Cara Dapatkan LIKE untuk FAN PAGE anda harmonikawan, March 30, 2013 DAPATKAN LIKE UNTUK FAN PAGE FREE vs PAID Cara dapatkan LIKE untuk FAN PAGE memang menjadi topik yang hangat, terutama internet marketer, suri rumah lima angka, peniaga online dan sebagainya. Biasanya kita tengok, kalau seseorang personaliti yang popular, mereka akan mendapat LIKE yang banyak untuk fan page mereka. Bagi kita pula, LIKE yang banyak penting untuk perniagaan yang menguntungkan. Biasalah semuanya nak berniaga itu ini, shaklee, ubat, jamu dan sebagainya. Oklah mari kita bincangkan topik ini. Kenapa FAN PAGE bukannya PERSONAL FB ? Yang ni kira basiclah, biasanya personal untuk cerita personal, dan FAN PAGE lebih rasmi. Kalau kita nak jual produk, bagusnya gunakanlah FAN PAGE, sebab fungsinya yang lebih analitik berbanding personal FB. Biasanya kalau buat sales kat personal, banyak penolakan dan sebagainya. Tapi ada juga yang guna personal FB untuk tujuan sales, lebih detail boleh hubungi saya terus untuk detail. FAN PAGE ternyata lebih rasmi, jika dia LIKE fan page anda, maknanya dia sudi, dan automatically nak update dari anda. Tapi jangan dia LIKE pastu dia dah bosan, dia UNLIKE balik, sebab takda info, terlalu banyak sangat cerita produk, dan dia rasa FAN PAGE anda buat semak news feed dia. ADUI !!! JEMPUT KAWAN KAWAN FB Biasanya, dulu dulu, kami buat FB page, just jemput kawan kawan dalam lingkungan FB kami. Jadi senanglah, ada yang like dan ada yang buat endah tak endah sahaja. Biasalah ni, kita bukannya artis personaliti, hahaha, mengarut betul. Tapi apa pun, jangan lupa jemput dengan cara yang baik ok, mana tahu ada yang sudi like. FB ADS Cara yang paling bagus untuk sesiapa yang hendak berniaga online. Sebab apa ? FB Ads akan sediakan kita analisis, target audiens kita, siapa yang nak LIKE page kita.Benda ini penting untuk marketing kita. Banyak otai otai FB ADS kata, apa yang penting ialah KUALITI LIKE dari KUANTITI LIKE. Kebarangkalian Kualiti LIKE bertukar menjadi CUSTOMER lebih tinggi dari KUANTITI LIKE, jadi nak belajar FB ADS ? hmmm macam macam dah sifu diluar sana, hehehe, nak free nye, meh lah belajar dengan kami. VIRAL APPLICATIONS Yang ni dulu memang jadi wira kepada peniaga peniaga internet di luar sana, termasuk kami jugak hehehe. Apa yang menarik ialah, setiap info, yang anda ingin kongsikan, orang lain KENA LIKE anda dulu, dan benda ini akan tersebar dengan baiknya. Dulu memang benda ni menjadi, tapi akhirnya kurang mendapat sambutan kerana ramai dah tahu cara ini. Apapun, anda kenalah rajin share sesuatu maklumat, yang nampak VIRAL di page anda, bila ramai share, ramai yang tahu akan kewujudan PAGE anda. SAMSENG FACEBOOK Hahaha, yang ini pun gila, hahaha, nak masuk blog, website orang lain, anda kena tunggu, kalau taknak tunggu, kenalike FAN PAGE orang tu. hahah, yang ni kami tak guna. Jadi bolehlah cari mana mana affliate yang buat SAMSENG FACEBOOK ni. GUNA ADDMEFAST Hahaha yang ni pun menjadi jugak, tapi yang like pun, orang orang asing diluar sana. hahha diorang mungkin tak paham bahasa melayu, jadi kenalah anda share banyak maklumat bahasa inggeris. TApi diorang pun buat endah tak endah maklumat FAN PAGE anda. Tapi , memang banyak jugak like yang anda dapat guna free application ni, memang FREE. Kalau rajin, buatlah banyak kali, LIKE orang lain, ORANG LAIN LIKE ANDA. Bagus kalau anda nak sebarkan AJARAN ISLAM, guna benda ini, ramai orang LUAR DISANA. SEO BLOG Cara yang berkesan, dengan share FAN PAGE anda di SEO BLOG atau website anda. Jika anda bagus cara cara SEO ini, maka ramai akan datang website anda, dan seterusnya ditukar menjadi FANS dan mungkin terus ditukar menjadi CUSTOMER ANDA. hahha. Related Related Posts:Cara Nak Dapatkan Like Yang Banyak di Page FacebookCara FREE Dapatkan Like Page FacebookCara Dapatkan Like Page FBCara Nak Jemput Rakan Suka PageBlogspot dan Page FacebookCara Dapatkan Review Untuk Page Facebook3 Kelebihan Guna Fan Page FacebookCara Dapatkan Banyak Like Di Page FacebookPersoalan Panas di NuffnangCara Mudah Naikkan Likers Facebook Page SAUDAGAR
hehhe, SEO ni yang penting cara kita tulis blog, sebelum masuk teknikal yang lain, kalau takda content yang bagus, tak boleh nak SEO Reply