Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

SEO Blog Yang Google Tak Suka Dah

harmonikawan, September 30, 2014
Hahahha, blog yang saya suka , tak banyak, tapi takda spesifik blog pun yang saya suka, tapi apa yang best bila baca blog ni, mesti tengok ciri ciri blog tu, hahaha, adalah beberapa jenis blog yang best untuk di baca. Tapi sekarang macam-macam jenis blog ada , dari banyak kaler ke satu kaler pun ada, hahaha. OKlah, tajuk kat atas tu macam pelik, tapi sebenarnya ianya maksud mendalam dari blog pakcik Neil Patel , MKB kata bagus tulis bahasa melayu, hahah, ok mari kita mulakan, 7 ciri-ciri blog yang google tak berapa nak gemar !!! Oklah bahasa Inggerisnya 7 Obsolete SEO Tactics You’re Wasting Your Time On



google algorithm




1) Blog Yang Suka Backlink MERAPU !!!

Hahaha, kalau korang baca balik link yang aku bagi tuh, google pun pandai, dia letak orang yang backlink sikit lagi tinggi dari orang yang ada backlink banyak. Tahu tak sebab apa ? Sebab google kalau boleh nak backlink yang berkualiti, bukan backlink yang boleh dibeli atau saja-saja letak suka hati. Jadi , sekarang, fokus kepada kualiti penulisan kita, barulah orang yang backlink tu menghargai kerja kita .

2) Keyword Banyak Kali Berulang

Hahhaha, korang jangan risau, korang ingat tak dulu cikgu karangan kita suruh kuasai KOSA KATA ? Karangan yang bagus ialah karangan yang mempunyai banyak perkataan istilah. Contohlah korang asyik ulang keyword ESP Shaklee. Dari asyik ulang je, boleh banyakkan cara seperti soya, minuman bertenaga, dan sebagainya.
Tahu tak macam mana google kesan keyword yang sama tadi ? Satu algorithm yang google guna tu ialah Latent Semantic Indexing (LSI). korang tanyalah orang yang buat phd sains komputer atau AI, confirm diorang  pernah dengar.

3) Kurang BERSOSIAL 

Hahaha apa benda ni ? bunyi pelik sudah. Oklah, dulu memang orang kata kena buat seo pada blog, buat coding, buat subheading dan sebagainya, buat link. Betul, yang itu asas. Tapi sekarang ini, google nak tengok juga pengaruh media sosial dalam content korang ini. Berapa lama orang yang datang duduk baca , berapa ramai yang kongsi artikel korang tuh. Hhahaha, begitula pentingnya media sosial sekarang kepada SEO.

4) KEJAR Sangat RANKING 

hahaha, blog yang suka sangat kejar ranking satu persatu keyword tuh. Tapi itu zaman dulu punya cerita. Zaman sekarang blog yang bagus ialah fokus kepada satu frasa yang panjang dan fokus dan jelas. Contohnya, dulu orang yang bagus mungkin fokus kepada keyword “kasut”. Tapi sekarang ni keyword macam tu agak sukar, dan cara paling bagus ialah satu frasa yang jelas. Contoh “kasut nike berwarna merah”. Nampak tak di situ ? zaman SEO sekarang ialah bermain dengan FRASA, bukannya PERKATAAN tunggal.

5) Banyak PAGE Tak BERKUALITI

hahaha, buat banyak sangat page, tak guna juga, buat banyak sangat entry kosong, takda makna, tak jugak. Jadi, algorithm Panda dalam google dah boleh detect mamat yang selalu entry yang kosong, banyak sangat spam sebab nak trafik, jadi, ianya boleh menghukum blog tersebut. Hooo, bahaya ni,

6) Tulis Panjang SANGAT 

Dulu saya ada cakap, memang ada orang kata blog mesti tulis panjang, tapi itu dulu, tapi yang penting, blog mesti ada cukup maklumat. Orang kata tulis panjang memang bagus. Tapi sesetengah blog, gambar dan video lebih bermakna buat pencari google. Contohlah aku dulu selalu sebut pasal Rozita Che Wan . Ada orang suka tengok gambar dia yang kebabom tuh, ada orang suka baca tips kecantikan dia. Jadi setiap keperluan lain lain. Jadi nak bagus, banyakkan media yang lain seperti gambar, video, infografik dan sebagainya

7) Ranking dan Trafik Tak Sehaluan

Hahaha, dulu orang kata ranking penting. Tapi sebenarnya pemilihan keyword tu penting, kena tahu juga berapa orang search keyword kita. Jadi kena rancang pemilihan kata kunci keyword kita tuh. Maknanya kalau nak trafik banyak, cuba cari keyword yang ramai orang cari. gunaje keyword planner yang google sediakan.

Tulis UNTUK MANUSIA bukan untuk GOOGLE !!!

Sebaik-baiknya sekarang ini, google dah pandai, mereka ini sentiasa buat algorithm yang boleh menghukum pemain SEO yang suka manipulasi algorithm mudah google. Google sekarang lebih bersifat kemanusiaan, jangan main-main. Jadi bila menulis, tulislah untuk pembaca anda, be natural,dari hati ke hati, insyaallah, kalau anda rajin promote blog, google pasti suka BLOG ANDA !!! 
(buat yang pakar, boleh komen di bawah jika ada salah kefahaman)

Related

Related Posts:

  • Tulis BLOG
  • Homepage
  • Orang MELAKA SUKA Tulis BLOG ?
  • Kenapa Saya Suka Tulis Blog
  • Indonesia Tanah Air Tercinta
  • Tips Travel Guna GOOGLE
  • Misteri Sebuah POKOK Yang Ramai Tak Tahu
  • Macam Mana Nak SEO kan BLOG SAYA ?
  • Subjek Kegemaran ?
  • Zaman SHAKLEE UTM SKUDAI
SAUDAGAR

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (14)

  1. ayu zalini says:
    September 30, 2014 at 4:31 am

    Apa yang dikatakan backlink merapu tuj faiz-chan?
    Tak paham..
    Backlink fake?
    Ke backlink tak berkaitan?

    Reply
  2. Fahime Shahime says:
    September 30, 2014 at 5:00 am

    Thanks for sharing bro! Good one!
    Skang ni memang kena banyak gunakan long tail keyword mcm yang disebutkan tu.
    Tapi rahsia sebenarnya adalah UP!
    Apa dia UP tu kenalah join Kembara Blog ASB oleh Dr Faiz. Hikhikhik.

    Reply
  3. suhailah hamid says:
    September 30, 2014 at 5:52 am

    Thanks 4 sharing.

    Reply
  4. Achey mohammad Nasir says:
    September 30, 2014 at 6:51 am

    hohoho…..saya masih konpius pasal keyword..kat statnsaya still x de apa2 keyword..adakah ia sesuatu yg x bagus klu google x detect keyword kita?

    Reply
  5. Abdul Khaq Baba says:
    October 8, 2014 at 9:48 am

    Tqvm Dr Faiz. Saje jalan2 kat blog orang ni..
    http://jejarihaq2u.blogspot.com/

    Reply
  6. Hamizawati Ahmad says:
    November 4, 2014 at 10:48 am

    Aah..backlink merapu guane tu?huhu

    Reply
    1. faizsaaid says:
      November 4, 2014 at 10:56 am

      backlink yang tak berkualiti, yang mungkin dibeli atau dibuat dengan sengaja

      Reply
  7. nor ruzanna Hanee says:
    November 4, 2014 at 10:51 am

    Tq for info 🙂

    Reply
  8. Mia says:
    June 28, 2015 at 2:25 am

    info yang sangat berguna. sekarang google dah makin maju pulak, tak dapet nak kejar…

    Reply
    1. faizsaaid says:
      June 28, 2015 at 3:40 am

      tapi pegang pada yang basic, boleh punya,

      Reply
  9. isyah sabela says:
    September 2, 2015 at 12:22 am

    Tq untuk info yang best ni. Saya budak baru belajar Jemput follow blog saya ye

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 2, 2015 at 3:35 am

      ok sama sama kita belajar

      Reply
  10. Iron Lady says:
    September 2, 2015 at 3:19 am

    tennnn Q faiz….
    jejak ilmu kat blog ko yea 😀

    Seronoknya minum “mocha” bantu untuk kurus
    Minuman Serap Lemak

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 2, 2015 at 3:36 am

      ok nanti kita jejak kasihan pulak

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes