Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Binatang Peliharaan GOOGLE yang Perlu Kita TAKUT

harmonikawan, October 8, 2014
Tajuk entry kali ini, cabaran blogging diteruskan lagi dengan menukar sedikit, bila cerita binatang yang paling takut, banyak sebenarnya nak cerita hehehe, tapi takpalah, hari ni, saya kasi tips lagi, binatang apa yang korang perlu berhati-hati, bila korang nak tulis blog, binatang ni memang google bela, ternak dan latih , makin lama makin pandai. hehehe. Cerita ni berpandukan kepada artikel orang putih yang ni.

teknik seo

1) Panda

Sepanda-panda Panda melompat, panda lagi orang terengganu. Memang betul, Panda antara binatang terawal yang dibela Google. Apa yang panda ni buat ? kalau panda yang ada kat Malaysia hanyalah duduk dalam zoo, buat muka comel dan bergelak ketawa. Panda google pulak kena kerja keras, dia mesti cari orang yang buat artikel kurang kualiti, artikel spammy, turunkan blog orang tuh. hahha, nampak tak, panda ni makin lama makin pandai, mungki sampai jadi kungfu panda. 
Cara nak lawan panda ini ialah, tulis artikel berkualiti, banyakkan content yang fresh dan rajin rajin membaca dan menulis, memanglah mula mula tu nampak poyo, tapi lama-lama pun rasa memang poyo, 

2) Penguin

Hahhaah, jangan tak tahu, penguin pun google bela dengan baik, apa kerja penguin ni ? menari sakan ke ? hahaha itu penguin “kaki gembira” memang kerja dia menari, tapi penguin google diberi gaji untuk mengesan inbound link yang tak bagus. Hooo, memang dulu, ramai Black HAT SEO guna teknik inbound link ni, nak naikkan ranking. Tapi janganlah ikut perangai diorang, google dah bijak dah, takleh tipu inbound link.
Jadi kita pun kena belajar menari macam penguin, cek balik inbound link yang masuk ke blog kita, guna google webmaster tools. Oklah, so kenalah dapatkan inbound link yang berkualiti,dari website yang real, bernyawa. hehehe

3) Humming Bird

Binatang sejuk kat atas memang kenakan penalti kepada pembuat blog, tapi si burung ni pulak lebih kepada membantu pencari nak dapatkan maklumat yang betul. Oklah, kalau ada orang cuba taip dekat google, “berapa umur lyna noh”, humming bird ni akan keluarkan biodata lyna noh. Humming bird boleh dikatakan algorithm yang pandai, boleh membaca apa yang tersirat dalam pencari tersebut.
Jadi, bila menulis sesuatu topik, jangan terlampau fokus kepada keyword, tapi tulis dengan maklumat yang lengkap, atau penuh. Contoh nak tulis pasal biodata, produk, biarlah lengkap

4) Pigeon

Hooo yang ni sebenarnya agak baru jugaklah, binatang ni muncul, dia pun seekor burung yang tidak menghukum, tapi lebih membantu dari segi local search, maknanya nak bantu dari segi lokasi strategik pencari tersebut. So aku pun tak berapa faham sangat.

Selepas ini, boleh fokus kepada kawasan masing-masing. Contohlah pengedar shaklee kawasan mana, jadi kena buat blog betul-betul, jangan merapu

Kesimpulan

Kesimpulannya, kome tulislah blog betul-betul, dan ingat, jangan tulis untuk google, tulislah untuk pembaca, biar pembaca faham, tak kisahlah apa strategi pun, lepas tu update, hehehe. Oklah, jangan jadi robot sangat, happylah sikit. Kalau tengok Super Spontan pun tak boleh gelak, makanlah B Complex untuk kurangkan stress. Ok bye !!!

Related

Related Posts:

  • Kungfu Panda
  • SEO Blog Yang Google Tak Suka Dah
  • Kenapa Saya Suka Tulis Blog
  • GOOGLE ADSENSE - Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog
  • Tips Travel Guna GOOGLE
  • 3 Sebab Nak Buat VLOG
  • BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Orang MELAKA SUKA Tulis BLOG ?
  • Supermom Pulau Kapas Terengganu
  • Macam Mana Nak SEO kan BLOG SAYA ?
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (10)

  1. suhailah hamid says:
    October 8, 2014 at 6:46 am

    Best baca. Penuh info tp santai je^^

    Reply
    1. faizsaaid says:
      October 8, 2014 at 7:09 am

      tapi kena banyak belajar lagi , yang ni pun pendapat sendiri je

      Reply
  2. nor ruzanna Hanee says:
    October 8, 2014 at 7:11 am

    Seronok baca ringkas dan padat.. Enjoy 🙂

    Reply
    1. faizsaaid says:
      October 8, 2014 at 10:23 pm

      selamat membaca

      Reply
  3. Achey mohammad Nasir says:
    October 8, 2014 at 3:49 pm

    tahap penulisan saya belum sampai tahap ni…jauh ketinggalan

    Reply
    1. faizsaaid says:
      October 8, 2014 at 10:24 pm

      biasa je tulis

      Reply
  4. Rebellioncute Mischievous says:
    October 10, 2014 at 6:00 pm

    info yang terBEST… hahaa baru tahu pkcik google ada haiwan pelihawaan.. kuikuiii

    done follow.. jom ke sini http://aienlieyrusli.blogspot.com/

    Reply
    1. faizsaaid says:
      October 10, 2014 at 6:02 pm

      hehehhe diorang ni pandai belaka

      Reply
  5. Ros says:
    August 28, 2015 at 12:11 am

    Tak pernah terfikir pun pasal haiwan ni.
    Info yg best!!!

    Reply
    1. faizsaaid says:
      August 28, 2015 at 1:46 am

      kalau kita tulis betul betul tak perlu risau

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes