Skip to content
HARMONIKAWAN
HARMONIKAWAN
  • SAINS
HARMONIKAWAN

Keluar Dari Comfort Zone

harmonikawan, January 19, 2013April 20, 2025

MENINGKATKAN SALES HANYA KELUAR DARI COMFORT ZONE

Salam sejahtera semua. Apa khabar saudara-saudari. Saya baru je dapat nak update blog saya ni. Bak kata pakar pakar, nak kena sentiasa update. Kalau saya tak keluar dari comfort zone, saya  hanya update blog suka-suka, tak kisah, tak konsisten dan sebagainya. Ini amatlah berbeza dengan orang yang perlukan trafik yang tinggi di blog mereka. Mereka perlu sentiasa update, mereka perlukan maklum balas, perlukan pelanggan untuk membeli produk mereka di alam maya ini. Jadi salah satu cara untuk berjaya  dalam meningkatkan sales, ialah dengan keluar dari zone selesa anda.

BERKENALAN DENGAN HAZWAN MOHD NOOR DAN AZRI MOHD NOOR

Mereka berdua ni memang dah lama kenal sebelum kami buka business lagi. Saya pun kenal mereka melalui muzik dan seni. Azri ialah salah seorang dari ahli kumpulan MODREAD. Hazwan pulak abang kepada Azri dan kahwan baik Fami Modread sejak kecil lagi. Selain dari muzik, Hazwan mengusahakan Carwash dan yang terbaru ini, saya dapat tahu mereka ada membuka kedai printing di seksyen 7 shah alam. Lepas ni bolehlah kami ke sana nak printing flyers business kami ni. Harap dapatlah harga murah rasanya. Kalau berminat, bolehlah klik sini untuk perkhidmatan D’ Seven Printng & Solution.

TIADA SALES DALAM 3 MINGGU

Masa saya berborak -borak sambil menikmati nasi goreng ayam di Khulafa Seksyen 7 Shah Alam, kami sempat berborak borak tentang business masing-masing, dan tak lupa juga business MLM lain yang popular di Malaysia  sekarang. Ternyata, business printing ni, ada musimnya. Kalaulah student cuti, memang rasa kosong je kedai. Datang buka kedai awal pagi, tunggu orang, memang rasanya orang tak datang. Kenalah ubah strategi, kena ubah jadual, keluar dari comfort zone, tak mahu rilek -rilek kat kedai.

MENGUBAH JADUAL KERJA HARIAN

Aku tertarik dengan cara Hazwan, sebab dia ni banyak business, dia kata, dia akan concentrate business carwash dulu waktu pagi, dan petang hingga malam, dia dan adiknya akan pulun buat kerja printing pada waktu malam. Biasanya Azri akan datang malam, tapi kekadang  Azri sibuk dengan aktiviti rock n roll nya bersama Modread. So, sebab tak nak malas malas tunggu customer datang, tauke kedai printing ni, pergi lawat semua company-company yang ada, offer perkhidmatan diorang, share kepakaran diorang kat luar sana. Alhamdulillah, katanya, dari 10 company yang dia lawat, sekurang-kurangnya 1 akan melekat. So dapatlah cover balik sales yang takda sebelumni.

KEEP ON MOVING, KELUAR DARI COMFORT ZONE

Jadi, pertemuan kami kalini, membawa satu lagi contoh keluar dari zone selesa untuk berjaya dalam perniagaan. Anda mungkin ada membuat jualan produk anda. Rasanya kita selalu merungut orang takda duit, tiada gaji dan sebagainya. Solusi  kepada masalah anda itu ialah KELUAR DARI COMFORT ZONE !!! Anda perlu berani berubah dan mempelajari dan explore peluang-peluang baru yang ada. Saya masih ingat kata-kata leader saya. IKAN TAKKAN HABIS DI LAUTAN !!!

Related

Related Posts:

  • Kenapa COMFORT ZONE Tiada Kaitan Dengan TheZon ?
  • Tips Berjaya Dalam Shaklee
  • Bersama Kanak-Kanak Shaklee
  • 5 Cara Untuk Berjaya Dalam Sales
  • Blogger Hebat pun Daftar Shaklee ?
  • Orang Power Selalu SABAR
  • Macam Mana Nak SEO kan BLOG SAYA ?
  • Tahun Baru: Semangat AJHT SHAKLEE
  • Cadangan Penambahbaikkan Infrastruktur Universiti Malaya
  • Teknik SUCI dalam Business Shaklee
SAINS

Post navigation

Previous post
Next post

Comments (8)

  1. Faizal Dzasrik says:
    January 20, 2013 at 7:56 am

    Shah Alam, dah dekat dah tu…

    Reply
    1. faizsaaid says:
      January 20, 2013 at 8:02 am

      singgah singgah, boleh lepak makan makan

      Reply
  2. anna belle says:
    January 28, 2013 at 9:13 pm

    ada somethin la dlm blog ni..ada sikit aura motivasi..keluar dari comfort zone..em.em.good2

    Reply
    1. faizsaaid says:
      January 28, 2013 at 9:18 pm

      thanks anna, semoga business anna makin maju

      Reply
  3. Safiya Amaran says:
    June 14, 2015 at 4:59 am

    Betul sgt. Yg tragis nya..kadang saya sendiri X sedar sedang berada dlm comfort zone jd X berusaha keluar darinya

    Reply
    1. faizsaaid says:
      June 14, 2015 at 10:30 pm

      jom kita berjaya

      Reply
  4. Dilla Jalil says:
    June 14, 2015 at 2:51 pm

    Lebih 10 tahun tak lepak dekat Khulafa Sek. 7..hehee

    Reply
    1. faizsaaid says:
      June 14, 2015 at 10:30 pm

      ok nanti ajak suami mu datang sekali

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAT IKAN

mat ikan

SHAKLEE SHAH ALAM

testimoni shaklee 15 tahun beza

KATEGORI

  • SAINS

Recent Posts

  • Kisah Aqeela Dahlia – Kelahiran yang Tidak Disangka May 21, 2025
  • PERGI OPEN HOUSE, BERTUKAR JADI SAUDARA SYAITAN April 20, 2025
  • TAK PANDAI CAKAP? BELAJARLAH! April 20, 2025
  • Bawa Balik Plastik Dari Bekas Moreh March 16, 2025
  • SELESA March 15, 2025
  • SAMPAH WUJUD KERANA KEBODOHAN MANUSIA February 20, 2025
  • Peluang Muncul Di Televisyen. Semanis Kurma dan Hiburan Minggu Ini February 7, 2025
  • Blunder Ding Liren – Gukesh Juara Dunia Catur Termuda December 17, 2024
  • Bukan GURINDAM December 12, 2024
  • Ahmad Nawab Yang Aku Ingat November 25, 2024

Recent Comments

  • harmonikawan on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • Nila anggraini on BAOMASTIS NAMA HANTU BELANJAWAN 2025
  • harmonikawan on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • Tini Alif on Lee Zii Jia Lebih REBEL Berbanding Lee Chong Wei
  • harmonikawan on Netkl Makin Mahal ?
  • ezna on Netkl Makin Mahal ?
  • harmonikawan on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • ombakbergigi on Saya Anak Malaysia versi Seruling Ukelele
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
  • harmonikawan on Kashmir : Cerita India Lawan Pakistan
©2026 HARMONIKAWAN | WordPress Theme by SuperbThemes