Alhamdulillah, itu saja lafaz yang aku mampu katakan untuk rezeki pagi ini. Alhamdulillah, tiada apa yang saya boleh katakan, semalam saya agak stress sikit, dengan PC dan laptop buat hal. Hari hari bonus Shaklee, kami pecah rekod lagi untuk hasil lumayan dari Shaklee. Bila sebut bab bonus ni, masuk pula orang tanya, Hei Faiz, “cara untuk berjaya dalam sales “, Ada cara ke ? hooo, oklah kali ini, korang tahu tak, jawapan untuk berjaya dalam sales ini, semuanya ada dalam blog penulisan aku, sekarang ini aku nak ulas satu-satu perkara yang aku rasa amat penting untuk tingkatkan sales korang.
1) Niat Nak buat Sales
Tengok balik niat, niat anda nak berjaya dalam business anda, saya ada tulis sebelum, sebab nak berjaya dalam sesuatu perniagaan. Bila kita check balik tujuan dan matlamat, ternyata, yang paling penting ialah kerana Allah SWT. Itu semua orang mengakuit, tapi macam mana nak sampai ke arah itu ? Ada satu petua dari mentor kami, Wak Zainul Anuar, dia kata, kalau kita boleh mencapai sesuatu pekerjaan tanpa memikirkan duit, nampaknya sales akan mula masuk ke dalam poket anda, baca lagi link kat atas ini ok ?
2) Keluar dari Comfort Zone
Dua entry khas sebelum ini, aku ada cerita pasal ni, tapi ada satu tu, aku cerita tentang kawan kitorang Hazwan Mohd Noor, tauke car wash dan printing. Banyak benda aku berurusan dengan beliau, tapi yang paling best statement yang pernah keluar dari mulut dia ialah ” Keje Perodua Gaji RM 2500 tak cukup, Keje sendiri Gaji RM 1500, CUKUP !!”. Nanti aku nak ulas jugak isu cukup tak cukup ini, banyak benda juga.
3) Cari Mentor
Sebenarnya, banyak gila Mentor yang kau orang boleh tengok, dan mentor ini dah banyak, dan sesetengah tu Memang otak gila-gila. Selain korang belajar banyak buku dan panduan buat sales dan marketing, korang pergilah belajar dengan mereka, bergaullah dengan golongan yang berjaya, tak kira apa bidang, sebab diorang ada satu tonik yang tidak ada pada orang biasa, dan kalau korang dapat sedut tonik tu, aura sales korang akan meningkat. Kalau dalam Shaklee ini, upline kitorang pun dah cukup untuk mengedit segala kerja yang kitorang buat. Diorang yang bagi semangat, guide macam mana nak buat sales dengan baik dan berkesan.
4) Gunakan Facebook, Blog, dan sebagainya.
Macam-macam cara sekarang ni, orang berniaga, so korang juga tak boleh lari dari menggunakan internet sebagai korang nye marketing. Dulu mungkin ye, kita belajar buka kedai, dan tunggu orang lain datang. Tapi, zaman perniagaan ialah buka kedai online dulu dan selepas mantap barulah buka kedai yang sebenar. Tapi kecoh juga isu yang katanya kerajaan nak tutup FB, tapi itu bukan alasan, kat sini, online marketing sangat penting, bak kata Robert Kiyosaki, “Normal People Works, Rich People Buil NetWorks”.
5) Sabar , Sabar, dan Sabar
Tiada apa yang lebih penting dari usaha, doa, dan tawakal. Korang tahukan, bukan semua perkara di dunia ini mudah begitu sahaja. Orang yang berjaya dalam dunia ni, semuanya perlu lalui saat kegagalan, sales jatuh dah sebagainya. Pengalaman akan mengajar kita cara terbaik untuk membina sales yang bagus lagi berkesan. Selain itu, buatlah amalan-amalan murah rezeki yang diajarkan oleh Islam. Insyaallah, sales kat akhirat pun meningkat. Banyakkan sedekah, rapatkan ukhwah, gembirakan mak ayah, dan banyak lagi yang korang boleh buat.
Related
4 comments