Kelas Percuma Google Webmaster Tools
Alhamdulillah, hari ahad lepas, sempena dengan hari keputerian puteri Arreessa Zulaikha, terdetik nak buat satu kelas khas untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, sebab tah macam mana punya nasib baik, rezeki Allah, dapat hadiah yang special, hadiah ke jannah. Biasalah budak perempuan ni dapat hadiah pricesslah, masak-masaklah, bagi aku dapat Al-Quran adalah hadiah paling power sekali, macam bernikah dengan Erra Fazira.
GOOGLE WEBMASTER TOOLS
Oklah, kalau kita nak cerita sikit pasal google ni, tentu ramai yang tahu, zaman sekarang nih, semua orang nak menggoogle, oklah, hinggakan dia ni dah jadi macam satu branding. Padahal search engine lain banyak je dalam dunia nih, ada Bing, Yahoo, Yandex, Yonnex (eh ni brand raket badminton) dan macam-macam lagi. Zaman sekarang walaupun orang dah mula mencari di Facebook atau Instagram atau Youtube, tapi istila google ni memang power, sampai orang kampung aku kata, kalau nak belajar pasal mandi wajib pun boleh google. ish ish ish.
BELAJAR PASAL PRESTASI BLOG
Bila aku buat je post facebook nih, ramai pulak yang join, oklah, yang join ni memang nama nama hebat dalam industri shaklee dan industri hiburan dan business tanah air. Aku anggap semua ni hebat belaka, so terima kasih daun keladi kepada yang sudi dengar celoteh abang joe untuk buat kelas nih. Oklah, cara mudahnya, bestnya pasal webmaster tools ni adalah
- Korang boleh tengok keyword mana yang masuk ke dalam blog korang, kat sini penting kalau korang kata korang jual krim payudara besar mantap, tapi yang keyword tuh takde pun masuk blog korang, jawabnya masih tak bagus lagi. Yelah kalau nak jual krim pembesar nih, korang kenalah buat entry pasal krim nih, tapi korang buat entry lain, entry apam balik pulak. Ini memang tak boleh dimaafkan.
- Boleh minta google index blog korang, supaya kalau ada orang cari korang, ada harapanlah nak jumpa, walaupun sebenarnya keyword tuh dah belakang-belakang, tapi yang penting masih ada. Ok, untuk itu korang kena belajar teknik SEO, macam-macam sifu dalam dunia ni ada dari Neil Patel, Wanyusof, Wan Jamak Hassan, Wak Zainul, Lyna Noh dan macam-macam lagilah.
- Website korang akan lebih profesional , tersusun dengan menggunakan webmaster tools nih. Biasalah, kita dulu zaman main blogspot, main bedal je, template nak cantik ada bunga-bunga, lepas tuh buka je website ada lagu jiwang. Takpun kalau masuk je blog islamik, pasang lagu sepohon kayu saujana. Memang lah bagus, lagu nasyid, tapi ianya melambatkan. Tapi kalau korang ni popular macam Nora Danish, orang tetap akan masuk jugak.
TONTON VIDEO FB LIVE
Kalau korang rasa nak join lagi, korang boleh klik kat atas nih, hahaha, post yang mengajak korang semua masuk group rahsia yang menggunakan kumpulan Metallica sebagai header. Walaupun takde kena mengena, tapi semangat Metallica tuh tetap ada dalam diri abang joe, walaupun abang joe sedar skill gitar abang joe boleh main 2 chord je. Takpalah, kalau korang rasa nak tonton video penerangan abang joe yang panjang lebar gemuk panjang tuh, korang boleh klik kat atas tuh, request nak masuk group, abang joe approve. Kalau korang rasa ok, minta belanja abang joe nasi lemak bungkus satu !!!
4 comments