5 Sebab Kenapa Nak Buat Blog Baru harmonikawan, September 30, 2017 Tentu ramai tertanya-tanya, kenapa suami Ainul Fadzilah nih nak tulis blog baru, adakah kerana blog lama tuh tak boleh pakai, ataupun aku sahaja nak mencari motivasi baru, ke sebab blog lama dah tak best, ke sebab cikgu sekolah minta tulis ulasan tentang KBAT ? Semuanya aku akan jawab di bawah. Oklah, nak kata sebab nak tulis blog baru nih, ada satu je, yang lain adalah tambahan nak bagi sedap je. 1. GOOGLE ADSENSE Oklah nak berterus-terang dengan korang, sebenarnya aku dalam plan nak apply non-hosted account untuk google adsense. Kenapa nak apply account nih ? Kalau korang follow blog aku sebelum nih, aku punya akaun google adsense dah approved. Hahha, punyalah gembira satu kampung. Tapi baru tahu, yang aku punya tuh jenis hosted account. Sebab aku apply melalui platform blogger. Iklan adsense tuh pun hanya boleh guna dalam blogger je. Jadi, aku nak upgrade sikit supaya aku bolehlah guna untuk blog yang lebih bebas, dan paling best, kalau satu hari nanti aku ada aplikasi google android, bolehlah letak iklan adsense dekat situ. Ok best tak ? 2. TRANSFORMASI NASIONAL 50 Wawasan 2020 pun nak dekat, nampaknya bila Tun Mahathir dah pergi parti harapan negara, nampaknya mungkin ramai dah lupa jasa beliau untuk menuju negara maju 2020. Tapi sebagai generasi muda, aku rasa aku nak menyumbang idea merapu aku untuk TN50 pulak. Walaupun aku tak pasti sama ada Dajjal dah turun ke belum, tapi idea menulis tetap ada, dan terus membara semangat untuk menulis idea merapu, dari merapu akan menjadi penyapu. Jadi adalah sumbangan sikit, walaupun kulit aku tak sehitam Khairy Jamaluddin. 3. WORDPRESS Semua orang tahu, malah satu dunia tahu, Mark Zuckerberg pun tahu aku dan wife aku selalu memviralkan artikel di blogspot. Beberapa bulan nih pun aku dan wife pulun buat instant article, habis semua orang kena viral keputihan melampau boleh kena kanser. Jadi memulakan menulis dalam platform wordpress nih, harap harap dapat belajar lagi cara nak manfaatkan wordpress, dan paling penting duit masuk dalam poket. 4. EXABYTE Nak dijadikan cerita, kitorang dah langgan hosting wordpress dari exabyte. Dia punya kelebihan, kitorang dah buat blog Diet Diet Sihat, yang fokus jual vivix shaklee, jadi sebab dah boleh tambah domain, aku buat blog nih, macam biasa sebab utama dia aku dah sebut kat atas tadi. Harap-harap aku tulis ni ramah baca, google malaysia pun suka, kalau approve akaun aku nih, nanti aku belanja karipap. 5. UQASHA SENROSE Sebab yang paling tak masuk akal, supaya abang joe dapatlah mengembalikan kecantikan bertudung Uqasha dulu. Walaupun dia dah free hair, tapi biasalah manusia up and down, jatuh bangun roller coaster, bagai roda, harap-harap penulisan abang joe dapatlah berpesan pesan kepada kebenaran dan kesabaran, itukan dah pesan dalam quran. Bak kata ustaz Roslan Dai tv3, sentiasalah ada kebaikan di dalam dada, insyaallah dapatlah berubah, sebab hidayah itu milik Allah. Tak caya tengoklah Mizz Nina dulu dan sekarang, Felicia Yeap, dan ramai lagi. Kita doakan yang terbaik. Harap harap korang sokong abang untuk dapat akaun google penuh nih, kepada ajk pusat google, janganlah ketat sangat nak approve abang joe punya blog nih. OKlah, ini pun nak cari makan juga, sedangkan Najib baik hati nak bantu Trump, inikan pula en Google yang baik hati. Related Related Posts:GOOGLE ADSENSE - Cara Mudah Buat Duit Dengan BlogPenafian Dan KerahsianTulis BLOGOrang MELAKA SUKA Tulis BLOG ?2 Plugin Mudah Pindah Blog Dari Blogger Ke WordpressCara Nak Pindah Blog Custom Domain Blogger Ke WordpressKenapa Saya Suka Tulis BlogKONSPIRASI BLOG : Hadhatina JELES Kat Siapa ?SEO Blog Yang Google Tak Suka DahViral SAUDAGAR
Waaa syok ni, dalam duk stress buat sale, sesekali baca blog idea merapu bang joe, buleh release otak yg tgh gelegak kan hhehehehee. Good luck bang joe Reply
terbaik abang joe. Saya ntah bilenya nak buat blog kat wordpress pulak.. Dah terbiasa buat kat blogspot.. Ada cadangan nak buat satu blog baru kat wordpress n guna exabyte juga haha Reply