Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Buah-Buahan Untuk Bina Badan

harmonikawan, October 9, 2013
Lagi cerita nak bina badan. Macam biasa, tajuk di atas tentu sekali datang dari pencarian keyword nuffnang yang masuk ke blog gua hari ini. Apakah maksud di sebaliknya ye ?Ye tentu sekali takda maksud, dia ni mungkin nak tulis blog juga pasal benda ni, tapi tetiba orang tu masuk ke blog abang yang macho ni. Jadi abang macho pun bertambah idea nak tulis cerita kartun tentang buah-buahan. Oklah, kalau korang betul betul nak tahu cerita buah untuk mamat body ketul-ketul, jom kita sambung baca cerita di bawah, so senang ceritalah, aku refer kat sini. Website orang putih, ada sekali boleh cuci mata sikit , tapi pakai kosmetik palsu.
buah bagus untuk kesihatan

Mukadimah Sikit

Buah-buahan ni memang bagus, kalau makan buah orang kata badan sihat dan cergas, banyak  vitamin C. Macam bapak aku, rilek je, selalu makan buah, dan tanam sendiri buah mangga kat rumah, sekali musim buah, banyak gile, kenduri le kitorang makan. Lepas tu dia rajin pulak buat jus. Macam -macamlah jus ada. Kalau lu orang rajin, boleh tengok video dia buat  jus kiwi, sedap woo. Kalau ikut itu link gua kasi, mamat orang putih yang power tu kata, bebudak bina badan, tak bagus sangat ambil buah, sebab kandungan gula tinggi boleh menjejaskan otot-otot badan mereka. Tapi itu bukan bermaksud tak makan buah langsung, apapun tentu ada buah yang bagus, dan yang paling penting kepentingan dan cara makan yang sesuai.

Pisang

Pisang memang antara yang power dalam karbohidrat. Kalau korang makan masa sarapan, boleh membantu meningkatkan paras glycogen dan mengurangkan otot otot yang lemah. Tak pun lepas korang workout, boleh buat Cinch Shake campur pisang, sedap wo, kasi maintain tenaga otot kurang masa dah hilang buat senaman angkat berat. Apapun itu pisang memang kaya dengan potasium, membantu dalam penguncupan otot.

Blueberri

Yang ni cara penyimpanan dia pelik sikit, bak kata penyelidik Universiti Cornell, Blueberi ni memang kaya dengan antioksidan. So blueberri yang frozen, kasi beku, memang antioksidan yang bagus, boleh blend sekali dengan ESP shake, oat, atau makan sekali dengan yogurt. Sedap sedap !!!

Kiwi

Mahu cakap 10 orang kata itu orange banyak bagus vitamin C, tapi kalau Arizona University cakap, kiwi lagi banyak bagus, Vitamin C dia lagi tinggi. Kalau ambil vitamin C, penting untuk antioksidan, lagi lagi kalau mahu bakar lemak. Apa sebab kena ada vitamin C ? Kurang vitamin C masa senaman boleh kurangkan pembakaran lemak, sebab vitamin C penting untuk sintesis Carnitine, molekul yang membantu untuk proses oksida asid lemak.

Avocado

Avocado ni beza sikit dengan buah-buahan yang lain, kali ini, avocado tinggi dengan khasiat fiber, memang penting pun. Selalu orang nak sihat, nak kurangkan lemak, mau ambil ini fiber, bagus. Fiber bagus untuk kurangkan paras gula dalam darah, lagi itu bagus untuk jantung juga. Kalau lu nak lagi best, ganti salad dengan avocado masa makan nasi ayam.

Epal

OKlah, yang ni agak pening sikit nak paham kalau tengok website dia, biasalah tulisan orang putih. Tapi korang pun tahu banyak produk berasaskan epal di luar sana, yang claim boleh kurus punya. Itulah manfaat epal, yang mengandungi Asid Ursolic untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan membantu meningkatkan jisim tulang kita. So bagus ambil sebelum nak buat senaman !!!

Tembikai

Hoo, tembikai merah buat jus memang sedap kan ? Apa kaitan kaler merah dengan buah tembikai ? Hoo, best ni, rupanya sumber kepada citruline dan asid amino untuk membentuk Nitric Oxide (NO). Bebudak bina badan ni perlukan NO ni, sebabnya ianya membantu pengaliran darah ke otot, dan bagus untuk recover zat zat yang hilang . Ada juga penyelidik berkata Citruline bagus untuk memperbaiki saluran darah .

Related

Related Posts:

  • Supplement Yang Perlu Ada Untuk Membina Otot
  • Tulis BLOG
  • Orang MELAKA SUKA Tulis BLOG ?
  • Cara Buat Duit Lepas PMR
  • Blog Terbaik 2013
  • Macam Mana Nak Dapat Body Cantik ?
  • Kenapa Kena Minum Air ?
  • Kelas Percuma Google Webmaster Tools
  • Ayat Power Promosi Vivix Shaklee
  • Dakwah ERA BARU PTS
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. emanur says:
    November 1, 2017 at 9:12 pm

    nice.epal sama tembikai itu apa ya?

    Reply
    1. Faiz Saaid says:
      November 2, 2017 at 7:00 am

      apple and watermelon

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes