Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Cara nak berjaya dalam business

harmonikawan, July 2, 2013
Selamat pagi semua, pukul berapa dah ni aku terbangun, semata-mata nak siapkan post hari ini, semoga adalah rezeki sikit-skit, mana tahu tak kan. Alhamdulillah, nanti kita nak singgah Ramadan, banyak pahala kat sana, tapi kalau singgah bazaar Ramadan, tu cerita lain pulak. Hahhaa, tapi bila nak sebut bulan Ramadan ni, ada orang kita business dia tak jalan. Tapi, banyak-banyak business pun, Ramadan sebenarnya lah lubuk rezeki, bukan sahaja pahala, malah, rezeki dari bentuk duit pun mencurah-curah. Nak tunjukkan Allah sayangkan hambaNya. Oklah, sempena nak menjawab persoalan keyword yang muncul di blog nuffnang saya, jom kita tengok cara-cara nak berjaya dalam business, hmmm, ramai dah tahu kot, tapi saya nak ulas sikit tips dari wikihow ni, sambil tu tambah-tambah sikit apa yang perlu.
berjaya,dalam, business,success, shaklee, mlm, sales, gla, complex,
Berjaya dalam Business

1) Analisis

Apapun, sebelum nak berjaya dalam business ni, kita tengok dulu apa yang kita nak jual. Kita buat analisis harga pasaran, siapa customer dan sebagainya. So, bila kita tahu, barulah kita dapat idea macam -mana nak jual produk kita kepada pelanggan kita. So analisis juga kena selalu update. Sekarang ni pun pembeli banyak kat facebook, blog ke, dan sebagainya.

2) Penyelesaian

Salah satu elemen utama untuk berjaya ialah penyelesaian. Hmm, bila kita kenal pasti masalah yang kita hadapi, kita kena fikirkan penyelesaian, dan bukannya mengeluh je tak tentu pasal. Hahaha, katalah malas update blog, senang je, cari masa buat jadual update blog. Tak da akaun facebook, buka je akaun facebook. Takda kawan, senang je, add je kawan kat facebook tu. Tak reti SEO, belajar jelah dengan saya , hehehe, so penyelesaian tu takdalah susah sangat. Bak kata otai, just do it.

3) Proses

Proses nak berjaya ni, senang cerita, Tiada Jalan Pintas, NO SHORTCUT. Kita kena lalui semua pahit manis dalam nak berjaya dalam business ni. Contohlah kakak ipar saya Aida Fazlin yang sekarang ni tengah hot keluar Astro Awani, buat baju menyusu dengan  MUMSLUV, hooo, penat woo nak follow awek saya tuh dengan kakak dia, pergi sana sini, anak menangis, design tak betul. Benda ini adalah Proses kepada kejayaan yang akan kita kecapi nanti. Tak boleh elak, kena lalui jalan ini.

4) Objektif

Kita kena pastikan Objektif kita jelas. Kena tengoklah apa yang kita nak dalam business ini. Cara paling mudah ialah kena set objektif atau matlamat yang realistik, tapi tak salah pun nak target lebih tinggi, supaya kita kerja lebih kuat. Objektif mudah saya, contoh saya nak jual GLA shaklee 150 botol bulan julai ini. Kan senang ? Objektif saya mudah, dan senang faham. Bila dah nampak, barulah senang juga nak canang idea pemasaran nak jual produk kita.

5) Kerja berpasukan

Yang ni macam lain sikit, apapun, jangan buat kerja sorang. Kalau dalam Shaklee ini. saya dan awek saya buat sama sama, kita tolong menolong mana yang boleh. Tak susah pun, setiap masalah tentu ada penyelesaiannya. Kekadang rasa malas, kita sama-sama bangun kembali. Ada yang kita tahu, kita ajarkan. Sama-sama belajar. 

6) Visi

Apapun, Visi ini ialah apa yang kita nak jadi suatu hari nanti. Kita kena buat VISION BOARD kita, buatlah, rancang. Cara mudah, kita kena gambarkan, apa yang kita nak jadi dalam 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun dan sebagainya. Contohlah, saya dalam 5 tahun ini, akan berjaya membeli rumah semi-D hasil usaha business saya. Hhahaha, benda ini penting, ianya pelan jangka masa panjang. Kalau kita boleh lihat diri kita di masa akan datang, insyaallah kita boleh berjaya.

7) Jualan

Apapun, setiap business tu, pencapaian diukur dengan JUALAN, kalau takda sales, hmm, tu bukanlah satu kejayaan, itu satu kegagalan. Tapi, kalau tiada jualan, itu bukan bermakna kita tak berjaya, itu sebab kita kena belajar,belajar dan belajar macam mana nak tingkatkan jualan ini. Statistik Jualan kita pun amat penting, supaya kita tahu macam mana prestasi kita sekarang, boleh kita buat macam itu, apa yang berlaku di sebalik itu sangat penting. 

Proses KITARAN

Hahhaha, apapun, 7 langkah di atas bukannya sekali je buat, ianya satu proses kitaran yang kita kena lalui, dan buat berulang kali, supaya hasilnya lebih memberangsangkan. Apapun, rajin-rajinlah kita berdoa dan meningkatkan amal ibadat, rajin bersedakah, dan zakat. Insyaallah kita boleh berjaya dalam business yang kita ceburi dan minati. Alhamdulillah, saya dan isteri dah nampak jalan, rezeki tetap ada.

Related

Related Posts:

  • 4 Amalan Murah Rezeki
  • Business MATI LEVEL
  • Kelebihan Waktu Sahur
  • Cara Saya Berjaya
  • Macam Mana Nak Tarik Pelanggan Shaklee
  • Cara Cara Untuk Berjaya Dalam Perniagaan
  • Psikologi Mee Goreng
  • 5 Cara Untuk Berjaya Dalam Sales
  • Jujur Dalam Business Sangat Penting
  • Best Buat Shaklee Business ?
SAUDAGAR

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. lizz says:
    July 9, 2013 at 3:18 am

    berpasukan tu bagus tapi sekarang ni rasa lebih selesa buat sorang2. susah sendiri, usaha sendiri, makan pun sendiri. cuma future jelah tak tahu lagi 🙂

    Reply
    1. faizsaaid says:
      July 9, 2013 at 3:26 am

      hehehe, dulu kita selesa buat sorang sorang, tapi skrg ni memang terasa ukhwah antara rakan business seperti booster kepada income , nanti saya akan cerita lebih detail lagi pasal teamwork ni

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes