Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Tips Kurangkan Stress Dr Fadzilah Kamsah

harmonikawan, May 9, 2013

Tips Kurangkan Stress oleh Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK)

Pagi tadi, saya sangatlah Stress dalam kesesakan jammed yang teruk, macam biasalah suami isteri kena dengan Sinar Pagi layan lawak abg jem. Macam biasa adalah seorang pemanggil yang merayu macam mana nak kurangkan stress yang sukar hendak di buang. Dr Fadzilah Kamsah macam biasa, bagilah beberapa tips kurangkan stress, yang sesuai untuk golongan ibu yang bekerja pejabat, pergi pagi balik petang.

stress fadzliah kamsah

1) Program otak semasa dalam kereta untuk pulang

Bagi ibu ibu yang bekerja, dan isteri, tak kirah siapa pun, semasa pulang dari tempat kerja, kita berlatih untuk programkan otak kita, supaya kita sihat dan cergas dan tenang. Kita katakan diri kita, tidak akan stress, programkan, rumah untuk program rumah, bermain dengan anak, melayan suami dan sebagainyalah, janji program minda kita supaya lebih positif. Semasa di dalam kereta, bagi yang tidak memandu, cuba tanggalkan kasut anda, tenang, dan membaca doa supaya Allah dapat membantu kita untuk berasa tenang dan tidak stress.

2) Baca Al-fatihah, 3 kul sebelum masuk rumah

Bacalah doa al-fatihah, surah 3 kul, ayat kursi sebelum masuk rumah, biasalah syaitan bernama dalsim memang suka porak perandakan rumah yang elok dan aman dan damai. Biasanya, bagilah salam ketika hendak masuk rumah, dan masuklah rumah dengan kaki kanan. Ingat tu, kaki kanan masuk rumah, kaki kiri keluar rumah, sebab rumah kita, kenalah anggap tempat ibadat kedua selepas masjid atau surau. Rumah kita tempat anak-anak kita menimba ilmu, dan sebagainya.

3) Ambil Supplement

Penting juga bagi anda untuk mengurangkan stress, kerana stress ni, boleh menyebabkan badan kita sakit. Bak kata adik ipar aku Ainal Faezah kerja doktor, punca penyakit kat Malaysia ini ialah Stress, Stress dan Stress. Salah satu vitamin yang bagus ialah dengan pengambilan vitamin B, yang bagus untuk mengubah lemak menjadi tenaga. Satu kajian lain pula mendapati, minyak ikan Omega 3 membantu mengurangkan lemak, yang boleh mengurangkan rasa tekanan dan panas yang disebabkan oleh lemak trans yang tidak sihat.

4) Bersenam

Yang ni, tidak dapat elak, perlulah bersenam, dan sentiasa aktif, bawalah anak anak jalan jalan, takpun kayuh basikal, kemas rumah, angkat berat, kejar biawak dan sebagainya. Jangan biarkan diri kita tidak berpeluh kerana malas bersukan atau bersenam. Ianya satu stress relief yang bagus bila kita bersukan , melupakan kerja yang banyak, dan membantu kita lebih produktif.

Related

Related Posts:

  • Elak Stress : Apa Kata Dr Fadzilah Kamsah ?
  • Belanja
  • 16 Days Photo Challenge | Day 6 – Favourite Supplement
  • Pergi Kelas Motivasi Banyak Kali Tapi Asyik Stress Memanjang
  • Tips Supaya Bertenaga Main Bowling
  • Bawah Biar KETAT, Atas Jangan KETAT
  • Meroyan
  • Tips Balik Kampung Supaya Tak Stress Jammed
  • Sebab nak berjaya dalam business
  • Tips Atasi Sakit Sendi
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Hafiz Md says:
    May 10, 2013 at 3:43 am

    as salam,
    alhamdulillah, ada yg sudah diamal dan ada yg baru nak beramal..

    setkan mnda +ve, inshaAllah semua benda jadi seronok.. =)

    Reply
    1. faizsaaid says:
      May 10, 2013 at 3:51 am

      Saya pun nak mantapkan lagi amalan ni, SET MINDA POSITIF

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes