Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Adakah Modread Lebih Bagus Dari Kristal ?

harmonikawan, January 8, 2013
Salam sejahtera semua. Lama dah tak update blog faizsaaid ni, adui, dua tiga hari ni penat dengan aktiviti aktivit, apapun penat tu akan membuahkan hasil, jika kita bersabar. Album ni sebenarnya dah lama keluar. Akhirnya pada 21 december tahun lepas, aku berjaya jugak dapatkan album ni, masa tu aku keluar dating dengan wife aku dekat plaza angsana JB. Tak sangka pulak dah ada C&M music center kat angsana. Angsana pun dah lain bro, tak macam zaman kitorang dating dulu. Semuanya dah cantik. Time wife tengah cari baju untuk kenduri adik , aku pulak sempat singgah C&M ni, lepas tu aku terus sambar album PENGEMBARAAN NEERUZA . Jalan jammed nak patah balik ke skudai tempat homestay kami, sempat jugak melayan lagu- lagu yang ada dalam album ni.
pengembaraan neeruza

1) LEBIH KERAS DARI ALBUM SEBELUMNYA

Apa yang nak aku katakan, kalini album modread lebih keras, tapi tak sekeras metal, thrash metal, rock keras. Ia lebih eksperimental, dan ada juga unsur old school rock n roll yang kuat. Bagi aku yang berjiwa old school thrash, album ni susah nak masuk, susah nak layan, lain lah korang betul betul buka minda muzik korang. Dan last sekali selepas habis dengar satu album, korang  akan faham apa itu muzik modread.

2) LIRIK LEBIH UNIK

Bagi juara hot fm bingit musim pertama  ini, muzik diorang ni, aku lebih kata lebih modern. Isttilah divayana, perangga dan yang lain lain tu, banyak maksudnya, dan aku tak berapa paham walaupun dah mendengar beberapa kali. Apapun, semuanya itu mesej tersirat modread kepada peminat setia mereka. Bak kata fami, album kalini menceritakan perjalanan seni diorang selepas album debut mereka NEERUZA. Salah satu lagu berbahasa jerman, mungkin juga ada pengaruh a tout le monde oleh MEGADETH, dan aku tabik spring untuk lagu ni. 

3) SOLO GITAR SYAFIQ LEBIH MATANG

Syafiq yang semuanya kenal dengan solo malmsteennya. Tapi kalini aku memang respect, solo solo dia lebih mencabar, ada jiwa, dan lebih teknikal, selain dari speeding yang laju . Aku suka solo lagu yang terakhir dalam album ni. 

4) PENGARUH MUSE

Yang ni wife aku dan aku sendiri perasan, korang perasan tak ? Inilah elemen, yang akan membuatkan korang berada di alam modread tu sendiri bila dengar lagu lagu diorang. Lagu lagu macam sinar perangga dan alam divayana lebih fantasi dari lagu lagu yang lain. Apapun jiwa rock n roll korang tentu terbakar dengan lagu PANJI ROCK N ROLL.

5) TIADA SOLO KIBOD

Aku mengharap jugak solo john untuk album ni. Tapi mungkin akan datang ada rasanya. Aku rasa modread lepas ni perlu banyakkan warna muzik dalam album lepas ni. Tentu akan menjadi lebih menarik

MODREAD LEBIH MAJU

Hmmm, 5 point sahaja yang aku dapat bagi, semoga MODREAD terus maju. Mungkin lepas ni aku tengah tunggu album WINGS yang terbaru. Nantikan ulasan aku. Jom layan lagu modread kat bawah ni. MODREAD ft BLACK, Kopi dangdut satu. Hmmm, adakah soalan di atas tu betul ? tak pastilah, semuanya ada kelebihan masing-masing.

Related

Related Posts:

  • RIBUT PENDAMAI
  • Salam Kota Bharu
  • MANIFESTO BUKAN JANJI ?
  • YOAST - SEO Cara Mudah Berkesan Pada Blog Wordpress
  • Tahun Baru Gathering Supermoms dan Superdads
  • Terjah Hadhatina
  • Kalau Busy , Bagus Buat BLOG, Bukan Meroyan Dekat Facebook 
  • Aktiviti Hari Minggu Yang Sihat
  • Universal Studio Singapore
  • WINGS - Kesetiaan Lagenda
SENI

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (34)

  1. Rahmat Fadhli says:
    January 22, 2013 at 8:11 am

    Nice 🙂

    Reply
    1. faizsaaid says:
      January 22, 2013 at 4:34 pm

      hehehe, jangan lupa dapatkan cd

      Reply
  2. Amy Hana says:
    January 22, 2013 at 4:32 pm

    Waaa ^^V

    Follow #59 . Folback? http://innallahmaana.blogspot.com/2013/01/ldr.html

    Reply
    1. faizsaaid says:
      January 22, 2013 at 4:36 pm

      @amy hana , done follow you

      Reply
  3. Razil Tahir says:
    February 10, 2013 at 2:43 pm

    Sedap la… buat head bang lepas tension study amat best sekali… huhuhuhuhu

    Reply
    1. faizsaaid says:
      February 10, 2013 at 3:44 pm

      layan jangan tak layan

      Reply
  4. MawardiYunus says:
    February 12, 2013 at 9:16 am

    woah,, gud sharing bro.. tq

    Reply
    1. faizsaaid says:
      February 12, 2013 at 9:20 am

      kalau ada peluang, jangan lupa lagu diorang bro

      Reply
  5. Zayani Zulkiffli says:
    February 28, 2013 at 5:14 am

    waaahh. kene g carik ni 😀

    Reply
    1. faizsaaid says:
      February 28, 2013 at 5:15 am

      hehehe, Fami Modread kalau buat lagu, memang best, mari mari

      Reply
  6. Illa Aqilah says:
    March 2, 2013 at 7:25 pm

    pergghhh..kena crik kena crik..hihi..:)

    http://illaaqilah91.blogspot.com/

    Reply
    1. faizsaaid says:
      March 3, 2013 at 3:50 pm

      cari jangan tak cari

      Reply
  7. Yumida Huda says:
    March 3, 2013 at 5:24 am

    modread..cam menarik je

    follow sini..ke 120

    Reply
    1. faizsaaid says:
      March 3, 2013 at 3:50 pm

      diorang selalu kolobrasi dengan blackmentor

      Reply
  8. Hans says:
    March 19, 2013 at 4:13 pm

    nak kena layan dulu nih

    Reply
    1. faizsaaid says:
      March 19, 2013 at 6:09 pm

      nanti diorang masuk versus 2 dengan tomok, nama group diorang MANIFESTO

      Reply
  9. Fitroh Indrawan says:
    April 2, 2013 at 4:31 am

    Tak pernah kenal yg namanya modread lepas da projek tomok my idola gabung barulah aku mula mengenal modreadband hehe dan cuba download be2rapa lgu2nya best jga trnyata 🙂 🙂

    Reply
    1. faizsaaid says:
      April 2, 2013 at 4:37 am

      takpa, nanti ko cuba tgk versus 2 nanti, memang metal nya

      Reply
  10. Rea_pErz says:
    April 21, 2013 at 2:23 pm

    uish sebelum ni x tumpu perhatian sngat kat modread ni…rupanya best jugak 😀 nice sharing bro..
    http://www.reaperz.net/2013/04/tempahan-ruang-iklan-murah-giler.html

    Reply
    1. faizsaaid says:
      April 21, 2013 at 2:36 pm

      hooo, ko kena tengok MANIFESTO =TOMOK + MODREAD, diorang ada kat versus 2,

      Reply
  11. Mohd Dzahir says:
    April 26, 2013 at 3:39 am

    wow peminat tegar ni

    Reply
    1. faizsaaid says:
      April 26, 2013 at 3:45 am

      hahaha, aku katakan MODREAD ni underrated band,

      Reply
  12. Ikhmal Malique says:
    May 14, 2013 at 8:45 am

    modred la bro… layan…!

    Reply
    1. faizsaaid says:
      May 14, 2013 at 8:47 am

      hahaha, Manifesto bro, haritu Siti kan suka lagu BCB arrangement manifesto hahaha

      Reply
  13. Kucing Hitam says:
    May 15, 2013 at 3:36 pm

    suka lg kyoto prtokol yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
    http://long-cham.blogspot.com/2013/05/selamat-hari-guru.html

    Reply
    1. faizsaaid says:
      May 15, 2013 at 3:37 pm

      hehehe, diorang nye muzik memang elektronika

      Reply
  14. Kucing Hitam says:
    May 23, 2013 at 7:47 pm

    http://long-cham.blogspot.com/

    Reply
    1. faizsaaid says:
      May 23, 2013 at 8:01 pm

      adui, takkan tinggal link je

      Reply
  15. Mia Liana says:
    June 9, 2013 at 12:44 am

    hmmm… perkongsian yang bagus ni..

    Reply
    1. faizsaaid says:
      June 9, 2013 at 10:29 am

      jangan lupa mereka ni baru je menang VERSUS musim ke -2 bersama tomok,

      Reply
  16. husen saja says:
    July 15, 2013 at 4:00 pm

    mantap

    Reply
    1. faizsaaid says:
      July 18, 2013 at 5:42 am

      mantaopppp

      Reply
  17. Hidayat Yusaini says:
    September 28, 2013 at 11:17 am

    hari tu aku usha album pengembaraan neeruza ozawa. then dorang bagi. alhamdulillah. aku minat gila!

    Reply
    1. faizsaaid says:
      September 28, 2013 at 10:43 pm

      hehhe, takpa nanti kita layan lagu MANIFESTO pulak

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes