Kashmir Stone : Metal Tamil

KASHMIR STONE = KASHMIR ROLLING STONE

Masa dulu ada satu masa tuh, ntv7 ada pasang video klip lagu tamil, tapi bukan sebarang tamil, tapi ini tamil banyak keras, metal baik punya. Layan jugak lagu tamil nih, dan tengok oh ni lagu tamil. 

Zaman kumpul kaset cd dulu, cepat cepat pergi cari kaset kumpulan nih. Masalahnya memanf susah nak cari lagu tamil kat kedai biasa , sampai masa tuh terpaksa ajak bapak aku datang taman sri muda seksyen 25. Kat situ memang ada banyak kedai lagu tamil. Layan satu kaset diorang ialah album Mangga Thopu.Sekali ni masa ni zaman John Guna. Ingat lagi lagu first album tuh memang sebijik tiru lagu shewolf Megadeth. Hahaha, memang layan siut, sebab memang keras dan boleh masuk, walaupum dia bahasa tamil.

Ada masa tuh mereka buat album Nandey Khatey, ni album yang paling mantop,paling popular. Lagu diorang masa tuh, Malaysia Makkal memang hits terus, masa tuh dj THR Isma Halil Hamzah selalu pasang, siap masuk radio rancangam melayu lagi. Jadi sebab aku tertinggal album ni, aku pun terua cari cd album nih. Hahahha, sekali pasang sound dia memang sedap,rekod kat King Studio. 

Tapi dengar cerita band ni tak aktif lagi, ke aku tak tahu yang mereka nak buat comeback. Tapi bagi aku ni band tamil, boleh aku kata macam band XPDC versi tamil pun ada. Lagu indian melody, roots indian pun diorang boleh metalkan dan jadi satu lagi yang memang layan.

lagu diorang ni memang melekat bila diorang campurkan tamil dengan melayu macam lagu Malaysia Makkal. Hahha, lagh diorang tak sah kalau tak sebut Samy Vellu. Tapi bila bab lagu jiwang, korang cari lagu Rozana. Hhhaa ni feel lagu lentok melayu baik punya, tapi feel tamil. Kalau mula mula dengar memang kelakar, tapi dah lama dengar boleh feel baik punya. Ada satu version cover budam melayu nyanyi lagu nih,memang budak budak tamil ni respek kat penyanyi nih.

Semangat kashmir stone nih adalah satu contoh macam mana nak pecahkan barier lagu dalam bahasa, macam mana nak masuk dengan geng berbilang kaum ni. Jawapan dia ialah gunakan muzik . Aku harap band ni akan terus buat muzik best untum rakyat malaysia.

Kashmir Stone ialah suatu ilham sebab mereka minat Kashmir dan minat band Rolling Stone, ahahhaha. 

MALAYSI MAKKAL !!!!

Post Comment