Sewa Sampai MATI ?

Hooo, betul ke nih, memang kita akan sewa sampai mati ? Itulah yang menjadi igauan anak muda sekarang. Rumah di bandar raya utama, semakin MAHAL, memang kita tak boleh lari dari masalah ekonomi, kerajaan sekarang pun terpaksa tunduk dengan kuasa kapitalis ekonomi rumah ini. Tapi jangan risau, kita boleh keluar dari masalah ini.

Harga Rumah MAHAL

Memang dari dulu masalah ini melanda negara, semakin lama semakin mahal jadi buat orang yang boleh buat pinjaman, kenalah cepat, jangan lengahkan masa lagi nak beli. Kalau tak beli pun, fikir fikir mana nak duduk, kerja pun belum tentu lagi dapat beli rumah macam ini. Tapi apapun semua ini tertakluk juga kepada loan yang pihak bank nak bagi, dan itu pun belum tentu bank nak bagi. Jadi, yang kayo rayo jelah dapat beli buat loan, sambar semua rumah yang ada.

Sewa Elak RIBA 

Memang ok, kalau korang ni tak mahu RIBA dari bank, ini adalah satu lagi pendapat, yang memang kata RIBA bank islam, semua loan banyak riba, sebab memang tinggi gila interest. Lagi-lagi Islamic Banking, hoo, memang berat mata tengok nak kena bayar, padahal sikit je pun kalau kira bulan-bulan. Tapi itulah caranya bank buat DUIT !!! 

Macam Mana Keluar ?

Semua orang tanya, macam mana nak atasi masalah ini, ramai yang kata beli rumah area yang tak popular , sewa dulu, kumpul duit, dan beli rumah. Hahhaa, tapi kalau nak elak RIBA, memang sewalah jawabnya. Oklah kat bawah ini adalah cadangan sahaja, harap ianya berkesan.

  1. Buat SIDE INCOME – ini adalah cara paling bagus untuk kumpul duit beli rumah, lepas itu simpan duit ini, macam macam business ada kat luar, macam saya , fokus kepada business SHAKLEE, mudah , sebab boleh online kat mana-mana dengan teknik SEO dan FB yang berkesan.
  2. Sewa Rumah Dulu – kalau nak elak RIBA, sewalah rumah, bersabar, takpa, nanti dah ada duit, macam-macam rumah boleh beli. Apapun kerja kuat, jangan belanja bukan-bukan, kereta pun pakai yang biasa dulu.
  3. Belajar Ilmu Kewangan – Ilmu ini memang cikgu tak ajar kat sekolah, sebab itu Robert Kiyosaki tulis buku terpentingnya. Buku ini aku nampak dah ada edisi bahasa melayu, aku tengok kat pasaraya mydin. Tapi nak kata, versi bahasa inggeris lebih sampai maksudnya.
  4. Beli Rumah Jauh, Janji Ada Internet – Memang yang ni sukar sedikit. Katakanlah, anda boleh berhenti kerja hakiki di bandar, beranikanlah diri duduk di kawasan luar bandar, confirm rumah murah punya. Gunakan duit business anda, buat rumah, tapi pastikan tempat itu, internet terbaik, tip top, boleh buat business ONLINE

Apa KERAJAAN Boleh Buat ?

Jawapannya senang je, NAIKKAN FASILITI LUAR BANDAR. Memang tak dinafikan, kat kampung internet slow gila, sampai takda line. Itu aku tak faham, padahal suruh orang kampung pandai IT. Tapi memang yakin, kalau fasiliti luar bandar, internet LAJU , provide online business punya latihan, ada pos laju, confirm bro, rumah kat bandar memang takkan laku , jadi tiada masalah lagi nak beli rumah JUTA JUTA.  Apapun ini pendapat gua je.

Post Comment