Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Mahal Sangat Ke Motor Kapcai ? Filem ZACK KAPCAI Ada Jawapannya !!!

harmonikawan, July 19, 2016
Siapa sini memang kaki motor sejak sekolah lagi ? Korang ni suka tengok tak motoGP ? Siapa sini layan formula 1 ? Siapa sini geng kereta sport nissan audi ? Cerita Khairul Idham Pawi menang moto3 di Jerman masih disebut-sebut, dan budak 18 tahu itu digelar  King of Rain. Tapi itu semua cerita geng motor besar. Korang pernah masuk line bebudak motor Kapcai ? geng C70 motor lama yang suka racing sana sini, buat  costume. Memang kalau nak diceritakan, harga custome motor kapcai lepas custome memang boleh cecah berbelas  ribu !!!. Tapi nak tahu feel mahal harga motor kapcai, korang tengok filem ZACK  KAPCAI !!!
harga sebuah motor kapcai

ZACK KAPCAI – Bukan Cerita Mat Rempit ?

Biasalah kan, MIG dibawah kepimpinan Mejar David Teo, tak pernah miss buat filem pasal budak motor. Dari tenaga filem Adnan  Sempit, mereka terus bergerak dengan filem terbaru mereka iaitu Zack Kapcai. Cerita kali ini menampilkan Fad Bocey, Syuk Syj, Rahim Sepahtu sebagai pendokong utama cerita ini, kalau takda  diorang ni memang tak boleh gelak lah. Cerita ini pula dibantu oleh pelakon baru Julia Marin yang membawa watak adik Zack (lakonan Fad Bocey) yang  gedik gedik manja boleh pulak terpikat dengan Roy ( lakonan Syuk Syj). Bagaimana mereka adik beradik ini terpisah kerana bapak Zack iaitu Rudy (lakonan Rahim ) bergaduh dengan mak mereka Minah (lakonan Serena Ridzuan) hanya semata-mata nak pertahankan keegoan Rudy dalam sebagai Raja Kapcai !!! Tak lupa juga filem ini yang penuh dengan aksi lucu Epy Kodiang dan Shafiez, dan juga penampilan istimewa Adam Corrie.

motor kapcai lagi best dari awek cun

Motor Kapcai Lagi Bernilai Dari Wanita ?

Filem yang diarahkan oleh Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ini membawa satu mesej jelas, yang di mana Harga Motor Kapcai itu lebih tinggi dari segala-galanya. Boleh dikatakan, sebuah Motor Kapcai itu lebih gila, semuanya jadi huru-hara dengan sebuah motor kapcai yang dikatakan menjadi legenda dan sebutan kaki kapcai dalam filem tersebut. Beberapa babak filem yang aku boleh share sikit pada korang :
  1. Motor Kena Sorok Dari Bank – Betapa Minah sorokkan motor Rudy, walaupun bergaduh sebab Rudy bawak balik Cikaro, tapi Minah tetap simpan motor kapcai ciptaan Rudy, sebab motor tuh terlampau mahal sehingga Rudy sanggup hutang sana sini untuk bikin motor tersebut dan mengangkat dia sebagai Raja Kapcai
  2. Qistina ialah Sebuah Motor – Dalam filem ini nama Qistina ini lebih penting dari mana -mana awek yang ada, walaupun Roy suka kat Tasha (lakonan Julia Marin). Betapa gilenya filem ini, motor tuh lebih berharga dari seorang awek cun. Roy tak senang duduk, sampai kena bawak rantai panjang berjela-jela semata-mata nak jaga Qistina. Sampai orang jahat sanggup curi Qistina, dari culik Tasha.
  3. Tokey Besar Sanggup Jual Kedai – hhahaha, betapa dalam filem ini, seorang taukey sanggup menjual kedainya hanya kerana nak dapatkan motor kapcai yang dibawa oleh Zack.
  4. Race Untuk Dapatkan Motor – dalam filem ini, betapa motor kapcai jadi taruhan, bermula dengan Roy berpisah dengan Zack sebab bertaruhkan Qistina, sehinggalah kumpulan kaki kapcai sanggup berlawan dengan Zack untuk mendapatkan sebuah motor kapcai, dan bukannya berebutkan Tasha.

Reunion Raja Lawak Musim Ke -5 ?

Dalam filem ini, elemen komedi, tak dapat dipisahkan lagi. Pelakon seperti Syuk dan Rahim adalah produk dari Raja  Lawak Musim ke-5, Syuk dulu dari kumpulan Balas  dan Rahim dari kumpulan R2, adalah  finalis Raja Lawak musim ke-5. Dan jangan lupa juga, pengadil tetap dalam musim tersebut, tak lain tak bukan ialah David Teo sendiri.

reunion raja lawak musim ke-5

Zack Kapcai Menguji Keupayaan Sebenar Fad Bocey ?

Dalam filem ini, Fad bocey diuji dengan menampilkan watak sebagai hero utama filem ini. Fad dalam kumpulan bocey boleh dikatakan kurang menyerlah, kalau nak dibandingkan dengan Abam dan Acey yang selalu menjadi punch line tetap kumpulan Bocey. Dalam filem ini korang kena tengok sendiri bakat terbaik Fad yang berlakon sebagai Zack, yang sayangkan sebuah keluarga. Cuma dalam filem ini takde  pulak Fad menyanyi rap.

motor kapcai jadi pertaruhan

Zack Kapcai Tiru Initial-D ?

Filem ini jugak menampilkan cerita legasi seorang pelumba, dari ayah ke anak, sama seperti dalam filem Initial-D. Siapa yang pernah tengok initial-D, mesti tahu seorang budak yang diajar oleh bapaknya berlumba di kawasan bukit. Filem Zack Kapcai pula memaparkan Zack mewarisi bakat ayahnya Rudy, walaupun Zack berpisah dengan ayahnya sejak kecil, dan Zack seorang kaki racing yang tidak ada motor sendiri. Banyak jugak filem lain yang menampilkan kisah anak dan ayah kaki racing.

zack kapcai

Filem Terbaik Motor Kapcai  2016 ?

Kalau korang rasa sebuah motor  kapcai  tuh penting dalam kehidupan korang, ataupun korang nak rasa lawak pecah perut gila-gila lawak Fad, Syuk dan Rahim, ataupun korang takda kerja  nak tengok  filem lain yang terlampau serius, nampaknya korang ajaklah kengkawan semua tonton filem ZACK KAPCAI !!! Cuma bila bawak anak tuh, tolong jaga-jaga sikit dialog dalam cerita ini memang khas untuk budak-budak besar, skrip gila-gila.

Related

Related Posts:

  • Steamboat Sedap Mutiara Damansara
  • David Teo Ajak Blogger Jadi Artis MIG ?
  • David Teo Pemurah ?
  • Beli Rumah Area Seksyen 7 Shah Alam
  • Harmonika Lagu Raya Cenderawasih
  • Tapak Seksyen 9 Shah Alam
  • Buffet Ramadhan Nasi Arab Sedap Shah Alam
  • Kerja Last Minit Memang Penyakit Keturunan
  • Ayat Power Promosi Vivix Shaklee
  • Lim Teong Kim Harapan Malaysia Dalam Bola Sepak ?
SENI

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (4)

  1. Zakri Rozaini says:
    July 19, 2016 at 4:36 am

    okay dah tau nak tgk cerita apa nanti kat wayang.. hehe.. tq for sharing 🙂

    Reply
    1. faizsaaid says:
      July 19, 2016 at 7:16 am

      tengok cerita nih bro, lain dari yang lain

      Reply
  2. Radhiah Izzati says:
    July 21, 2016 at 6:29 am

    Best kan cerita ni. sempoi jer.. lucu sampai habis cerita =)

    Reply
    1. faizsaaid says:
      July 21, 2016 at 6:42 am

      cerita ni memang layan

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes