Bagaimana LEBAH mengajar MANUSIA menjadi HEBAT ? harmonikawan, March 29, 2015 Alhamdulillah, saya dah lama tak update blog, oklah, harini, sebab tetiba bersemangat nak update blog yang usang ni, apa kata kita kaji secara saintifik tentang lebah ini. Hooo, terlampau banyak pengajaran yang boleh kita ikut pada lebah ini. Tapi yang saya dapatkan ini, disebabkan pembacaan saya yang sedikit sahaja, kalau ada nak tambah dan nak komen, silakan. Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.(Surah An Nahl , 16:68-69 ) SIFAT MANUSIA HEBAT Jom kita buat sikit peniruan yang boleh kita ikut pada seekor lebah. Memang banyak yang dah tulis artikel begini, contohnya dalam blog nih. Memang hebat. Jadi kita boleh huraikan banyak perkara bila kita mengkaji sifat lebah secara saintifik. “Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia” 1) DINAMIK – kita ikut sikap lebah yang berada di mana mana sahaja, bergerak dan memberi manfaat di tempat yang manusia ada “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan” 2) KUASI PELBAGAI ILMU – kita boleh ikut sikap lebah, yang makan pelbagai bunga-bunga dan buah-buahan. Manusia pula boleh belajar pelbagai ilmu yang bermanfaat, macam belajar pelbagai buah silat, pelbagai cabang ilmu “serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu” 3) IKUT AL-QURAN dan SUNNAH – jalan yang mudah, Allah dah mudahkan jalan kepada lebah. Lebah mencari jalan dari sarang ke tempat sumber madu dengan hanya berpandukan cahaya matahari. Jadi manusia yang hendak berjaya, perlulah ikut sumber CAHAYA dari Allah, iaitu Al-quran dan sunnah rasulNya. “Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya” yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)” 4) SELESAIKAN MASALAH – bila kita sebut madu yang pelbagai warna, ianya merujuk kepada manusia yang ada pelbagai ilmu pengetahuan. Sememangnya dalam konteks warna, kita boleh lihat warna madu bergantung kepada buah atau bunga yang dimakan oleh lebah tersebut. / jika madu ialah penawar penyakit kepada manusia, secara fizikalnya, ianya memang terbukti berkhasiat dan mempunya banyak nutrisi. Tetapi, ilmu manusia yang pelbagai dapat merawat banyak PENYAKIT yang ada pada manusia Contohnya, orang yang ada penyakit BOROS, boleh disembuhkan dengan mengajarkan ilmu EKONOMI. orang yang ada penyakit MALAS, boleh diajar dengan ilmu MOTIVASI. Penyakit HATI manusia boleh disembuhkan dengan ilmu yang tinggi, dan ilmu yang paling tinggi semestinya dari Al Quran. Waggle Dance – Tarian KERJASAMA ? “serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu” Berbalik kepada ayat nih, seorang pengkaji yang bernama Karl von Frisch telah mengkaji bagaimana lebah tidak akan sesat untuk pulang ke sarang walaupun jarak makanannya sangat jauh. Ianya memang begitu unik, dan encik Karl telah menamakan teori ini sebagai Waggle Dance, sebab dia sendiri nampak lebah itu seakan-akan MENARI, dan setiap tarian itu membawa maklumat kepada lebah yang lain. Apa yang menarik tentang kajian ini, Lebah boleh dikatakan sangat bijak, membuat analisa yang bagus dan pandai membuat pengiraan: Lebah berpandukan sudut matahari untuk menentukan sudut lokasi sumber makanan. Paling dasyat ialah lebah boleh membuat pengiraan yang TEPAT, kerana tinggi matahari akan berubah setiap 4 minit, Frekuensi tarian, berapa cepat ianya menari menunjukkan berapa jauh lokasi madu tersebut. Kalau menari perlahan maknanya tempat itu jauh, kalau menari kuat, maksudnya lokasi itu dekat. power hooo. Kawan kawan lebah, bukannya bodoh, hahaha. Lebah lain pun akan memperhatikan tarian tersebut, dan sudah pasti, akan membuat analisa terlebih dahulu, dan mereka tidak akan pergi lokasi, kerana tahu mungkin sumber makanan disitu sudah habis. 5) PENGIRAAN TEPAT – sikap lebah yang berjaya berpandukan kompas matahari menunjukkan kita manusia perlu membuat pengiraan dan analisis yang tepat, supaya dapat menghasilkan suatu produk yang baik 6) ANALISA MAKLUMAT – sikap lebah yang menganalisa terlebih dahulu tarian kawannya boleh dicontohi manusia. Sebelum bertindak, maklumat yang diperolehi perlulah dikaji dan diteliti dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. 7) BERKONGSI ILMU – bolehlah dikatakan, lebah yang bekerja dalam kumpulan mengamallkan sikap perkongsian, yang tiada iri hati. Begitulah manusia yang perlu bergerak dalam jemaah, bersama-sama maju dan berkongsi ilmu. Persenyawaan BUNGA ? Jangan lupa juga, lebah membawa manfaat kepada bunga yang dihinggapinya. Lebah jantan mengawankan benih dari bunga lain ke bunga lain. Disitu berlakunya manfaat dan hubungan yang baik antara bunga dan lebah 8) MENJAGA HUBUNGAN BAIK – sikap manusia sepatutnya menjaga hubungan baik, dan memberi manfaat sesama manusia, seperti lebah dan bunga. Lebah Kecil JIWA BESAR Oleh itu, janganlah kita anggap kita ni sangat lemah, tapi bila kita rasa kita ni lemah, kerdil, lihatlah kejadian lebah yang dicipta oleh Allah swt. Lebah memang sangat kecil berbanding dengan kita, tapi JIWA lebah sangat besar, mereka ini rajin bekerja dan seekor binatang yang sangat HEBAT . Boleh disimpulkan di bawah, saya menyenaraikan 8 sifat hebat di atas. Kalau ikutkan banyak lagi, itulah hebatnya ciptaan Allah swt. DINAMIK KUASI PELBAGAI ILMU IKUT AL-QURAN dan SUNNAH SELESAIKAN MASALAH PENGIRAAN TEPAT ANALISA MAKLUMAT BERKONGSI ILMU MENJAGA HUBUNGAN BAIK Related Related Posts:Misteri Sebuah POKOK Yang Ramai Tak TahuKelas Shaklee - Kualiti vs Kuantiti4 Jari Bukan Bermaksud Kahwin 4 Macam Salleh YaacobCabaran Maut Kelab Blogger Jutawan Shaklee ?Khutbah Terakhir Rasulullah SAWNikmat Makan Besar ?Orang MELAKA SUKA Tulis BLOG ?Macam Mana Nak SEO kan BLOG SAYA ?Pengesan Perubahan Struktur IsyaratAmalan Kuatkan Badan dan Tulang SAINS
Terima kasih atas perkongsian. Ilmu baru buat saya. Memang sifat lebah wajar dijadikan contoh terbaik dalam kehidupan. Reply