Minimalis – Less is More harmonikawan, June 28, 2016July 5, 2024 Kalau korang tengok gambar gambar ni mesti korang pernah tengok, semuanya bila banyak portal portal blog menceritakan tentang konsep mimalis yang dirujuk pada orang jepun. Pernah jugak melihat video ini pada newsfeed kawan-kawan di FB. Ceritanya mudah, orang jepun sudah mula menghayati dan mengamalkan hidup minimalis. Ye, hidup dengan barang yang sikit, baju yang sikit,dan semuanya simple dan sederhana. Katanya orang jepun mengikut sebuah ajaran Zen Budhisme. Banyak sebab orang jepun mengamalkan gaya hidup simple. Antara yang paling penting tentu sekali ialah faktor geografi dan cuaca di negara mereka. Jika berlaku gempa bumi, ianya boleh mengurangkan kecederaan , mengurankan rosak teruk dalam rumah. Bila ditanya kepada salah seorang pengamal konsep minimalis, mereka cuba melatih perasaan mereka merasa cukup dengan apa yang ada. Ianya bukan disebabkan kedekut, tapi memilih benda yang penting, dan barang barang yangada, biasanya mereka bagi je kat kawan mereka. Dalam pengamatan joe labu pun, konsep ini pun diamalkan oleh pemimpin islam yang hebat. Korang tentu pernah dengar betapa Umar bin Abdul Aziz begitu menjaga penggunaan harta, begitu berhati hati menjaga harta kerajaan dan harta sendiri. Umar pun hidup secara simple dan sederhana. Paling terbaik di malaysia tentu sekali rumah arwah Tok Guru NIk Aziz, rumahnya biasa je, mungkin dengan rumah biasa dan sedikit itulah melahirkan ketenangan, dan ketenangan itu melahirkan pemikiran yang hebat pada tok guru nik aziz. Joe labu rasa dah pernah dan cuba amalkan konsep minimalis. Ye, konsep minimalis, pemikiran minimalis ni sangat menarik. Kita boleh amalkan di rumah kita, cubalah kurangkan buatkan rumah kita dengan perabot yang sedikit, dan perabot sedikit itu boleh anak anak berlari-lari. Cara minimalis ini joe labu gunakan untuk kemas rumah, ye konsep kemas rumah minimalis ialah dengan mengosongkan ruang yang hendak dikemas, dengan hanya meminumumkan sebaik boleh kawasan rumah yang hendak kita kemas. Contoh ruang soho kita, ruang kerja kita. Joe labu memang suka simple dan kosong. Warna putih memang pilihan. Tapi jadi masalah bila barang barang lain yang tak guna tuh. Satu solutionnya ialah simpan dalam bekas plastik, atau sedekah je atau buang je yang rasa tak guna. Rumah joe labu sekarang pun, nak cuba buat konsep minimalis ini, tapi kesannya memang sukar, hahaha, sebab barang kami banyak gila, biasalah semuanya ada kenangan dan nak simpan je semua barang, padahal kita tak guna sangat pun. Jadi menjadi mangsa tentu sekali satu bilik, yang digunakan untuk simpan semua barang, bila satu ruang penting diminimaliskan. Lagi satu , kalau apply minimalis pada pinggan mangkuk, susahlah tetamu nak datang, tentu sekali nak kena sediakan pinggan yang cantik untuk tetamu. Bagi joe labu, di manapun rumah kita, dari sekecil rumah, hinggalah tahap penthouse hugh hafner tauke playboy pun, benda paling penting ialah pengisian yang ada dalam rumah itu. ye, konsep minimalis itu yang joe labu suka. Kalaupun rumah itu kecil, biarlah kecil, kerana tahu disitulah semua kasih sayang akan tertumpu, kerana semua ahli keluarga berkumpul di situ. Tapi joe labu pastikan ada ruang untuk supplement shaklee . Betul ke joe labu ada falsafah minimalis, itu kena tanya Ainul Fadzilah Mustafa Related Related Posts:Destinasi ImpianRahsia Orang Jepun Hidup LamaCara Mudah Belajar Bahasa Jepun10 SEBAB JEPUN MAJUBetul Ke Kalau Makan Ikan Muka Cantik ?Travel Ke Jepun - Destinasi ImpianTelomereInterpretasi TersiratSalahkan BANJIR ?FOKUS KEKUATAN ANAK - Sentiasa Positif, Mereka Akan… SAINS