada Untuk Membina Otot SAINS SHAKLEE