Raya di Gerik 2013 harmonikawan, August 11, 2013 Salam sejahtera semua, Selamat Hari Raya kepada sanak saudara dan para sahabat di luar dan dalam alam maya ini. Tahun ini saya buat kali ketiganya beraya di gerik bersama wife puan Ainul Mustafa. Cumanya kali ini, dapat merasa bawak kereta baru balik beraya, rasa lain sikit masa balik. Hahha, tahun ni, ada orang kata tak meriahlah dan sebagainya. Tapi dalam sibuk balik raya ni, oklah dalam masa 5 tahun ni, aku rasa aku perlu juga komen serba sedikit tentang beraya kat Kampung Tawai ni. Oklah aku nak mulakan dengan bismilah !!! Raya Gerik 2013 Rumah Kena Pecah Lagi Teruk rumah kat Gerik, tahun ni dah 4 kali kata Ayah, hoo, apa nak jadi sekarang ni ? Dari dulu kini dan sampai bila bila, memang rumah kena pecah je ke ? hmm, tapi itulah rasanya bila rumah kena tinggal, asyik kena pecah je. Apapun, rumah ni memang jauh dari rumah saudara yang lain, agak ke dalam. Jadi mayber sedara mara yang lain sukar nak tengokkan. Macam dah adat ke, kalau rumah kosong tentu kena pecah ? Tahun ni pulak jenayah makin menjadi-jadi, sampai aku tengok kat facebook tadi pun ada orang siap boleh rekod video orang rompak kereta waktu siang. Apa dah jadi ni ? Jalan Masih Gelap Aku tak pastilah, maybe sebab ni kawasan kampung, maknanya tak perlu lampu ? Berapa lama dah, pembangunan kat sini, masih slow lagi ke ? Aku tak faham, sepatutnya dah 5 tahun aku ulang alik gerik, aku rasa sepatutnya lampu jalan dah banyak, terutama di kawasan yang memang jadi tumpuan. Tapi , still merbahaya bagi aku, ok maybe orang sana dah biasa, jadi aku terpaksa biasakan diri AKU ? Internet Laju Gila Oklah, rumah ni tiada fix line, streamyx pun dah terminate, aku haraplah line 3G sini akan meningkat, tapi silap lagi, still 4 tahun sejak aku kahwin, nampaknya, macam ni lah jadinya, takda apa pun, kat sini line internet masih slow. Celcom dan Maxis, setakat nak update facebook lepaslah. Hahha, aku tak faham lagi, ok mungkin kawasan ni tak penting, jadi tak perlukan internet 3G yang bagus kat sini ? Aku rasa macam bercuti, tak leh nak update blog langsung, kerja stop, masa untuk tido dan tengok tv1 dan tv2, sebab astro pun terminate. Sungai Makin Terbiar, Bosan gila Ok, lagi aku rasa nak menyampah, kat mana orang yang nak jaga kawasan Sungai ni. Aku dengar juga katanya Zamri nak mantapkan industri pelancongan kat Perak, tapi bagi senang je, paling basic, ialah jagalah kawasan Sungai, sebab tak guna nak buat benda-benda baru, ianya tak akan menarik. Ok, aku faham, nampaknya ianya hanya sungai belakang rumah sahaja, tak mendatangkan hasil yang lumayan untuk kerajaan Barisan Nasional negeri Perak. Transformasi ? Hasrat aku, aku nak ubah kawasan kampung, nak jadi orang kaya, nak majukan kawasan Gerik. Aku rasa Gerik adalah tempat strategik kat Malaysia ni, bayangkang ianya sempadan dengan Kedah, Kelantan dan Siam. jadi sepatutnya, Zamri kenalah jaga Gerik, sama macam Tajol jaga dulu. Tapi, ok, ianya kawasan kampung rasanya, jadi takpalah, biarkanlah Gerik begitu sampai bila-bila, maybe aku hanya berangan-angan jenin nak jadi ORANG KAYA !!! Related Related Posts:Honda Civic Gerik ?Beraya di Rumah HadhatinaHarmonika Lagu Raya CenderawasihTips Diet Hari Raya Supaya Berat Badan Tak NaikLemang Sedap Area Shah Alam ?Sambutan Hari Raya ShakleeHarmonika Iskandar RashidKenapa Lepas Kahwin Kena Beli Perodua ?Resepi Cinch Shaklee ,ESP dan OREOPERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN SAUDAGAR