Misteri Nasi Lemak Bungkus Tersedap di Shah Alam harmonikawan, June 14, 2015July 17, 2024 Salam sejahtera, korang tahu tak, aku dah lama tak update bLOG ? Confirm korang tak tahu, sebab korang mesti dah lama tak tengok blog nih. Hahhaa. Oklah, takpa, sebab aku sibu update blog lain. Ok takpa jangan risau, apa kata kite citer misteri nasi lemak bungkus. Kenapa Aku Suka Layan Mamak HAMEED Tesco ? Mamak tesco shah alam, berada betul betul di bulatan roundabout yang bahaya itu. Di situ kami selalu lepak, lepas hantar anak ke sekolah little caliph, jawabnya nak lepak sebelum ke tesco membeli barang yang masa tu belum ada GST. Tapi, ada satu masa tuh, kami ternampak nasi lemak bungkus, pergh apa lagi, trry rasa dan makan, pergh sedap, sampai makan dua bungkus. Tapi yang tak bestnya, kekadang nasi lemak tak sampai situ. Jadi memang kena tunggulah waktu yang bertuah. Pergi Kedai Mamak Seksyen 16 Shah Alam Semalam Oklah, semalam sebenarnya kami saje nak sarapan kat tempat jauh sikit dari seksyen 8. perghh, terjumpa juga nasi lemak yang sama. Apa lagi, aku pun ambil gambar . kiranya gambar yang korang tengok ni memang dari handphone cap samsung yang selalu hang, bajet bagus. Oklah, memang sedap, dan sama sedap seperti di Hameed tesco. Pergh, mantap. Pekena pulak dengan teh tarik panas. itulah yang buatkan rakyat malaysia bijak dan comel !!!! Nasi Lemak D’Anjung Kepada taukey nasi lemak nih, diucapkan tahniah beribu ribu tahniah, sebab nasi lemak sedap, waluapun saiz kecil, ianya membuatkan perutku memanggil manggil nasi lemak itu masuk kedalam perut ku dan memaksa pankreas ku untuk bekerja lebih keras untuk merembeskan insulin. hahhaha. Oklah, jaga jaga sikit makan, jangan sampai jadi penyakit ok !!! Oklah, gambar terakhir ialah gambar anak kedua maryam. So mungkin korang boleh cari nasi lemak ini dikedai kedai mamak yang berkaitan. HOOO jom serbu. Related Related Posts:Makan Pagi di Mamak Al-Ihsana U12 Shah AlamNasi Lemak Al-Ali Bistro Kesukaan Awek MSU Shah Alam ?Macam Mana Nak SEO kan BLOG SAYA ?Nasi Lemak Seksyen 8 Shah Alam Paling Sedap ?Nasi Lemak Pak AyubNasi Lemak Ceria Shah Alam Kurang Sedap ?Allah Maha MendengarNasi AYAM Pak Mal Shah AlamNasi Goreng Sedap Denai AlamNasi Lemak Ali Corner Seksyen 20 Shah Alam SANTAPAN