Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN
perwira baja kompos

Perwira Baja Kompos

harmonikawan, July 25, 2024July 25, 2024

PERWIRA BAJA KOMPOS ? Boleh katakan cara saya nak sihat ialah bersihkan sampah organik pembuangan jiran. Mula mula sisa makanan rumah kita digaul dalam tanah , lepas tuh ambil sisa buangan organik jiran campur.

Ambil daun daun berguguran, cubalah jalan jauh kedepan untuk kalori pembakaran tambahan. Akhir sekali engkau tutup dengan tanah dan batu. Bersabar dan berdoa. Moga tuhan melimpahkan rahmat cacing mengurai . Kalau untung, boleh dapat katak bawah tanah melompat keluar.

WORKOUT ? Tapi kita buat KERJA LUAR !!! Aktiviti petang membuat baja kompos dari sisa makanan . Campur dengan daun kering, tak pun guna je daun dari longkang. Clearkan longkang nih, dapatlah keluar peluh sikit. Lepas kompos dah sebulan dua, boleh terus tanam pokok . Alhamdulillah.

60 PERATUS SISA DOMESTIK ADALAH SISA MAKANAN.

Sebelum nak keluar bercuti, kena cepat proses sisa makanan. Alhamdulillah sumbangan tong cat dari saudagar inap desa Mohd Kamarul Baharin . Bila nak cerita tentang sisa makanan , ada banyak perkara boleh sembang . Nanti kita bincang satu persatu.

1. Sisa makanan biasanya adalah makanan tak habis. Ada juga sisa dari potongan sayur-sayuran.

2. Kalau nak buat kompos, biasanya makanan berunsur tumbuhan dipilih, berbanding makanan berminyak bergoreng ,ayam ,daging,ikan.

3. Kakau kita ketepikan sisa makanan bergoreng ayam ikan, jawabnya sisa ini akan ke plastik hitam yang mungkin ke landfill.

4. Jadi kita tak boleh abaikan sisa makanan berat ini. Masalahnya ialah ianya boleh menjemput binatang seperti anjing dan tikus.

5. Jadi saya cari jalan bagaimana nak proses semua sisa makanan, walaupun boleh sahaja buang ke tong sampah.

6. Teknik klasikal saya ialah menggunakan PASU, mudah sahaja dengan mencampurkan daun kering, daun hijau, tanah, kertas kering,kotak telur dan sebagainya. Janji ianya bersifat organik.

7. Setiap hari saya cuba cari pasu murah, pasu percuma pemberian jiran, tong cat terbuang .

8. Dulu pernah cuba letak sisa makanan ditutup dengan tanah . Tapi esok hari pasubitu jatuh . Mungkin anjing dah kacau.

9. Saya cuba guna batu, dan letak pasu ini di taman . Saya susun dengan kemas. Letak batu atas pasu supaya anjing sukar nak kacau.

10. Alhamdulillah setakat ini, tiada kehadiran mahkluk yang pelik pelik. Lalat pun tiada, cuma ada nyamuk sikit. Sebab bawah pokok rasanya.

11. Kumpul sikit punya sikit , banyak pasu yang telah digunakan. Memang sampai jiran tanya tanam pokok ke ? Tapi ini tanam makanan.

12. Akhirnya jadi tanah yang hitam, ada sedikit daun yang tak berapa hancur. Ada juga plastik yang terlepas.

13. Ada masa kita tak larat nak habiskan makanan. Makanan pun banyak. Tak nak membazir, jadi saya pilih untuk komposkan.

14. Isu pembaziran ini teruk, walaupun katanya kita ini teringat gaza yang tiada makanan, orang susah kemarau.

15. Tapi kita membazir, terlebih makanan, makan tak habis, dan akhirnya terus membuang ke dalam plastik hitam yang akan ke jeram.

16. Gas metana ini yang keluar dari pusat pelupusan sampah memang berbau teruk.

17. Dulu pernah berlaku letupan metana di Indonesia, sehingga ramai yang terkorban.

18. Kesan rumah hijau, pelepasan karbon, mengotorkan memang senang, tapi bumi nak pakai lama.

19. Anak anak kita mungkin akan duduk dalam bangunan sampah yang setinggi menara PNB 118.

20. Moga usaha kami ini sedikit membuka mata semua, janganlah membazir makanan .

21. Dalam quran ,tiada istilah sia sia. Allah tak menzalimi manusia, manusia menzalimi diri sendiri.

22. Kita menzalimi diri sendiri dengan orang lain kerana sifat ketamakan dan pembaziran kita.

23. Apapun saya buat dengan harapan untuk membersihkan taman linkungan di sini.

24. Memang penat dan ini cara terbaik selepas dah lama tak bersenam, hanya berjalan. Berkebun cara baru untuk kawal berat badan.

25. Kalau rasa sukar, bolehlah hantar sisa makanan di pusat kita semula di setia alam. Tapi macam biasa, pusat ini tak bagi duit.

MAT IKAN – alam dan manusia

Related

Related Posts:

  • Pasukan Bayam Brazil
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA
  • Bayam Brazil Jalan Kebun Nampak Hasil
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh
  • Kenapa Abah Saya Tak Perlukan AJHT ?
  • Bayam Brazil Jalan Kebun Ofis Supermom Shaklee
  • SELESA
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN
  • Duit Banyak Boleh Beli Makanan Thoyiban
  • Nasi Kukus Ayam Berempah Sedap Seksyen 7 Shah Alam
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes