Kisah Gajet Dalam Blog harmonikawan, October 2, 2014 Apa punya tajuk, cerita cabaran hari ke 18, ialah my gadjet, kalau ditafsirkan boleh dikatakan juga sebagai my hero atau my love. Orang lelaki kalau sayang kereta, anggap bini nombor dua. Kalau gitar tu, ada bini nombor satu, member aku siap cakap gitar dia tu Rita Rudaini, hahahha. Oklah, untuk entry kali ini, saya nak cerita sikit beberapa gajet yang pernah direkodkan dalam blog yang power nih. SENI SELIRAT BEG LAPTOP Hahhaha, entry ni ada dalam cabaran ke 5 tak silap saya, ada je bebudak ni kata wayar tu berselirat macam rambut saya. Oklah tuh, tapi nampak tak, itulah gaya seorang seniman, iaitu seni menulis blog dan juga seni membela diri dari dipikat oleh awek cun. Hhahaha, apapun, beg laptop ini memang berjasa, dari kelas blog sampailah kelas memasak dodol. GITAR NINJA SENI Hahahha, masa hari raya, kewajipan berjamming memang takda dalam mana-mana kitab. Tapi macam biasalah, sepupu aku yang bakal jadi bapak budak bulan depan ni terpaksa main gitar kapuk kecik tuh, oklah, masa tu dia punya batery holder dah hilang, nasib baik nyonya Yamaha music sudah call, barang tu sudah sampai, ok cunz, lepas raya haji boleh pergi ambil. KOMPLOT KEJUTAN NIKON D7100 Masa ini dapat untuk hadiah harijadi ke 29, Alhamdulillah, dapatlah juga merasa camera baru, yang lebih canggih, dari camera lama. Macam-macam benda boleh buat, itupun tak habis belajar lagi macam mana nak gunakan sepenuhnya D7100 nih, Tapi memang puas hati, dapat buat vlog, sebab boleh cucuk microphone. Semangat nak teruskan memberi ilmu kepada orang lain. NOKIA LUMIA TELAH DIJUAL Hahhaha, tapi sebelum gua membantai galaxy mega, dulu ada beli Nokia LUMIA 800, kecik, dan smart juga. Oklah, tapi bab whatsapp ni memang slow habis. Penat wooo, dahlah masa tu bebudak ASB rajin betul melayan chat chot, last last bebudak semua masuk telegram ASB. Power memang tak power LUMIA ni, ada kelebihannya berbanding Android dan IPhone. Related Related Posts:Cara Mudah Nak CantikKAU ILHAMKUBeg Laptop Seorang BloggersT-shirt Rasmi Aku Sayang Bini (ASB)Kau Ilhamku4 Jari Bukan Bermaksud Kahwin 4 Macam Salleh YaacobAmaniMuzik Suatu SUMBER INSPIRASI ?Kereta JDTBUDAK 4 FLAT GILA GITAR SAINS