Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
sekolah cyberjaya vs sekolah gaza

SEKOLAH CYBERJAYA vs SEKOLAH GAZA

harmonikawan, August 4, 2024August 4, 2024

Terbaca kisah dua post phd holder. Rata rata komen semua marah kerajaan sebab tak boleh handle bab sekolah ramai sempit. Yang aku baca komen, semua muka ada logo palestine. Ada juga mamat bisnes bermotivasi kaw kaw dekat fb. Kau pun bajet sokong palestine bagai tapi baru uji bab sekolah, dah mengeluh.

Buat malu je baca doa qunut nazilah, boikot sana sini, itu ini, member korang tuh sekolah pun takde, anak baru nak daftar sekolah, dah kena bom. Sekolah hancur remuk. sekolah jadi pusat perlindungan. Semua takut pergi sekolah, sib baik cikgu sana buat je kelas dekat luar, janji budak dapat belajar.

BUlan ramadan ni kita berpuasa untuk menghayati orang yang susah. Bukan sekadar susah nak makan je, depa ni kebuluran, takde tempat tinggal, nak sekolah pun takde, tunggu depa nih nak mati je dibedil zionis. Jadi SK cyberjaya hanya padat sahaja, tapi sekolah gaza mampus kena bom.

Aku tahu hak korang dapatkan pendidikan, tapi korang kena fahamlah, korang bukan tak tahu, takkanlah korang ni tak faham. Lama dah kan duduk Malaysia ? Korang nak compare negara kafir macam Norway dengan Finland ? Hahahha, lantak korang lah. Korang takkan baru tahu Malaysia ni dah korap walaupun agama rasmi Islam ? Hahhaha, kesian korang.

Bukan kita umat islam Malaysia ramai ke ? Bukan kita ramai jutawan islam ke ? takkanlah tak boleh pakat pakat nak adakan sistem pendidikan yang mantap ? yang kelas tak ramai ? yang kelasnya ada aircond ? Hhahahaha. Sekolah cina private semua bangunan macam mall, lawa gile. hahahha.

Kita takkan bersatu , asyik salahkan kerajaan kerajaan kerajaan, salahkan pembangunan. Sebab tuh Zionis ni pandai, dia buat sistem demokrasi, bank, dan macam macam lagi. Supaya kita semua berpecah, pentingkan diri sendiri. Lepas tuh depa lanyaklah rakyat gaza, yaman, lubnan, dan lain lain lagi. hahhahaha.

Ujian sekolah gaza lain, ujian kita lain. Kita walaupun jauh dari peluru zionis, tapi macam macam juga bala turun, budak tertinggal dalam bas, budak hilang, budak salah sekolah, budak mati dekat nursery, dan lain lain lagi.

Syukur, kita masih ada sekolah, cikgu semua masih nak mengajar. Kalau cikgu kejam, mampus anak kau dia hantar sekolah jauh. hahaha. Anak korang ni bukan ke kaki boikot ? takkan dia tak belajar pasal anak gaza ? Hadoi….

Takpalah, korang nak salahkan kerajaan teruskan. Jadilah walanon ke walaon ke, aku tak kisah. Aku dah dengar taklimat cikgu besar sekolah anak aku. pasal PBD ni. Aku faham. dari aku sibuk komplen, baik aku kerjasama dengan cikgu nih.

Seronok PBD ni dia tak nilai dari periksa akhir. Cikgu ni akan nilai banyak perkara. Dan aku bukanlah kisah sangat bab periksa markah tinggi nih, walaupun aku pernah dapat best student addmath masa sekolah, hahaha.

Apa yang aku syukur ialah anak anak suka belajar, walaupun depa ni tak berapa pandai. Aku tak jadikan periksa sebagai motivasi, sebab ujian sebenar pembelajaran bukan sekadar peperiksaan.

Kita takut anak anak gagal sebab sekolah padat, cikgu susah nak mengajar. Tapi anak palestin, depa dah lulus cemerlang, walaupun sekolah depa dah hancur di bedal zionis. Yang aku cemburu, syurga dah confirm, insyaallah.

Related

Related Posts:

  • Kerja Last Minit Memang Penyakit Keturunan
  • Melawat Sekolah Lama
  • Sekolah Tahfiz Seronok ?
  • Lecak Satu Nikmat Untuk Budak ?
  • Cikgu Asmadi
  • Cikgu Amir Jutawan UPTREND ?
  • Aktiviti Best Time Hari Guru
  • Walaupun Baru Darjah 2, Budak-budak Perlu Tahu Erti…
  • Rezeki
  • AGM Rasmi Alumni SMKS9
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes