Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

David Teo Pemurah ?

harmonikawan, July 21, 2016July 12, 2024

Last sekali untuk ruangan Zack Kapcai, tentu  sekali adalah pendapat peribadi aku sendiri tentang orang kuat MIG sendiri, iaitu Mejar (K) David Teo. Sebelum dapat tahu ada program blogger  melepak tengok ini, David Teo jadi viral sekejap tentang isu dia kata jangan jadi P Ramlee miskin buat filem. Ramai yang hentam David Teo ini. Jadi terus hangat , hangat-hangat isu itu belum habis dapat pula jumpa susuk tubuh yang kurus berbaju kuning. 

Miskin Macam P Ramlee ?

Jadi satu isu pula, bila ditanya tentang isu royalti, tersebut pula David Teo, jangan jadi macam P Ramlee, adui, isu ini jadi viral, dan kononnya, memang David Teo sengaja cakap P Ramlee. Yeke, mungkin nak cepat popular, tapi dalam hatinya kita tak tahu. David Teo kalau nak dibandingkan dengan P Ramlee, memang jauh panggang dari kambing golek.  Filem David Teo pun beza gila, kualiti confirmlah, pengisian lagi, semuanya P Ramlee bagus lagi, walaupun filem P Ramlee Hitam putih.

David Teo dan Bakat Baru ?

Sudut pandang positif aku sendiri, MIG pun berani buat filem yang  belum tentu laku. MIG banyak  juga perkenalkan bakat bakat baru. Paling korang kenal sekali ialah Shahizie Sam, banyak benor berlakon filem MIG, paling meletup tentu sekali Adnan Sempit. Hhahaha, filem ternyata menaikkan nama Shahizie Sam. Boleh kata masa filem Adnan Sempit, Shahiziey Sam ni orang kata dia anak emas David Teo.

Lepas tuh jugak pelakon model digi tuh, dapat jugak berlakon filem MIG. Tak kurang juga pengarah muda yang dapat mengembangkan bakat melalui MIG. Yang terbaru tentu sekali Julia Marin dalam filem Zack Kapcai. Tengok hubungan Julia Marin dengan David Teo seolah-olah macam ayah dan anak. Betapa rapat nya dan bagusnya David Teo jaga kebajikan pelakon, itu semua kena tanya merekalah. Hahhaha.

Pengajaran 

Benda ini aku rasa tetiba je muncul. Kita semua marahkan David Teo sebab kata P. Ramlee miskin. Tapi ini mungkin juga peringatan untuk kita sendiri juga. Kita lupa nak belajar pasal royalti, sikap kita dalam perbelanjaan, sikap berboros. Paling terkesan ialah isu rompakan halal yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap karya P. Ramlee. Ini semua kita kena belajar, jangan sampai kita ditipu lagi orang yang besar-besar.

Mungkin Allah nak beritahu benda ini, tapi kaedahnya dengan hantar David Teo yang cakap, dan bukan insan  seni yang lain, yang takut nak cakap hak royalti P. Ramlee. Kalau kerajaan Malaysia betul-betul angkat P. Ramlee ini sebagai seniman negara, sepatutnya kerajaan Malaysia dah lama beli semua hak royalti filem P. Ramlee dan salurkan dana itu kepada  keluarga P. Ramlee. Hahhahaha. Apapun David Teo masih ingat lagi dialog dia dalam Raja Lawak 5 “Lu Pernah  Tengok Ular Berak ” hahhaha, terbaik .

Related

Related Posts:

  • David Teo Ajak Blogger Jadi Artis MIG ?
  • Mengkaji Legasi P. RAMLEE
  • Mahal Sangat Ke Motor Kapcai ? Filem ZACK KAPCAI Ada…
  • Nasihat Terakhir P Ramlee Dalam Filem Laksamana Do Re Mi
  • Volkswagen Kuning : Realiti atau Imaginasi ?
  • Steamboat Sedap Mutiara Damansara
  • RIBA Dalam Ali Baba Bujang Lapok
  • Tentang Joe Labu
  • Buku Tentang Aziz Satar
  • Bangsi Hikmat Laksamana DoReMi
SENI

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (2)

  1. Bro Framestone says:
    July 21, 2016 at 3:39 am

    Eh, ular berak macam mane ek?

    Reply
    1. faizsaaid says:
      July 21, 2016 at 3:51 am

      tak pernah lagilah bro, belum matang lagi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes