LONG BEACH CALIFORNIA
Gambar ni adalah seorang mamat cool yang tolong aku promote cd negarakus masa saya di long beach california ,ogos 2014.
Alhamdulillah sejak bisnes bersama wife makin meletup, saya terpaksa mewakili wife saya untuk terbang ke Long Beach, California untuk satu persidangan bisnes antarabangsa. Jadi geng geng negarakus ni hantar cd siap siap untuk tolong promote dekat sana, hahaha memang gile.
Masa pergi sana tuh memang seronok sangat sebab pihak syarikat sponsor semua, termasuklah tiket masuk Disneyland California dan Universal Studio original punya. Beza dia dekat singapore, memang pergi studio betul, siap sempat tengok orang tengah shooting filem lagi.
Pergi sana pun takkan lupa bawa blues harp Special 20 . Saya akan bawa ke mana sahaja blues harp ini. Inilah cara nak rapat dan kenal geng geng mat saleh. Pergi sana pun jumpa seorang geng filipina yang dah migrate ke Kanada.
Mula dari situ terus kami jadi gila huru hara, dan sempat bermain blues harp sambil menyanyi. Jadi time jugaklah aku layan je depa nak cakap, walaupun aku tak faham sangat english deme.
Apapun aku rasa aku dah bagi cd negarakus pada orang putih sana. Punya gile depa faham ke tak faham. Sebab yang best tuh aku rasa ada perkataan yahudi dalam tuh.
Janji semangat harmonikawan tuh tetap ada. Kalau ada peluang travel, tolong geng promote cd mereka, walaupun agak pelik, itulah gaya negarakus prof piko. Kepala otak lain macam punya.
Post Comment