Hijrah Dan Pemikiran Otak BIRU
hahhaha, salam sejahtera semua, Apa khabar anda, salam satu malaysia. Hari sabtu lepas, wife bawa anak-anak pergi sunway pyramid, bawa diorang pergi main, sambil layan naik BRT, aku pulak dapat peluang duduk tenang rambut serabut belajar pasal otak biru, otak merah, otak mati nih.
Kau baca nih memang lain macam sikit, apa kebenda nih otak biru ? Hahha ni tak kena mengena otak blue, filem blue dan macam-macam lagi. Tapi macam biasa ni pasal bisnis kencang buat duit punya. Tapi, bagus jugak aku belajar benda ni sabtu lepas. Memang aku rasa satu perkaitan hijrah dan kelas harituh.
HIJRAH SATU PERJUANGAN
Kelas pasal laut biru, laut merah, laut mati nih si wak zainul buat , memang kaw kawlah dia buat, kalau sapo kenal dia tuh, boleh tahulah gaya bahasa, dan kekasarannya, bukan kasar sebab main kasar macam bola sepak, tapi ini pasal ada sebab kena cakap keras. Bila aku balik dan tengok balik, aku teringat satu ayat al-quran, kod dia mudah 4:100, surah An-Nisa ayat ke 100 berbunyi.
Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
ZON SELESA YANG BERDARAH
Aku rasa korang baca ayat di atas tuh, senang faham kan ? Orang yang berhijrah ke arah kebaikan insyaallah ada rezeki. Tapi kalau hijrah sebab business boleh ke ? Tengok niat kau bro. Aku rasa ramai kat luar sana, hatta yang baca blog aku ni pun, semua nak hijrah kepada rezeki yang lebih baik, lebih berkat, nak kaya , tak mahu merempat, betul tak ? Sebab tentu korang nak kaya, boleh setelkan hutang, tolong mak ayah, dan juga kaya sebab nak tolong agama Allah. Ok, itu semua nak
Paling best dalam yang nak jadi kaya nih, semua orang tak mahu keluar dari zon selesa, maksud aku, nak hijrah dan berubah. Semua masih nak duduk setempat, tak mahu nak berganjak, tak mahu nak teroka peluang baru, sebab apa ? zon selesa dan alasan.
Ada lagi yang menakutkan bila kau rasa semua benda kau buat tuh dah tak boleh pergi jauh, kau rasa umur kau dah tua, dah terlambat, habislah, business tak jalan, kerja jelah makan gaji tunggu sampai hutang setel, tak mahu berkorban langsung, sebab tuh aku kata hijrah ni susah, baca sahaja hijrah rasulullah ke kota madinah pun tahu memang perit. Only the strong je yang berani dan boleh lakukan.
MACAM MANA BERHJIRAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK ?
Kalau kau rasa betul-betul nak hijrah, nak unlock potensi diri, taknak duduk dalam kepompong persaingan, nak besarkan business, nak reach network yang mustahil, jawabnya kau kena fikir secara OTAK BIRU. Hahha, sib baik master lyna dan zainul buat kelas.
Oklah, kalau kau google, apa itu Laut Biru, apa itu Laut Merah, paling best ada pulak tambahan Laut Mati. Hahaha, kalau aku google haritupun, best jugak, simple je, laut biru tuh laut fresh bersih, kau tiada saingan di sana. Laut merah ni dah teruk, dicemari dengan darah, darah ni pula adalah pemikiran dan strategi yang tak ikut undang-undang. Kau bayangkan kalau dah kena dengan persaingan harga, main kotor dan macam-macam lagi. So kau tak nak ke hijrah dah cari peluang yang lebih baik ?
Persoalan nak cari lautan biru yang cantik lagi suci murni ni ada dalam kelas yang aku hadiri tuh. Hahha, walaupun aku hanya 10 peratus sahaja kefahaman, tapi aku tetap teruskan jugak. Dalam kelas special yang dipanggil Liga-Liga KODI(LLK), master zainul ajar kau 3 resepi rahsia lautan biru dan 3 mindset otak biru yang boleh kau apply supaya kau tak tersekat , dan paling penting business kau growth setiap masa.
NAK BERHIJRAH TAK ?
Soalan terakhir untuk aku, kau, dan rakyat dunia, kita nak berhijrah tak ? Kau jangan cakap pulak orang business kejar dunia. Salah tuh, pemikiran tuh buat kita sempit dan tersepit, lemas dalam laut mati, jadi walking dead macam lagu megadeth. Kau kena berani, berkorban, memang memeritkan, sakit berdarah telinga.
Aku cuma niat kaya tuh bagus, boleh tolong orang, banyak benda boleh buat untuk agama tercinta nih. Kalau miskin pun takde masalah, tapi why not pilih jadi kaya ? betul tak ? So mindset pagi nih, jom hijrah ke arah yang lebih baik. Allah kan suka orang yang improve diri dia jadi lebih baik dari semalam. Last untuk korang, kod 7:56, surah Al-A’raf, ayat ke 56
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
4 comments