Universal Studio Singapore
Hoo penat balik dari Universal Studio Singapore masih terasa lagi. Oklah, balik dari Singapore tuh, semuanya masih penat gila. Tapi mulut masih bercerita pasal tuh dan ni. Oklah memang puas hati pergi sana. Aku nak ceritalah sikit pengalaman kitorang ke sana.
Tiket USS
Pasal tiket ni , sebenarnya banyak sahaja tempat yang korang boleh refer. Ada yang ambil dari online , groupon dan sebagainya. Macam kami family SUPERMOMS, kak ngah Salwa yang uruskan tiket dengan Angah Fauzi. So kiranya sebelum nak ke USS, malam sebelum nak ke Singapore, diorang bawak kami makan kat restorang Malay Village dekat Jalan Air Kolam, dekatlah dengan Dataran Johor Baharu. Hoo, paling terbaik tentu sekali Siakap terbang, masak macam ala ala ayam penyet pun ada. Makan situ memang best, tempat pun cantik dan sangat sangat esklusif. Kalau korang betul betul nak makan kat sini kenalah booking dulu.
Bas vs Kereta
Kami beli tiket USS denga harga RM 190, termasuk sekali dengan bas yang bawak kami pergi sana. Oklah, pagi tuh kami nak kena ada kat Tune Hotel JB sebelum pukul 7.30. Hoo memang tak ingat semua orang bangun awal, sebab rumah home stay kami dari Pulai Jaya nak ke sana memang jauh. Boleh dikatakan jalan bandar ke JB memang jamm sangat teruk kalau tak kena masanya. Oklah nampaknya perjalanan sangat smooth dan menyenangkan. Kami sampai sebelum 7 suku, dan sempat beli sarapan ringan dekat Tune Hotel. Kat tune Hotel tu pulak ada tempat makan dan juga seven eleven. Naim je bas memang senang, tapi nak kena turun 2 kali satu kat kastam Malaysia dan satu lagi Kastam Singapore. Apapun naik bas senanglah sikit , lepas dah penat , tidur jelah dalam bas, tapi nak kena turun juga dua kali masa nak balik Malaysia. So kat sinj kalah naik bas takyah pening pening nak balik dan nak cari jalan. Naik kereta pulak masa korang tak perlulah nak tunggu bas, tak perlu nak bergegas keluar bas. Duduk dalam kereta pun dah cukup. Tapi kalah tak biasa bawa kereta turun Singapore baik ada orang temankan. Kalau korang dah expert takda masalah pun. Sampai sana pun , parking memang banyak , dekat level bawah tu, parking bas dan kereta memang dah ada. Bas pelancong ke sana tentu sekali banyak. Cumanya masa nak balik, memang nak kena tunggu jap.
Makan
Oklah dekat situ makan ada yang Halal, dan memang ada tempat jual nasi. Seronok jugak kalah beli air, boleh refill mana mana tempat dengan bekas yang ada tuh. Refill je kena cas 2 dollar. So kalau pagi datang tuh, baik korang sarapan berat sikit sebelum nak masuk dan pergi setiap tempat dalam tuh.
Solat dekat mana ?
Oklah dalam USS tuh ada jugak surau kecil antara tempat Mumia dan Galaxy. Oklah takdalah susah sangat nak solat kat situ. Kalau bab tandas ni, ada satu tandas belah hujung je ada paip. SO senanglah kalau nak basuh berak dan sebagainya. Macam Arreesa pun nak mandi tu bolehlah, lepas dah kena hujan kat sana dan kepenatan.
Universal Express
Heheh pasal gila ramai hari sabtu , so beratur memang panjang, aku paling sakit hati sekali bila nak naik jurassic ride tuh. Memang panjang, oklah memang menyeronokan. Banyak jugak elemen suspen kat situ. Tapi paling lama tunggu kat tempat Transformers. Memang gile ramai orang sampai ada yang patah balik. Wife aku kata show tak sampai 20 minit, tapi beratur dalam sejam lebih jugaklah, sampai hilang mood pun ada. Arreessa sampai tertidur nak menunggu transformer, aku tahu je, terus beli Universal Express kat kedai situ. Memang mahal beli kat dalam tuh. Hari biasa dalam 24 dolar je, tapi beli dalam tuh time rami orang, diorang boleh jual sampai rm 50 dolar, tapi sebab transformers punya pasal, sanggup beli, dan memang kejap gila dapat naik ride tuh. Pergh memang best, terasa bergerak gerak. Memang efek 4D, gambar real dan paling gila siap kalah air tuh memang terasa air . Hahaha memang best. Tapi aku naik ride kat Mumia tuh memang gila. Dia punya ride laju gile. Dalam gelao tuh berpusing pusing roller coster tuh, pening kepala . Hoo memang takut jugaklah aku. Bebudak biasanya banyak tempat tak boleh masuk. Sebab memang menyeramkan pun asa. KALAU tak kuat Semangat, sakit jantung tak digalakkn naik ride tuh . Memang laju dan mendebarkan.
Baju basah
Hok boleh dikatan banyak tempat akan kena air percik real punya. Tapi naim Shrek tuh lagi kotor sikit, time dolphin bersin tuh, boleh pulak air terpercik kat kitorang. Tapi naik jurassic tuh memang basahlah . So kat situ korang beli baju hujan kat situ sebagai protection. Tapi lepas kena basah jurasic ride, boleh pulak hujan. So hujan ji buat kitorang rasa slow gila dan banyak tempat tak sempat nak pergi. Kiranya bawaklah baju extra, lagi lagi kanak kanak. Hujan kat situ lebat pulak, so kena tahu tahulah cuaca Singapore. Kat sana tempat memang open. Kalau panas memang panas, kalau hujan takda payung memang basah kuyup.
Cukup tak SATU Hari ?
Rasanya memang tak cukup, kitorang nye bas nak balik pukul 7 setengah malam, lepas tuh pulak pukul 8 malam ada pertunjukkan bunga api waktu malam. Tengok kat situ pulak, rupanya banyak lagi tempat yang boleh masuk. Hooo kalau beli Universal Express memang boleh habiskan semua ride dengan awal. Kalau bawak kanak kanak tuh memang melambatkan sikitlah, kena tukar tukar. Kat situ kalau nak jalan jalan keluar USS, BOLEH LAH spend suit sikit dekat Sentosa resort tuh. Hehehe, so lepas ni bolehlah nak cuba tidur sehari dua kat Singapore nak pergi tempat lain pulak.
Post Comment