Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN

Jangan Merungut Jom Buat Duit

harmonikawan, January 2, 2017July 19, 2024

JANGAN MERUNGUT

Sebab aku bukanlah orang yang layak memberi nasihat kewangan pelaburan macam beribu ribu di luar sana yang ada rumah sampai 30 biji, yang ada kereta 100 biji, yang dah pergi travel 191 negara termasuk Israel, dan macam macam lagi pelbagai penasihat mentor ustaz yang menawarkan ilmu magnet tarik rezeki, tarik duit, dan macam macam lagi. Aku punya nasihat senang je, jangan merungut, stop merungut, haha, aku punya banyak hutang tak setel lagi, duit pun sikit je bukan macam korang kat luar sana business berkepul kepul.

BUAT DUIT

Bila aku start merungut, kau tahu tak, orang lain akan suka. Orang lain akan ambil peluang. Sebab, satu kau tengoklah, dari satu rungutan, orang lain siap gunakan rungutan kau ni untuk buat duit. Hahhaa, hebat tak ? Zaman sekarang nih, ada je rungutan, ada je nak bunuh diri, ramai ambil peluang buat duit. Inilah zaman sekarang, kau merungut, orang lain dapat duit, inilah satu cabang business digital yang sememangnya murah gila tapi untung berganda ganda. Ada je cerita rungutan, pihak pihak ni ambil kesempatan. jadi stop merungut yang pelik pelik.

TUTUP LUBANG

Selagi kau boleh tutup lubang, bagus tutup lubang, lubang paling bahaya yang lubang yang boleh membesar dengan sendirinya, lagi kau korek, dia makin besar. Jadi kau kena cepat cepat tutup lubang nih, tapi jangan guna teknik gali lubang tutup lubang, tuh tak jadi namanya, tuh memang sengsara. Kau juallah apa yang patut, sebab paling penting sekali tutup lubang ni dulu, sebab nanti kau tak tahu bila kau nak mati, jadi cepat cepat tutup lubang. Kalau kau confirm boleh mati lambat, kau memang hebat , aku pun tak sehebat tuh boleh tentukan bila nak mati.

JIMAT CERMAT

Lepas lubang semua dah tutup , kau jimat cermat, belanja berkhemah. Yang ni jangan salah faham, kalau nak jimat cermat, kau beli barang murah murah. Salah, itu bukan jimat cermat, tuh tak KBAT. Sebaiknya, kau beli barang yang betul betul perlu, kau spend duit skit beli barang berkualiti yang pentinglah, mungkin tuh tahan lama, daripada kau beli murah tapi asyik asyik rosak je. Jadi cuba survey sikit barang barang yang berkualiti nih. Sebab ada je barang yang kualiti tinggi tapi harga berpatutan. Hahhaha, janganlah sampai nak murah sangat, lepas tuh sehari guna dah rosak. Aku pun dah terkena banyak kali benda ni. Ada lagi satu benda, kau buat kenduri, makanan tak habis. Jadi kan membazir, membazir amalan syaitan, bukan amalan yahudi. Kita ni takut nak ikut yahudi, tapi tanpa sedar amalan syaitan yang kita buat slumber kodok je.


JAGA KESIHATAN

Kalau kau hensem lagi, jagalah kesihatan, jaga makan. Makanan nih jangan bedal je. Cubalah aktif sikit keluar peluh, supaya badan kau sihat, bila sihat nih bagus, kurang sikit duit ke hospital, ke klinik, dan macam macam lagi. Pilih makanan yang berkhasiat, duit kau jimat takyah nak hisap itu ini, takyah beli jajan, kan jimat dan berkhasiat.

SEDEKAH

Lepas tuh kau rajin rajinlah bersedekah. Supaya kau tak rasa hidup kau nih, sebenarnya takdalah susah sangat. Kau baca paper pun, ramai je merungut, tapi beratur panjang beli ipone , lepas tuh, kedai mahal mahal hipster ramai je pergi, lebuh raya mahal kau komplen balik kampung kau guna jugak. Jadi, bila kau bersedakah, banyakkan amal jariah nih, kau akan sedar, hidup kau tak susah mana pun, jika kau bandingkan orang lain kat allepo, rohingya, dan macam macam tempat lain lagi yang tunggu maut je. Aku mungkin tunggu jadi bankrap, tapi orang lain yang sengsara tunggu nak mati, tapi diorang syahidlah, sebab diorang takda hutang, aku ada hutang lagi, jadi diorang lagi untung.

BUAT BANYAK KERJA

Ada satu lagi tips paling power ialah kau buat lah 2 kerja atau banyak kerja dalam satu masa, kalau pak menteri pun boleh buat banyak kerja, inikan pulak kita. Kata contohi pemimpin, haaha. Jadi kalau nak banyak kerja, ada je job luar sana yang boleh kau buat. Yang ni kau tanyalah pakar macam Najihah Razali, Soffiah Shariff, Normasliha Ismail, Nurul Amani, IsMa Lyeza, dan ramai lagi pakar pakar kat luar sana yang bukan je 2, malah 3 empat pekerjaan dalam satu hari kehidupan sebagai seorang insan dimuka bumi Allah nih. Jadi jawabnya kau takda alasan nak merungut. Hati kau, eh akulah kena sado nak menerima cabaran dugaan ujian nih. Bila fikir balik bukan salah sesiapa pun, bukan salah pak menteri, bukan salah donald trump, bukan salah doraemon, bukan salah syaitan dan ibilis dan dajjal, tapi salah KITA SENDIRI .

Related

Related Posts:

  • Macam Mana Nak Tarik Pelanggan Shaklee
  • MENTOR - 2 Tips Terbaik Nak Pilih Mentor Business…
  • MINDSET IBU - Independent , Business, Upline
  • Sewa Sampai MATI ?
  • Bagaimana Nak Tarik Orang Join MLM ?
  • Nasihat Jangan Buat Hutang Riba
  • Enjoy
  • Cara Cara Untuk Berjaya Dalam Perniagaan
  • GST 8% TAK MUSTAHIL
  • Macam Mana Nak Dapat Duit Banyak ?
SAUDAGAR

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes