Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAUDAGAR
  • SAINS
  • SHAKLEE
  • SENI
  • SUKAN
HARMONIKAWAN
kmm

BUDAK 4 FLAT GILA GITAR

harmonikawan, June 27, 2024June 27, 2024

Pengkalan balak, Kolej Matrikulasi Melaka (KMM). Saya bersama insan insan hebat. Saudara Azman Manok, kontraktor kolam renang yang berjaya.

Saudara Sukur Ibrahim, usahawan karpet masjid kelainan upaya yang hebat. Saudara Fahmi Ikhwan, gitaris hebat dari kumpulan Modread.

Semasa saya memasuki alam matrikulasi, saya sebenarnya dah banyak dipengaruhi oleh muzik thrash metal. Masa ini saya gila Metallica, Megadeth, Slayer, Sepultura, Sodom.

Ditakdirkan masa awal masuk KMM ,saya kenal Fahmi yang gile megadeth ketika itu. Lepastuh nak dijadikan cerita kami suka jamming petang petang. Siap fahmi main baldi jadi drum, Anuar Kamilan main penyapu lidi. Siap masa tuh kami rekod dalam kaset. Kaset tuh pun dah hilang .

Nak jadi gilenya, kami siap buat konsert dekat blok c3. Masa tuh budak C3 yang gile shredder gitar ialah Ashey dan Hantu. Mereka ni memang best. 

 Pernah satu ketika, budak budak KMM berkumpul dekat studio masjid tanah ramai ramai tengok kami jamming. Memang dasyat time tuh.

Kami budak C5 sempat mengadakan majlis makan makan di luar kolej. Jadi masa nih kami diminta untuk membuat persembahan. Jadi saya pilih lagu RNR lu punya suka dari WINGS. Masa rasa hebat sangat nak jadi gitar hero, siap main kat belakang lagi, hahaha. Merapu je time tuh.

Waktu di KMM, saya selalu keluar outing dekat mahkota parade. Kedai muzik dekat mahkota tuh memang power. Macam macam koleksi muzik ada. Zaman tuh juga sayang borong kaset slayer, yngwie malmsteen ,sodom dan lain lain lagi.

Tapi masa ni juga dah boleh mengorak langkah nak dengar blues rock. Sebab baca majalah ROTTW, saya mula beli kaset Kenny Wayne Sheperd . Album kedua beliau “Trouble Is” nih ada lagu paling top , iaitu Blue on Black. Masa ni juga adalah dengar sikit sikit blues harp dalam lagu long gone. Sikit sikit dah mula nak dengar blues.

Masa matriks ialah zaman kegemilangan juga. Main muzik pun buat, sertai aktiviti seni masa wakil KMM , pernah juga sertai pasukan koir . Keputusan periksa, Alhamdulillah, sukses PNGK 4.00. Merasa jugak diraikan dalam satu majlis besar besaran di hotel. Batch kami satu malaysia hanya 241 orang sahaja yang dapat 4 flat untuk seluruh Malaysia.

Belajar sungguh sungguh main sungguh sungguh. Oklah lepas tuh dapat sambung belajar ke UTM skudai, kursus kejuruteraan elektrik mekatronik. 

Related

Related Posts:

  • METALLICA : Pintu Dunia Metal
  • NIRVANA, METALLICA, DEEP PURPLE…
  • ROCK N ROLL HOUDINIX
  • Perjalanan 1712
  • LO-FI MOHD JAYZUAN
  • Dari HOBI Menjadi NINJASENI
  • KENAPA METAL KENA PAKAI BAJU HITAM ?
  • NOSTALGIA BLUES GANG
  • Obses Thrash Metal
  • PAKTAM BLUEZY MOODY
SENI

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS
  • SAJAK
  • SANTAPAN
  • SAUDAGAR
  • SENI
  • SHAKLEE
  • SUKAN

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • Lagi-Lagi Senario: Lebih Dari Sekadar Lawak, Satu Cerminan Krisis Kewangan 1997 March 14, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2025 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes