Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Siapa Saya ?

harmonikawan, September 16, 2014
Oklah, saya pun nak join juga entry untuk group we love blogging ni, tapi sekarang ni, saya nak anda teka siapa saya, anda kenal tak saya ? oklah, kalau anda nak kenal saya, caranya mudah je, anda boleh tengok gambar gambar di bawah, memang anda akan rasa terkejut tengok kehebatan saya bersilat sambil bermain trompet !!!

1) Mat Kerinting

saya dulu masa kecil ikut abah saya pergi ofis, masa tu saya memang nakal, rambut semua tak potong, bergebangan, dan saya suka ambil pensil dekat ofis bapak saya, yang masa tu kerja dekat pejabat pos besar shah alam. Semua kawan abah panggil saya mat kerinting, sampai besar pun dia panggil mat kerinting.

2) Sifu

saya dulu seorang yang gila addmath, sampai saya boleh habiskan buku tulisan khoo cheng tu, sebelum form 5, saya dah boleh buat formula janjang dengan kacang goreng, termasuklah pengamiran. Jadi , masa tu kawan kawan saya panggil sifu sebab saya siap buat kelas tuisyen ajar addmaths, masa tuh satu bulan saya cas RM 10

3) Ninja

masa di matrikulasi melaka, yang rupanya dekat dengan rumah kak miah, kak su dan kak zeti dan rumah haji hamid, roomate pertama saya panggil saya dengan gelaran ninja, masa tu rupanya, saya suka tulis buku nota saya dengan nama Faiz Ninja. Jadi, nama tu terus membawa ke UTM, dan bebudak terus panggil ninja. Ada satu pendapat saya ni ninja sebab pakai baju hitam. Tapi sebenarnya itu teori yang kurang tepat. Saya pakai baju hitam sebab masa tu saya minat METALLICA dan XPDC

4) Ninja Seni

Sebagai seorang yang suka solo, masa tu saya nak bergerak, buat myspace music, dan akhirnya terciptalah satu nama artis saya, dipanggil ninja seni, dan nama tu sampai sekarang saya guna, untuk tujuan komersial . Paling bersejarah bila saya masuk astro kelab pop musim ke-3, hahahah, memang kelakar jugak time tuh, habis kena marah dengan producer sebab pakai t-shirt Transformers

5) Babah

Walaupun ini nama yang glamer, tapi gelaran ni masa saya belum ada anak lagi. Tetiba anak sedara saya panggil saya babah. Hoo, mungkin dia tengok kawan dia kat sekolah panggil babah. Tulah, hhahhaha, jadi nama babah ni melekat sampai sekarang, sehingga membawa ke Shaklee family. hooo memang anak kawan kawan pun panggil babah.

6) Superdad

Semasa kelas pertama Mami Hadhatina dan Dedi MKB di Amsyiq Gold, saya dengan bangganya digelar Superdad, nak tahu sebab apa ? Sebabnya saya pakai t-shirt superdad masa saya first time jumpa mami dan dedi masa kelas blog di Sara kids, tak sangka, pulak, lepas two, three. Hahhaa, superdad adalah lawan kepada supermom 

7) Awan Nano

Masa ada satu kelas leadership di seksyen 15 shah alam. Masa tu Lyna Noh buat kelas, dan masa tuh husband dia muncul, aku terus panggil dia Imam Muda , memang muka sama. Jadi sebab dia macam nak balas balik dia terus panggil aku AWAN NANO, sebab masa tu rambut aku macam Hafiz, nyanyi lagu begitulah awan nano, nano nano nano nano,

8) Dr Faiz

Bajet bajetlah sikit panggil, diorang tahu aku buat phd tak habis, tapi si Q Costa nih, roomate masa pergi USA haritu panggil gelaran Dr Faiz, adui, pening aku, takpalah, belasah jelah, walaupun sebenarnya Naja lagi power blog dari aku, tak caya cuba korang type apa keyword shaklee, mesti keluar blog superbvitamin.

9) Uncle Kuasa

Yeah !!!! satu lagi kuasa untuk aku, eh tadi perenggan atas saya. Oklah, masa ni dapat nama dari kelas blog Rich Family Lydzar Rusman, best giler. Lepas kelas, semua budak saya layan, saya ajar diorang teknik KUASA, semua budak budak cakap, “UNCLE FAIZ NAK KUASA !!!” Lepas tu Lydzar terus panggil tips awet muda Uncle Kuasa 
Hahhaha, amacam best tak ? ok soalan kuiz, sebenarnya SIAPA SAYA ? Siapa tahu jawapannya, sila komen di bawah, siapa betul akan dapat hadiah .so kalau tengok dari semua nama tuh, korang boleh tahu siapa SAYA !!!!

Related

Related Posts:

  • Cabaran 30 Hari Blogging
  • ABAH PEMAIN  HARMONIKA TERHANDAL
  • PERISTIWA SEMALAM
  • Konsep Duplikasi
  • Jingling Nona
  • Cara Mudah Hafal Sifir 7
  • Bubur Jagung Seksyen 8 Shah Alam
  • Tips SEO PERCUMA
  • Surat Untuk Norita Idris
  • Pengesan Perubahan Struktur Isyarat
SAUDAGAR

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (15)

  1. azmiah mohamad says:
    September 16, 2014 at 4:49 pm

    Kamu adalah kawan saya, dia dan mereka….

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 16, 2014 at 5:02 pm

      terima kasih

      Reply
  2. mama 3farhanah says:
    September 16, 2014 at 9:36 pm

    Singgah sini dan follow

    Reply
  3. faizsaaid says:
    September 17, 2014 at 3:00 am

    Terima kasih

    Reply
  4. Lissa says:
    September 17, 2014 at 3:09 am

    Done follow..
    siapa kamu? kamu adalah kamu hihihi
    have a nice day! Lissa@http://lissadblog.blogspot.com

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 17, 2014 at 3:11 am

      kamu betul

      Reply
  5. suhailah hamid says:
    September 18, 2014 at 2:09 am

    Syokla…terhibur baca..

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 18, 2014 at 2:32 am

      Lepas ni akan dpt mcm mcm gelaran, yebedabedu

      Reply
  6. lydzar DN says:
    September 18, 2014 at 3:11 am

    Uncle Kuasa mmg best. Dikalangan ramai bapak2 buat hal sendiri dlm.kelas.. uncle kuasa amek alih perhatian anak dorg dgn begitu baik sekali. Uncle kuasa boleh bukak taska. Tp jgnla ajar dorg berlawan ala power rangers je ye! Haha

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 20, 2014 at 5:28 am

      Lain kali uncle ajar diorang main gitar pulak

      Reply
  7. Ayu Zalini says:
    September 22, 2014 at 1:27 am

    Muahaha…faiz chan,
    Macam best nya formula janjang dengan kacang goreng tuh…
    Nak tahi..nak tahu

    Reply
  8. ayu zalini says:
    September 22, 2014 at 1:29 am

    * nak tahi= nak tahu
    Huhuhu….jari tak runcing asyik tersasar je

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 22, 2014 at 3:51 am

      Hoo ni lagi hebat dari kacang goreng

      Reply
  9. Tuan Asmila Tuan Mohd Nor says:
    October 10, 2014 at 5:37 pm

    Satu kapal..shaklee

    Reply
    1. faizsaaid says:
      October 10, 2014 at 5:41 pm

      Shaklee no 1

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes