Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

3 Kelebihan Guna Fan Page Facebook

harmonikawan, August 22, 2016
Alhamdulillah hari ini saya dan rakan-rakan yang sekarang ni tengah feel kesejukan di atas Cameron Highland nih dah nak turun dah ke bawah. Hari ini pun nak melawat lagi beberapa tempat yang menarik di Cameron , sebelum nak pulang ke rumah masing-masing. Banyak lagi misi dan visi dan cita-cita kerja keras yang perlu dilakukan. Tapi tak bermakna business tinggal, sebab kita sekarang ini semuanya online, sempat juga semalam melayan prospek yang bertanyakan tips permakanan bagi masalah darah tinggi.
cara dapat banyak like

Pemasaran Facebook 

Satu trend sekarang di mana kita suka follow kisah peribadi seorang idola, tak kisahlah dia ini pakar pemasaran internet, personaliti tv, artis, semuanya ada akaun peribadi Facebook. Boleh kata semua orang guna facebook, kerana ianya mudah, dan macam-macam cerita korang boleh jumpa, sambil ada je yang sekarang nih melayan video itu dan video ini, dah ada facebook live, dan macam-macam lagi kelebihan guna facebook, sampai ada yang cari jodoh, tak kurang juga yang cari gaduh, khidmat masyarakat, dan juga menyebarkan fitnah dan berita palsu.

Likers vs Followers

Ada suatu ketika , kebanyakkan pakar menyeru kita semua membuka satu akaun Fan Page Facebook , kalau kita betul-betul nak menjual. Dari situ ramai , malah hingga sekarang, Fan Page wajib ada, kalau nak pasarkan sesuatu benda, contoh macam kami sekarang jual Shaklee, Page Diet Diet Sihat dah wujud 4 tahun. Tapi ada suatu ketika, bila Facebook mengenalkan feature followers pada akaun biasa, akaun peribadi, di situ ramai yang bertukar strategi, tak perlu buka fan page lagi, dan cukup menggunakan akaun peribadi. Memang boleh dikatakan, korang boleh je buka personal fb yang ramai followers, macam Puan Ainon, Fdaus Ahmad, Mutalib Othman, Bro framestone, dan ramai lagi yang terlibat. Ternyata menggunakan akaun personal sahaja, kita boleh kumpulkan ramai followers, dan mudah untuk menyampaikan sesuatu dan mendapat engagement yang padu lagi jitu.

Kenapa Kena Guna Fan Page Facebook ?

Apapun kelebihan akaun peribadi facebook, yang boleh membuat post di group -group facebook yang tumbuh bak cendawan, penggunaan Fan Page ada kelebihannya tersendiri. Nak diceritakan, ada suatu ketika, Fan Page menjadi kegilaan ramai, masa tuh ada servis naikkan likers, dan jugak semasa itu tak ramai lagi komplen tentang algorithm Facebook. Tapi ada suatu masalah, di mana Facebook mula menghukum Fan Page ni, sama ada kena delete, tak pun ada suatu ketika, likers dari yang ramai, terus jadi sikit, kerana Facebook melakukan pembersihan akaun, delete semua akaun yang tak aktif dan palsu. Facebook lebih ketat, lebih sukar, dan mungkin sebab ini ramai yang terus menerus menggunakan akaun peribadi, yang lebih mudah diuruskan. Kelebihan Fan Page ini patut digunakan kalau korang semua nak berniaga.kat sini ada bolehlah nak share beberapa kelebihan Fan Page berbanding akauan biasa.
  1. FB Ads – paling senang nak buat iklan adalah dengan menggunakan Fan Page. Nak buat iklan Fb Ads, selepas itu nak buat iklan instagram pun boleh. Benda ni sukar dilakukan di akaun peribadi. Korang boleh linkkan dengan power editor, dan macam-macma lagi tools menarik, yang boleh digunakan untuk meningkatkan likers Fan Page korang. Personal akaun tak pastilak boleh buat macam nih.
  2. Analitik – Fan Page sekarang lebih analitik. Ianya lebih kemas, dengan korang boleh tengok sendiri, siapa yang like page korang, lelaki ke perempuan, mereka ini duduk di mana, umur, dan asal mana. Data demografik ini sangat penting, sebabnya ada je beberapa page yang best macam KIO yang Lin Chalo buat tuh, dia berjaya kumpulkan ramai likers perempuan. Nak best lagi, setiap post yang korang buat, korang boleh search semula, check berapa engagement, dan tengok berapa shares. Selain itu kalau korang upkan link blog, korang boleh tengok berapa reach yang ada, dan berapa ramai yang klik pada link blog korang. Ini semua bergantung kepada berapa ramai likers korang. Jadi, bila buat sesuatu tajuk, korang boleh kaji, kalau buat tajuk gempak gila-gila, tentu ramai share, kalau tajuk bosan, mesti tak banyak engagement. Pentingnya analitik ini supaya kita pun tahu topik apa yang akan dapat banyak engagement dan mudah viral.
  3. Ramai Admin dan Editor – Kelebihan paling superb bagi seseorang yang guna Fan Page. Kita kalau sebagai business owner, kita boleh lantik ramai editor di page kita. Bila lagi ramai editor, page korang boleh sentiasa update. Bila sentiasa update,kat sini engagement akan sentiasa tinggi, dan bila ramai editor yang selalu promote, memang likers akan naik secara organik. Strategi mudah ini digunakan oleh kami, bila team Diet Diet Sihat mendapat kelebihan ini untuk memantapkan blog, personal diorang dan seterusnya mendapatkan sales yang banyak. Ini memang satu kelebihan dan kepuasan team kami yang menggunakan page yang banyak likers. Salah satunya boleh naikkan trafik blog dan mendapat ramai prospek.
Bila sebut pasal Fan Page ye ramai yang risau kena keluar duit, tapi ada juga cara nak naikkan likers tanpa keluarkan duit. Tapi kalau keluarkan duit untuk dapatkan ramai likers, nak gunakan untuk kebaikan organisasi Shaklee, memang ianya satu pelaburan jangka panjang yang berbaloi. Alhamdulillah, team kami nampaknya semuanya berlumba-lumba nak mantapkan blog mereka, nak cari ramai pembaca dan nak sebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang mudah untuk diviralkan. Jika anda semua berminat untuk menyertai Team Diet Diet Sihat, hubungi saya atau isteri saya Ainul Fadzilah Mustafa sekarang. Memang best, dan memuaskan.

Related

Related Posts:

  • Blues Cameron Highlands
  • Business Online
  • Macam Mana Nak Dapat Like Banyak Dekat Facebook ?
  • Macam Mana Nak Dapat Banyak Like Facebook ?
  • Kuasa Viral Marketing 2017
  • Business Online Best Tak ?
  • Macam Mana Nak Selesaikan Masalah Sampah ?
  • Blogspot dan Page Facebook
  • Cara nak berjaya dalam business
  • 3 Sebab Nak Buat VLOG
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Blogger says:
    August 29, 2017 at 12:35 pm

    Do you need free Google+ Circles?
    Did you know that you can get these AUTOMATICALLY & TOTALLY FOR FREE by registering on Add Me Fast?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes